• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Qabil Irfan Sasar Kembali Ke Kelompok Hadapan di Ricardo Tormo

Qabil Irfan Sasar Kembali Ke Kelompok Hadapan di Ricardo Tormo
Amzar Hazeeq
September 4, 2026

Pelumba muda negara mahu manfaatkan momentum podium Idemitsu Moto4 Asia Cup untuk mengutip mata penting pada Pusingan 5 Moto4 European Cup di Sepanyol.

Qabil Irfan Ricardo Tormo

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

ZK Racing kembali mengalihkan tumpuan kepada saingan Moto4 European Cup apabila pelumba muda negara, Qabil Irfan, bakal beraksi pada Pusingan 5 di Litar Ricardo Tormo, Cheste, Sepanyol, yang berlangsung dari 4 hingga 6 September 2026.

Mewakili SIC-GRYD Racing, Qabil kini menghuni tangga keenam keseluruhan carta kejuaraan dengan kutipan 61 mata selepas mengharungi empat pusingan musim ini.

Selepas melalui saingan yang mencabar di Magny-Cours, Perancis pada Julai lalu, Qabil hadir ke Ricardo Tormo dengan keyakinan yang lebih tinggi hasil persiapan berterusan serta prestasi memberangsangkan dalam Idemitsu Moto4 Asia Cup.

Di Magny-Cours, Qabil mempamerkan semangat juang yang tinggi apabila bangkit dari petak ke-22 untuk menamatkan Perlumbaan 1 di kedudukan kelapan. Dalam Perlumbaan 2 pula, beliau sekali lagi memulakan perlumbaan dari petak ke-23 sebelum berjaya menamatkan saingan di tempat ke-14.

Bagi memastikan prestasinya terus meningkat, Qabil meneruskan program perlumbaan dan latihan melalui penyertaannya dalam Idemitsu Moto4 Asia Cup, yang menjadi platform penting untuk mengekalkan rentak perlumbaan serta memperbaiki aspek tunggangan secara konsisten di antara pusingan Moto4 European Cup.

Usaha tersebut membuahkan hasil apabila Qabil meraih dua podium pada Pusingan 2 Idemitsu Moto4 Asia Cup di Litar Antarabangsa Sepang pada Ogos lalu selepas menamatkan kedua-dua perlumbaan di tempat ketiga.

Keputusan itu turut melonjakkan Qabil ke tangga ketiga keseluruhan kejuaraan dengan kutipan 62 mata selepas dua pusingan.

Qabil mengakui perlumbaan di Ricardo Tormo bakal menjadi cabaran baharu memandangkan beliau tidak beraksi di litar tersebut pada musim lalu. Bagaimanapun, beliau optimis mampu menyesuaikan diri dengan pantas dan bersaing bersama kelompok hadapan.

“Ricardo Tormo adalah satu perlumbaan penting buat saya kerana saya tidak berlumba di litar ini pada tahun lepas. Jadi, saya perlu menyesuaikan diri dengan cepat dan cuba mendapatkan rentak terbaik bermula daripada sesi latihan bebas pertama.

“Saya akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada litar dan cuba memperbaiki catatan masa pada setiap sesi. Persaingan di Moto4 European Cup sangat sengit, jadi saya perlu memastikan jurang masa dengan pelumba di hadapan tidak terlalu besar.

“Sasaran saya adalah untuk bersaing dalam kelompok hadapan dan mendapatkan keputusan terbaik pada perlumbaan minggu ini,” katanya.

Menurut Zulfahmi, pasukan turut melakukan beberapa penambahbaikan pada jentera Qabil bagi meningkatkan daya saing menjelang perlumbaan di Ricardo Tormo.

“Minggu ini adalah satu perlumbaan yang penting buat Qabil di Moto4 European Cup. Qabil tidak berlumba di Ricardo Tormo tahun lepas dan sedikit sebanyak mempunyai pengalaman yang agak terhad di litar ini.

“Saya berharap Qabil dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan berada pada kedudukan yang kompetitif bermula daripada sesi FP1. Terdapat beberapa penambahbaikan yang telah kami lakukan pada jentera Qabil menjelang perlumbaan di Ricardo Tormo ini.

“Kami berharap ada kemajuan dan dapat melihat Qabil bersaing dalam kelompok hadapan pada perlumbaan minggu ini,” katanya.

ZK Racing akan terus memberikan sokongan penuh kepada Qabil sepanjang kempen Moto4 European Cup musim ini dengan sasaran membantu pelumba muda negara itu terus berkembang dan mencabar kelompok hadapan dalam kejuaraan Eropah.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto4Qabil irfansukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 4, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto4Qabil irfansukan motorUtama

More in Berita

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Kempen MT-15 Town Champ Tawar Lebih 20 Motosikal

Hazique ZairillNovember 3, 2026
Read More

Kempen Trade & Upgrade iMotorbike Tawar Diskaun Sehingga RM3,000!

Hazique ZairillNovember 3, 2026
Read More

Mesh vs Leather Riding Jackets: Mana Yang Lebih Baik?

Amzar HazeeqNovember 2, 2026
Read More

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • [PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian
    BeritaOctober 7, 2026
  • Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden
    BeritaOctober 9, 2026
  • Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?
    BeritaNovember 5, 2026
  • Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini
    BeritaNovember 5, 2026
  • Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155
    BeritaNovember 4, 2026
  • Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat
    BeritaNovember 4, 2026
  • Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298
    BeritaNovember 4, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

MotoGP 2027: Tarikh Ujian Pramusim dan Pelancaran Musim Baharu Disahkan
Review Honda CBR150R 2021: Bukan Sekadar Beginner Sportbike