• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Qabil Irfan Cedera di Sesi Free Practice 2 Moto4 European Cup

Qabil Irfan Cedera di Sesi Free Practice 2 Moto4 European Cup
Amzar Hazeeq
September 7, 2026

Pelumba muda Malaysia menjalani pembedahan selama dua jam selepas mengalami patah tulang tibia dan fibula ketika kemalangan di Litar Ricardo Tormo, Valencia.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pelumba muda negara, Qabil Irfan, mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan ketika sesi Free Practice 2 (FP2) Moto4 European Cup yang berlangsung di Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol, semalam.

Insiden itu berlaku apabila Qabil terjatuh ketika melalui selekoh ke-5 menuju ke selekoh ke-6. Seorang pelumba yang berada di belakangnya tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kaki kiri Qabil, menyebabkan sesi latihan dihentikan serta-merta.

Selepas kemalangan tersebut, Qabil dibawa ke hospital berdekatan bersama wakil pasukan MLAV Racing (MLAV) untuk menjalani pemeriksaan lanjut serta menerima rawatan segera.

Hasil pemeriksaan mendapati Qabil mengalami patah tulang pada kaki kiri, membabitkan tulang tibia dan fibula. Pasukan perubatan mengesahkan keadaan pelumba itu stabil sebelum meneruskan rawatan susulan.

Qabil kemudiannya menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan tersebut. Prosedur yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu berjaya diselesaikan sekitar jam 7.00 pagi waktu Malaysia hari ini.

Buat masa ini, Qabil masih dirawat di hospital dan berada di bawah pemantauan rapi doktor. Berdasarkan nasihat pihak perubatan, beliau dijangka dibenarkan pulang ke Malaysia dalam tempoh kira-kira lima hari, bergantung kepada perkembangan proses pemulihannya.

Sepanjang menerima rawatan, Qabil ditemani oleh bapanya selain wakil daripada MLAV Racing, ZK Racing, serta pelumba Malaysia Hakim Danish, yang hadir bagi memastikan segala keperluan dan kebajikannya diuruskan dengan baik.

Dalam masa sama, MLAV Racing dan ZK Racing terus bekerjasama rapat bagi memastikan semua urusan rawatan berjalan lancar. Kedua-dua pihak juga sentiasa mendapatkan perkembangan terkini daripada doktor serta keluarga Qabil.

Menerusi kenyataan rasmi, ZK Racing turut mendoakan agar Qabil diberikan kekuatan sepanjang menjalani proses pemulihan dan kembali pulih sepenuhnya sebelum kembali ke litar.

Sebarang perkembangan terkini mengenai keadaan Qabil akan dimaklumkan oleh ZK Racing berdasarkan maklumat rasmi yang diterima daripada pihak perubatan dan ahli keluarga.

Kecederaan ini sememangnya menjadi satu cabaran buat pelumba muda berbakat itu, namun sokongan daripada keluarga, pasukan serta peminat diharap dapat memberi semangat kepada Qabil untuk kembali pulih dan meneruskan karier perlumbaannya.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiaMLAV Racingmoto4Qabil irfansukan motorUtamazk racing
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 7, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiaMLAV Racingmoto4Qabil irfansukan motorUtamazk racing

More in Berita

Motor Kena Banjir, Boleh Claim Insurans Ke? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 12, 2026
Read More

Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888

Hazique ZairillOctober 12, 2026
Read More

Azroy Hakeem Kuasai Perlumbaan Malam Cub Prix, Rangkul Kemenangan CP150

Amzar HazeeqOctober 12, 2026
Read More

MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual

Hazique ZairillOctober 12, 2026
Read More

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika

Amzar HazeeqOctober 8, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[JOHOR] SYM Husky 150 Review: Gaya Adventure Dengan Keselesaan Harian

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

[JOHOR] Yamaha YZF-R15 Review: Sportbike Kecil Dengan Jiwa Besar

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • 4 Tanda Motor Korang Dah Sampai Masa Tukar Minyak Hitam
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 5 Motor Untuk Kerja Jauh di iMotorbike
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 5 Motosikal Mampu Milik Untuk Fresh Graduates
    BeritaSeptember 13, 2026
  • Motor Kena Banjir, Boleh Claim Insurans Ke? Ini Yang Anda Perlu Tahu
    BeritaOctober 12, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • Azroy Hakeem Kuasai Perlumbaan Malam Cub Prix, Rangkul Kemenangan CP150
    BeritaOctober 12, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden
    BeritaOctober 9, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Kaito Toba Menang di Sepang, Hafizh Syahrin Raih Kejohanan ASB1000 2026
Wahyu Nugroho Raih Kemenangan SS600 Race 2 di ARRC Sepang 2026