• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

iMotorbike Motor Day Sale 2026 Catat Sambutan Meriah

iMotorbike Motor Day Sale 2026 Catat Sambutan Meriah
Hazique Zairill
September 28, 2026

Edisi ketiga acara tiga hari ini menawarkan diskaun sehingga RM5,500, jualan garaj, pemeriksaan motosikal percuma, pakej pembiayaan dan pelbagai aktiviti untuk pengunjung.

iMotorbike Motor Day Sale

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

iMotorbike baru-baru ini melabuhkan tirai Motor Day Sale 2026 edisi ketiga, dengan kira-kira 1,000 pelanggan hadir sepanjang kempen tiga hari yang berlangsung dari 25 hingga 27 September 2026.

Acara yang diadakan di semua showroom iMotorbike di seluruh negara, termasuk cawangan di Johor dan Penang, bukan sahaja menawarkan pelbagai tawaran motosikal, malah turut menyediakan aktiviti dan perkhidmatan khas untuk para pelanggan.

Antara tarikan utama sepanjang Motor Day Sale adalah pemeriksaan motosikal secara percuma yang ditawarkan kepada pengunjung. Pada masa sama, pelanggan yang ingin mencari barangan pada harga lebih rendah boleh mengunjungi kawasan garage sale dan clearance sale yang menyediakan pelbagai produk berkaitan motosikal.

iMotorbike Motor Day Sale

Di showroom iMotorbike HQ Glenmarie, suasana Motor Day Sale turut dimeriahkan dengan kehadiran Mokku Coffee, yang membuka gerai kopi di dalam bangunan showroom.

Pengunjung berpeluang menikmati secawan kopi sambil melihat motosikal dan menyertai aktiviti yang disediakan sepanjang acara. Kehadiran gerai tersebut turut memberikan suasana yang lebih santai dengan aroma kopi yang memenuhi ruang showroom.

Selain itu, perkhidmatan bike wash pada harga serendah RM5 turut mendapat perhatian pengunjung. Pelanggan boleh mencuci motosikal masing-masing pada harga berpatutan ketika berkunjung ke acara tersebut.

Bagi penggemar barangan dan aksesori motosikal pula, garage sale menjadi antara tarikan yang mendapat sambutan, dengan barangan terpilih ditawarkan pada harga serendah RM3.

iMotorbike Motor Day Sale

Untuk mereka yang ingin membeli motosikal, Motor Day Sale 2026 turut menyediakan pakej pembiayaan eksklusif serta perkhidmatan pendaftaran nombor plat secara terus di lokasi.

Bukan untuk orang dewasa sahaja, acara tiga hari itu turut direka sebagai aktiviti mesra keluarga dengan menyediakan hadiah percuma, kids’ corner dan ais krim percuma untuk pengunjung.

Dari segi tawaran motosikal, pelanggan berpeluang menikmati diskaun sehingga RM5,500 untuk motosikal terpilih, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada mereka yang ingin mendapatkan motosikal pertama atau menaik taraf motosikal sedia ada.

Suasana meriah turut dapat dilihat di semua showroom yang terlibat apabila pengunjung meluangkan masa melihat motosikal yang tersedia, mendapatkan penerangan daripada pasukan jualan serta menikmati pelbagai tawaran dan aktiviti sepanjang hujung minggu.

iMotorbike Motor Day Sale

Dengan gabungan tawaran motosikal, jualan barangan pada harga rendah, perkhidmatan serta aktiviti untuk keluarga, Motor Day Sale 2026 memberikan pengalaman yang lebih daripada sekadar acara jualan motosikal.

Edisi ketiga ini juga menjadi salah satu platform iMotorbike untuk menghimpunkan komuniti penunggang motosikal dan pelanggan di seluruh negara dalam suasana showroom yang lebih santai dan interaktif.

Namun, Motor Day Sale 2026 masih belum berakhir. iMotorbike bakal menganjurkan Motor Day Sale 2026 Finale pada Disember ini, yang dijangka membawa lebih banyak tawaran dan aktiviti untuk para penunggang sebelum tahun 2026 melabuhkan tirai.

Ingat Motor, Ingat iMotorbike. 

Related Items2026baruberitaHondaIndustriKedai MotormalaysiaMDS2026Motor Day SaleUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 28, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitaHondaIndustriKedai MotormalaysiaMDS2026Motor Day SaleUtamayamaha

More in Berita

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Rider Wanita
    BeritaOctober 13, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike
    BeritaNovember 6, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar
    BeritaNovember 5, 2026
  • RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia
    ARRCNovember 5, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Promosi Mesra Poket iMotorbike Hampir Tamat: Nikmati Diskaun Hingga RM5,000!
Hakim Danish Sasar Momentum Positif di Jepun