• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

5 Motor Terbaik Untuk Daily Use di Malaysia

5 Motor Terbaik Untuk Daily Use di Malaysia
Amzar Hazeeq
September 21, 2026

Daripada skuter hingga ke motosikal touring ringan, ini lima pilihan yang sesuai untuk daily use tanpa mengorbankan keselesaan.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Setiap orang ada keperluan yang berbeza apabila memilih motosikal untuk kegunaan harian. Ada yang nak motosikal yang jimat minyak untuk ulang-alik tempat kerja, ada yang lebih mementingkan keselesaan ketika menempuh perjalanan jauh, ada juga yang inginkan motosikal yang cukup berkuasa untuk kegunaan harian dan juga ride hujung minggu.

Apa pun keperluannya, motosikal yang sesuai untuk daily use sepatutnya mudah dikendalikan, selesa ditunggang dan tak membebankan dari segi kos maintenance. Berikut ialah lima motosikal yang boleh dipertimbangkan.

1. Honda CB250R

Honda CB250R merupakan sebuah naked bike yang cukup seimbang untuk kegunaan harian. Dikuasakan oleh enjin 249cc, liquid-cooled, single-cylinder, motosikal ini mampu menghasilkan sekitar 27 hp dan 23 Nm tork, kuasa yang cukup untuk kegunaan dalam bandar atau di atas highway.

Riding position yang tegak menjadikan CB250R lebih selesa berbanding kebanyakan sportbike, terutama ketika meredah kesesakan lalu lintas. Beratnya yang sekitar 145 kg juga memudahkan rider untuk membuat U-turn, mencelah dalam trafik dan parking motosikal di ruang yang sempit.

Jika anda mahu sebuah motosikal yang sporty tetapi masih praktikal dan selesa untuk digunakan setiap hari, CB250R sememangnya antara pilihan terbaik.

2. Yamaha YZF-R25

Ramai anggap sportbike kurang sesuai untuk dijadikan motosikal harian, namun Yamaha YZF-R25 membuktikan sebaliknya.

Dilengkapi dengan enjin 249cc, liquid-cooled, parallel-twin yang menghasilkan sekitar 35.5 hp dan 26.6 Nm tork, R25 mempunyai kuasa yang mencukupi untuk memotong kenderaan di atas highway dan masih mudah dikawal ketika ride di dalam bandar.

Walaupun riding position motosikla ini lebih sporty, ergonomiknya masih cukup selesa untuk kegunaan harian. Selain itu, design aerodinamiknya membantu mengurangkan rintangan angin ketika ride pada kelajuan tinggi, menjadikannya pilihan menarik bagi mereka yang ulang-alik menggunakan highway setiap hari.

3. Kawasaki Versys-X 250

Jika perjalanan ke tempat kerja melibatkan jarak yang jauh setiap hari, Kawasaki Versys-X 250 antara motosikal yang sangat berbaloi untuk dipertimbangkan.

Ia menggunakan enjin 249cc, liquid-cooled, parallel-twin yang terkenal dengan karakternya yang smooth dan sesuai untuk perjalanan jauh. Dipadankan dengan kedudukan seat yang tinggi, handlebar yang lebar dan long travel suspension, motosikal ini menawarkan tahap keselesaan yang sukar ditandingi dalam kelasnya.

Versys-X 250 juga sangat sesuai untuk mereka yang gemar keluar mengembara pada hujung minggu kerana ia mampu menjadi motosikal komuter harian dan motosikal touring ringan.

4. Honda ADV160

Honda ADV160 menjadi antara skuter paling popular di Malaysia atas sebab yang cukup mudah, ia sangat praktikal.

Dikuasakan oleh enjin 157cc, liquid-cooled eSP+, ADV160 menawarkan prestasi yang mencukupi untuk kegunaan bandar serta highway. Transmission automatik CVT juga menjadikan ride jauh lebih santai kerana rider tidak perlu menukar gear setiap kali ingin berhenti dan bergerak.

Tambahan pula, ruang simpanan bawah seat yang besar, sistem Smart Key dan riding position yang selesa menjadikan ADV160 pilihan ideal untuk mereka yang menggunakan motosikal setiap hari, sama ada ke tempat kerja, kolej mahupun untuk urusan harian.

5. Honda RS150R

Bagi mereka yang mencari motosikal yang ringan, menjimatkan dan mudah diselenggara, Honda RS150R masih menjadi antara pilihan paling popular.

Kapcai ini dikuasakan enjin 149cc, liquid-cooled DOHC yang menghasilkan sekitar 16 hp dan 14 Nm tork, memberikan prestasi yang cukup bertenaga tanpa perlu mengorbankan penjimatan bahan api.

Saiznya yang kompak memudahkan rider untuk mencelah jalan jam, mencari parking dan bergerak di jalan bandar yang sibuk. Pada masa yang sama, prestasinya masih cukup menyeronokkan untuk kegunaan hujung minggu, menjadikannya antara motosikal harian yang cukup versatil di pasaran.

Harga Mesra Poket!

Memilih motosikal untuk kegunaan harian bukan sekadar melihat kepada kuasa enjin semata-mata. Faktor seperti keselesaan, penggunaan minyak, kos maintenance dan kemudahan mengendalikan motosikal juga memainkan peranan penting.

Tambahan pula, kalau anda sedang mencari motosikal untuk daily use, sekarang mungkin masa yang paling sesuai. Promo Harga Mesra Poket yang sedang berlangsung di iMotorbike menawarkan pelbagai pilihan motosikal pada harga yang lebih berbaloi, dengan diskau sehingga RM5000, sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan motosikal harian tanpa melebihi bajet.

Singgah ke showroom iMotorbike berdekatan anda atau layari website iMotorbike untuk lihat pilihan motosikal yang tersedia. Jangan lepaskan peluang ini.

Related Items2026baruberitaGaya HidupHondaIndustrikawasakiKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliSEOUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 21, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupHondaIndustrikawasakiKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliSEOUtamayamaha

More in Berita

Empat Pelumba Malaysia Sertai FIM MotoMini World Final 2026 di Valencia

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

Kenapa Motor Ada ABS dan Ada Yang Tiada?

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

ZXMOTO 820RR vs Triumph Street Triple 798: Perang Tiga Silinder

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

Cara Kenal Pasti Motor Banjir Sebelum Anda Membeli

Amzar HazeeqNovember 19, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Momentum Positif di GP Portugal Moto3

Amzar HazeeqNovember 19, 2026
Read More

VOGE SR450X Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM29,888

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

Kenapa Brake Motor Rasa Bergegar? Ini Punca dan Cara Mengatasinya

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

5 Pilihan Skuter Harian Paling Berbaloi di Pasaran Malaysia

Hazique ZairillNovember 18, 2026
Read More

ZXMOTO 820RR Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia Dari RM39,888

Amzar HazeeqNovember 17, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Kempen Baharu, Tawar Diskaun Khas untuk KTM Duke

Hazique ZairillNovember 16, 2026
Read More

Thanat Laoongplio Juara MSBK600 2026 di Sepang

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More

Boleh Ke Beli Motor Terpakai Dengan Mileage Rendah?

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?
    BeritaOctober 23, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000
    BeritaOctober 26, 2026
  • Empat Pelumba Malaysia Sertai FIM MotoMini World Final 2026 di Valencia
    BeritaNovember 20, 2026
  • Kenapa Motor Ada ABS dan Ada Yang Tiada?
    BeritaNovember 20, 2026
  • ZXMOTO 820RR vs Triumph Street Triple 798: Perang Tiga Silinder
    BeritaNovember 20, 2026
  • Cara Kenal Pasti Motor Banjir Sebelum Anda Membeli
    BeritaNovember 19, 2026
  • Hakim Danish Sasar Momentum Positif di GP Portugal Moto3
    BeritaNovember 19, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

iMotorbike Malaysia Day Clearance Tawar Harga Jackpot
Express Service iMotorbike: Cara Mudah Tempah Slot Secara Online