• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Top 5 Motor Jimat Minyak di Malaysia

Top 5 Motor Jimat Minyak di Malaysia
Amzar Hazeeq
August 20, 2026

Berikut ialah lima motosikal paling jimat minyak di Malaysia yang sesuai untuk pelajar, pekerja dan rider harian.

Motor Jimat Minyak

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Dengan harga petrol di Malaysia yang makin naik, ramai rider kini mengutamakan motosikal yang mampu memberikan penggunaan minyak yang jimat. Selain menjimatkan wang dalam jangka masa panjang, motosikal yang mempunyai penggunaan minyak yang cekap juga sesuai untuk perjalanan harian ke tempat kerja, kolej atau sekolah.

Nasib baik, terdapat banyak pilihan motosikal di Malaysia yang bukan saja jimat minyak, tapi mudah untuk maintain, tahan lasak dan selesa untuk ride pada setiap hari. Jika anda sedang mencari motosikal yang mesra poket dan jimat minyak, berikut merupakan lima pilihan yang patut dipertimbangkan.

Motor Jimat Minyak

1. Honda Wave Alpha

Honda Wave Alpha memang terkenal sebagai antara motosikal paling tahan lasak dan paling jimat minyak di Malaysia. Dikuasakan oleh enjin 109.2cc satu silinder, motosikal ini direka khas untuk kegunaan harian dengan fokus kepada kecekapan penggunaan minyak.

Selain penggunaan minyak yang sangat jimat, Wave Alpha juga mempunyai kos maintenance yang murah dan alat ganti yang mudah didapati. Jika anda hanya ingin sebuah motosikal yang boleh membawa anda ke destinasi setiap hari tanpa banyak kerenah, Wave Alpha merupakan antara pilihan terbaik.

Motor Jimat Minyak

2. Yamaha EZ115

Yamaha EZ115 merupakan antara motosikal kapcai yang menjadi pilihan rider harian kerana reka bentuknya yang ringkas, ringan dan penggunaan minyak yang menjimatkan. Dikuasakan oleh enjin 114cc satu silinder, motosikal ini memberikan prestasi yang cukup untuk perjalanan ke tempat kerja atau ulang-alik di dalam bandar.

Selain penggunaan minyak yang rendah, EZ115 juga terkenal dengan kos maintenance yang berpatutan serta kebolehpercayaan enjin Yamaha. Jika anda mencari motosikal yang mudah ditunggang dan tidak membebankan kos harian, EZ115 merupakan pilihan yang agak menarik.

Motor Jimat Minyak

3. Yamaha Ego Avantiz

Bagi mereka yang lebih suka skuter, Yamaha Ego Avantiz merupakan antara pilihan yang terkenal dengan penggunaan minyak yang menjimatkan. Dikuasakan oleh enjin 125cc Blue Core, skuter ini dibangunkan untuk beri kecekapan minyak tanpa mengorbankan prestasi ketika meunggang.

Selain itu, transmisi automatik CVT menjadikan Ego Avantiz sangat mudah ditunggang, terutama ketika berdepan kesesakan lalu lintas. Ruang simpanan di bawah seat serta riding position yang selesa menjadikannya pilihan yang sesuai untuk kegunaan harian, sama ada ke tempat kerja, kolej atau urusan harian.

Motor Jimat Minyak

4. Honda Vario 125

Honda Vario 125 merupakan salah satu skuter paling popular di Malaysia, dan antara sebab utamanya ialah penggunaan minyak yang sangat cekap. Dikuasakan oleh enjin 125cc eSP dengan sistem fuel injection PGM-FI, Vario 125 mampu memberikan prestasi yang lancar sambil mengekalkan penggunaan minyak yang rendah.

Selain menjimatkan minyak, Vario 125 juga menawarkan ride yang selesa, ruang simpanan yang luas dan maintenance yang mudah. Gabungan keselesaan, praktikaliti dan kecekapan minyak menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang mahukan sebuah skuter harian yang mesra poket.

Motor Jimat Minyak

5. Modenas Kriss 110

Modenas Kriss 110 merupakan antara motosikal yang sinonim dengan penjimatan minyak. Menggunakan enjin 107cc satu silinder, ia dibina dengan fokus kepada penggunaan harian, menjadikannya pilihan popular dalam kalangan pelajar, pekerja dan rider delivery.

Walaupun spesifikasinya tak fokus kepada prestasi, Kriss 110 menawarkan tunggangan yang selesa, maintenance yang mudah dan penggunaan minyak yang sangat cekap. Bagi mereka yang mahukan motosikal yang mampu membawa anda dari satu destinasi ke destinasi lain dengan kos minimum, Kriss 110 merupakan antara pilihan terbaik di pasaran.

Kesimpulan

Memilih motosikal yang jimat minyak bukan sekadar membantu untuk kurangkan kos harian, malah memberikan ketenangan apabila digunakan sebagai pengangkutan utama. Sama ada anda seorang pelajar, pekerja atau penunggang yang sering ride jauh, motosikal yang menggunakan minyak dengan cekap boleh memberikan penjimatan yang ketara dalam jangka masa panjang.

Jika anda sedang mencari motosikal terpakai yang menjimatkan minyak, iMotorbike menawarkan pelbagai pilihan motosikal terpakai yang telah diperiksa dan berada dalam keadaan baik untuk kemudahan perjalanan harian anda. Untuk maklumat lanjut, layari website iMotorbike atau datang ke showroom berhampiran untuk mencari motosikal yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.

Related Items2026baruberitaGaya HidupHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 20, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliUtamayamaha

More in Berita

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Rider Wanita
    BeritaOctober 13, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike
    BeritaNovember 6, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar
    BeritaNovember 5, 2026
  • RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia
    ARRCNovember 5, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Panduan Cari Motosikal Berbaloi Dengan Bajet Rendah
iMotorbike Jualan Gudang Tawar Harga Tetap di Semua Showroom