• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Ramai Terkena! Elak Beli Motosikal Secondhand Kalau Nampak Tanda-Tanda Ini!

Ramai Terkena! Elak Beli Motosikal Secondhand Kalau Nampak Tanda-Tanda Ini!
Amzar Hazeeq
August 19, 2026

Berikut adalah lima tanda-tanda amaran yang perlu diberi perhatian sebelum membuat pembelian motosikal terpakai.

Tanda Amaran Apabila Membeli Motosikal Terpakai

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Membeli motosikal terpakai adalah cara terbaik untuk memiliki motosikal impian anda tanpa perlu membayar harga premium apabila membeli model yang baharu. Walau bagaimanapun, tak semua motosikal terpakai berada dalam keadaan baik. Ada yang mungkin mempunyai masalah mekanikal tersembunyi, manakala yang lain mungkin terlibat dalam kemalangan atau tidak diselenggara dengan baik.

Sebelum menyerahkan wang anda, luangkan masa untuk memeriksa motosikal tersebut dengan teliti. Berikut adalah lima tanda amaran yang perlu anda sentiasa perhatikan semasa membeli motosikal terpakai.

1. Tanda-Tanda Pernah Crash, Eksiden ataupun Jatuh

Salah satu tanda amaran terbesar ialah jika terdapat kesan motosikal itu telah terlibat dalam kemalangan. Cari calar, kemek, fairing retak, handlebar bengkok atau cat yang tidak sepadan. Ini mungkin menunjukkan bahawa motosikal itu pernah mengalami kemalangan sebelum ini.

Walaupun kerosakan kosmetik kecil merupakan perkra yang biasa pada motosikal terpakai, kerosakan kemalangan besar berpotensi untuk menjejaskan kekukuhan struktur dan pengendalian keseluruhan motosikal yang juga boleh menyebabkan motosikal tersebut tidak sealamt untuk digunakan di jalan raya. Jika sesuatu kelihatan tidak kena, wajar untuk bertanyakan kepada penjual untuk maklumat lebih terperinci.

Tanda Amaran Apabila Membeli Motosikal Terpakai

2. Servis Record Yang Tak Cun

Motosikal yang diselenggara dengan baik harus mempunyai rekod servis dan penyelenggaraan yang kerap. Jika penjual tidak dapat memberikan rekod servis atau menjelaskan bila kali terakhir komponen utama telah diganti, ia mungkin merupakan petanda bahawa motosikal tersebut tidak dijaga dengan baik.

Penukaran minyak secara berkala, penyelenggaraan rantai dan servis brek adalah penting untuk kebolehpercayaan motosikal. Kekurangan sejarah penyelenggaraan boleh menyebabkan kos pembaikan yang mahal pada masa hadapan.

3. Kebocoran Minyak atau Cecair

Sebelum menghidupkan motosikal, periksa enjin dan tanah di bawahnya untuk tanda-tanda kebocoran minyak atau cecair lain. Kebocoran mungkin menunjukkan bahawa terdapat seal yang haus, gasket yang rosak atau masalah mekanikal lain yang mungkin memerlukan perhatian segera.

Walaupun motosikal masih boleh berjalan seperti biasa, kebocoran cecair sememangnya sesuatu yang tidak boleh diabaikan. Kebocoran kecil akhirnya boleh menjadi masalah yang lebih besar dan juga lebih mahal.

Tanda Amaran Apabila Membeli Motosikal Terpakai

4. Bunyi Enjin yang Pelik

Hidupkan motosikal dan dengarkan bunyi enjin dengan teliti ketika sedang idle. Sebarang ketukan, bunyi tik, bergegar atau bunyi luar biasa lain mungkin merupakan tanda kehausan bahagian dalaman enjin atau penyelenggaraan yang buruk.

Enjin sepatutnya idle dengan lancar tanpa sebarang asap yang berlebihan atau bunyi pelik. Jika anda perasan sesuatu yang luar biasa, lebih baik untuk memeriksa motosikal tersebut sebelum meneruskan urusan jual beli.

5. Komponen Elektrik Yang Tidak Berfungsi

Luangkan beberapa minit untuk menguji sistem elektrik motosikal. Periksa lampu hadapan, lampu brek, lampu isyarat, hon, panel instrumen dan starter elektrik. Komponen elektrik yang rosak mungkin kelihatan seperti masalah kecil, tetapi ia mungkin menunjukkan masalah wiring atau bateri yang lemah.

Ia mungkin kelihatan seperti masalah kecil, tetapi ia berpotensi menyebabkan lebih banyak masalah elektrik pada masa hadapan. Memastikan semuanya berfungsi dengan baik sebelum membeli dapat membantu anda mengelakkan kos pembaikan yang tidak dijangka di kemudian hari.

Kesimpulan

Membeli motosikal terpakai tidak semestinya berisiko jika anda tahu apa yang perlu diambil perhatian. Dengan memeriksa kerosakan kemalangan, menyemak sejarah penyelenggaraan, memeriksa kebocoran, mendengar enjin dan menguji komponen elektrik, anda boleh membuat keputusan pembelian yang lebih tepat dan mengelakkan sebarang kejutan yang memerlukan kos tinggi.

Untuk ketenangan fikiran yang lebih baik, pertimbangkan untuk membeli motosikal di iMotorbike dengan iM Certified, satu piawaian kualiti yang mengkategorikan motosikal berdasarkan keadaan sebenar dan laporan pemeriksaan terperinci.

Setiap motosikal menjalani pemeriksaan profesional untuk memastikan ia memenuhi piawaian kualiti, dan ia dikategorikan kepada kategori yang berbeza untuk membantu pembeli membuat keputusan dan memberikan keyakinan yang lebih tinggi terhadap keadaan motosikal sebelum membuat pembelian.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang iM Certified dan beli motosikal dengan lebih yakin di iMotorbike.

Related Items2026baruberitaGaya HidupiM CertifiedIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 19, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupiM CertifiedIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliUtama

More in Berita

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Rider Wanita
    BeritaOctober 13, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike
    BeritaNovember 6, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar
    BeritaNovember 5, 2026
  • RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia
    ARRCNovember 5, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Ada Bajet RM10,000? Ini 5 Sportbike Yang Korang Boleh Beli di iMotorbike!
Enjin Inline-4 vs. V4: Konfigurasi Enjin Motosikal Mana Yang Lebih Baik?