• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

PDRM Terima 10 Motosikal Elektrik Taktikal Jebatt F29

PDRM Terima 10 Motosikal Elektrik Taktikal Jebatt F29
Hazique Zairill
August 21, 2026

Sebanyak 100 unit Jebatt F29 ATEB bernilai RM2.3 juta diperoleh bagi meningkatkan mobiliti Pasukan Gerakan Am di kawasan mencabar dan sukar diakses.

PDRM motosikal

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 10 unit motosikal All Terrain Tactical Assault E-Bike (ATEB) Jebatt F29 daripada keseluruhan 100 unit yang diperoleh bagi memperkukuh keupayaan operasi pasukan keselamatan.

Majlis penyerahan berlangsung di Pekarangan Lobi Menara 1, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, dengan simbolik penyerahan replika kunci disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan RTG Intech Corporation Sdn. Bhd., Mohamad Roslan Ramin kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Datuk Sri Mohd Yusri Hassan Basri, serta Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am/Biro Jenayah Hidupan Liar/Siasatan Perisikan Khas) KDNKA, DCP Datuk Suzrin Mohd Rodhi. 

PDRM motosikal
PIX SOURCES: FB PDRM

Motosikal ATEB berkenaan diperoleh menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), Rolling Plan Keempat, melibatkan keseluruhan 100 unit e-bike dengan nilai perolehan sebanyak RM2.3 juta.

Menurut PDRM, perolehan itu bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan operasi semasa, malah memperkukuh tahap kesiapsiagaan pasukan dalam menghadapi cabaran keselamatan yang semakin moden.

Aset baharu tersebut akan membantu meningkatkan keupayaan mobiliti Pasukan Gerakan Am (PGA), khususnya ketika menjalankan operasi di kawasan yang mencabar dan sukar diakses.

Antara kelebihan utama Jebatt F29 ATEB ialah operasi hampir tanpa bunyi, membolehkan motosikal digunakan dalam situasi yang memerlukan pergerakan lebih senyap berbanding motosikal konvensional.

Dari segi prestasi, Jebatt F29 ATEB mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 120 km/j serta menghasilkan tork sehingga 850 Nm. Ia dikuasakan bateri 72 volt (V), 60 ampere-jam (Ah) dan turut dilengkapi sistem pengecas pintar atau smart charger.

Gabungan sistem elektrik dan keupayaan merentasi pelbagai bentuk muka bumi menjadikan motosikal ini sesuai untuk menyokong pelbagai operasi PDRM, termasuk rondaan sempadan, operasi khas berisiko tinggi dan pengendalian konflik.

Penerimaan Jebatt F29 ATEB ini turut mencerminkan usaha berterusan PDRM dalam memodenkan aset operasi serta meningkatkan keupayaan mobiliti anggota ketika berdepan keadaan muka bumi dan situasi keselamatan yang lebih mencabar.

Related Items2026baruberitaelektrikJebattJebatt F29motosikalpdrmpolisUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 21, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitaelektrikJebattJebatt F29motosikalpdrmpolisUtama

More in Berita

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Rider Wanita
    BeritaOctober 13, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike
    BeritaNovember 6, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar
    BeritaNovember 5, 2026
  • RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia
    ARRCNovember 5, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Yamaha XSR155 vs Yamaha MT-15: Jantung yang Sama, Gaya yang Berbeza
Johann Zarco Sedia Beraksi di GP Aragon Selepas Kecederaan