• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Motor vs Kereta: 6 Perbezaan Yang Ramai Rakyat Malaysia Setuju

Motor vs Kereta: 6 Perbezaan Yang Ramai Rakyat Malaysia Setuju
Amzar Hazeeq
August 14, 2026

Motosikal dan kereta mempunyai kelebihan tersendiri. Ketahui perbezaan dari segi kos, masa perjalanan, keselesaan dan penggunaan harian sebelum membuat pilihan.

Motor vs Kereta

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Apabila tiba masanya untuk membeli kenderaan, ramai rakyat Malaysia akan berdepan dengan satu dilema yang sama, lebih baik beli motor atau kereta? Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Ada yang pilih motosikal kerana lebih jimat, ada juga yang pilih kereta kerana mengutamakan keselesaan.

Sebenarnya, tiada jawapan yang betul atau salah. Pilihan terbaik bergantung kepada bajet, gaya hidup dan tujuan anda memiliki kenderaan tersebut. Jika anda masih membuat pertimbangan, berikut merupakan enam perbezaan utama antara motosikal dan kereta yang boleh membantu anda membuat keputusan.

Motor vs Kereta

1. Kos Pemilikan: Motor Jauh Lebih Jimat

Antara sebab utama ramai memilih motosikal ialah kos pemilikannya yang lebih rendah. Harga motosikal jauh lebih murah berbanding kereta, begitu juga dengan ansuran bulanan, cukai jalan, premium insurans, dan penyelenggaraan.

Selain itu, motosikal juga terkenal dengan penggunaan minyak yang lebih menjimatkan. Untuk mereka yang menggunakan kenderaan setiap hari, perbezaan kos ini boleh memberikan penjimatan yang agak besar dalam jangka masa panjang. Jika bajet menjadi keutamaan, motosikal sememangnya mempunyai kelebihan yang sukar ditandingi.

2. Masa Perjalanan: Motor Lebih Mudah Hadap Trafik

Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru atau Pulau Pinang, kesesakan lalu lintas sudah menjadi perkara biasa. Dalam situasi begini, motosikal mempunyai kelebihan kerana lebih mudah mencelah ketika trafik sesak dan tak perlu menunggu terlalu lama di dalam kesesakan.

Mencari tempat parking juga jauh lebih mudah dengan motosikal. Tak perlu ambil masa yang lama untuk mencari parking, selit sahaja di mana-mana, asalkan tak halang lalun orang. Walaupun kereta menawarkan keselesaan, ia sering mengambil masa yang lebih lama untuk sampai ke destinasi, terutamanya ketika waktu puncak.

Motor vs Kereta

3. Keselesaan: Kereta Masih Menjadi Pilihan

Dari segi keselesaan, sukar untuk menafikan bahawa kereta mempunyai kelebihan. Dengan penghawa dingin, tempat duduk yang lebih luas dan perlindungan daripada panas serta hujan, perjalanan menjadi lebih selesa terutamanya untuk perjalanan jarak jauh.

Sebaliknya, penunggang motosikal perlu sentiasa bersedia menghadapi perubahan cuaca. Walaupun memakai baju hujan boleh membantu, tetapi pengalaman menunggang ketika hujan atau cuaca terlalu panas tetap memerlukan lebih banyak ketahanan fizikal.

4. Keselamatan: Kedua-duanya Bergantung Kepada Pengguna

Apabila bercakap tentang keselamatan, kereta mempunyai beberapa kelebihan seperti tali pinggang keledar, beg udara dan struktur badan yang mampu memberikan perlindungan tambahan ketika berlaku kemalangan. Namun begitu, ini tak bermaksud motosikal tidak selamat. Kereta juga ada bahayanya, tetapi motosikal lebih terdedah kepada risiko di atas jalan raya.

Penunggang yang memakai helmet serta kelengkapan keselamatan yang lengkap, mematuhi had laju dan menunggang secara berhemah mampu untuk mengurangkan risiko tersebut. Tak kira sama ada anda memandu kereta atau menunggang motosikal, sikap pengguna jalan raya tetap memainkan peranan paling penting.

Motor vs Kereta

5. Praktikaliti: Bergantung Kepada Gaya Hidup

Jika anda seorang pelajar, bujang atau hanya berulang-alik ke tempat kerja seorang diri, motosikal mungkin lebih praktikal. Ia lebih mudah dikendalikan, kos maintenance lebih rendah dan sesuai untuk kegunaan harian.

Sebaliknya, jika anda sudah berkeluarga atau sering membawa penumpang dan barang yang banyak, kereta merupakan pilihan yang lebih sesuai. Ruang simpnanan yang lebih besar menjadikan kereta lebih praktikal untuk perjalanan bersama keluarga atau ketika inigin pulang ke kampung.

6. Pengalaman Pemanduan: Dua Pengalaman Yang Berbeza

Menunggang motosikal memberikan pengalaman yang lain sama sekali. Anda dapat merasakan angin, dapat rasakan suasana alam semulajadi dan menikmati setiap corner sepanjang perjalanan. Ramai rider anggap pengalaman ini sebagai satu bentuk kebebasan atau “healing” yang sukar diperoleh ketika memandu kereta.

Sebaliknya, memandu kereta memberikan pengalaman yang lebih santai. Anda boleh menikmati penghawa dingin, dengar lagu kegemaran dan berbual dengan penumpang tanpa perlu memikirkan tentang keadaan cuaca. Kedua-duanya menyeronokkan, tetapi dengan cara yang berbeza.

Motor vs Kereta

Kesimpulan

Jadi, mana yang lebih baik, motor atau kereta? Jawapannya bergantung kepada keperluan anda sendiri.

Jika anda mahukan kenderaan yang menjimatkan kos, mudah bergerak dalam trafik dan sesuai untuk perjalanan harian, motosikal merupakan pilihan yang sangat baik. Namun, jika anda lebih mengutamakan keselesaan, ruang yang lebih luas dan sering membawa keluarga, kereta mungkin lebih sesuai.

Apa pun pilihan anda, pastikan ia selari dengan bajet dan gaya hidup anda. Yang paling penting, sentiasa utamakan keselamatan setiap kali berada di jalan raya.

Jika anda sedang memilih untuk membeli motosikal untuk kegunaan harian anda, iMotorbike menawarkan pelbagai pilihan daripada kapcai, skuter, naked bike hinggalah ke motosikal touring dan big bike. Untuk maklumat lanjut layari website iMotorbike atau kunjungi showroom berdekatan untuk melihat pilihan motosikal yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup anda.

@imotorbike.my

Naik motor untuk jimat masa, jimat duit dan hidup lebih enjoy! imotorbike jomnaikmotor motormurah jimatduit #riders

♬ original sound – iMotorbike MY – iMotorbike MY

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiaSEOUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 14, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiaSEOUtama

More in Berita

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Kempen MT-15 Town Champ Tawar Lebih 20 Motosikal

Hazique ZairillNovember 3, 2026
Read More

Kempen Trade & Upgrade iMotorbike Tawar Diskaun Sehingga RM3,000!

Hazique ZairillNovember 3, 2026
Read More

Mesh vs Leather Riding Jackets: Mana Yang Lebih Baik?

Amzar HazeeqNovember 2, 2026
Read More

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • [PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian
    BeritaOctober 7, 2026
  • Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden
    BeritaOctober 9, 2026
  • Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?
    BeritaNovember 5, 2026
  • Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini
    BeritaNovember 5, 2026
  • Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155
    BeritaNovember 4, 2026
  • Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat
    BeritaNovember 4, 2026
  • Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298
    BeritaNovember 4, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Kedua Bulan Ogos
Servis Motor RM49: Jaga Motosikal Sebelum Masalah Jadi Lebih Besar