• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Hakim Danish Jadikan Kekecewaan di Silverstone Sebagai Motivasi Menjelang GP Aragon

Hakim Danish Jadikan Kekecewaan di Silverstone Sebagai Motivasi Menjelang GP Aragon
Amzar Hazeeq
August 10, 2026

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli berazam bangkit semula dan menggunakan pengalaman di Silverstone sebagai bekalan menghadapi GP Aragon hujung bulan ini.

Hakim Danish Silverstone

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Hakim Danish Ramli enggan membiarkan kegagalan untuk menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Britain di Litar Silverstone mematahkan semangatnya. Sebaliknya, pelumba muda negara itu mahu menjadikan pengalaman tersebut sebagai pengajaran berharga untuk tampil lebih kompetitif pada pusingan seterusnya di GP Aragon.

Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu memulakan perlumbaan dari petak kesembilan dan dilihat berpotensi untuk bersaing dalam kelompok hadapan. Bagaimanapun, hasratnya untuk mengutip mata tidak kesampaian selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan beberapa pelumba lain pada pusingan kelima.

Insiden berkenaan menyebabkan jenteranya mengalami kerosakan dan tidak dapat meneruskan perlumbaan, sekali gus menamatkan cabarannya di Silverstone lebih awal daripada yang dirancang.

Hakim Danish Silverstone

Menurut Hakim, perlumbaan di Silverstone tetap memberikan banyak pengalaman berharga walaupun berakhir dengan kekecewaan. Beliau yakin segala yang dipelajari sepanjang hujung minggu perlumbaan itu mampu membantunya memberikan aksi lebih baik di GP Aragon nanti.

“Perlumbaan tadi pada mulanya agak baik dan saya yakin untuk bersaing dekat kelompok hadapan, tetapi di pusingan kelima saya terlibat dengan kemalangan dan jentera tidak dapat meneruskan perlumbaan. Banyak perkara yang saya belajar pada minggu ini dan selepas ini perlumbaan di Aragon, saya akan manfaatkan sepenuhnya di sana nanti,” katanya menerusi media sosial.

Kegagalan menamatkan perlumbaan di Silverstone turut memberi kesan kepada kedudukan Hakim dalam carta keseluruhan Moto3. Pelumba berusia 18 tahun itu kini turun satu anak tangga ke kedudukan kelapan dengan kutipan 86 mata.

Hakim Danish Silverstone

Tempat ketujuh kini menjadi milik pelumba Argentina, Valentin Perrone dari pasukan KTM Tech3 yang berjaya mengumpul 95 mata selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di Silverstone.

Perlumbaan Moto3 GP Britain dimenangi oleh David Almansa dari pasukan Intact GP, manakala Alvaro Carpe daripada KTM Ajo menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Selepas aksi di Silverstone, Hakim mempunyai hampir tiga minggu untuk melakukan persiapan sebelum saingan Moto3 bersambung di Litar MotorLand Aragon, Sepanyol, yang dijadual berlangsung dari 28 hingga 30 Ogos.

Walaupun terlepas peluang menambah mata di Britain, Hakim masih berada dalam kelompok pencabar utama kejuaraan musim ini. Dengan baki beberapa pusingan lagi, pelumba negara itu dijangka berusaha untuk bangkit dan kembali mengutip mata penting di Aragon bagi memperbaiki kedudukannya dalam carta keseluruhan.

Related Items2026baruberitaGaya Hiduphakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 10, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya Hiduphakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama

More in Berita

Empat Pelumba Malaysia Sertai FIM MotoMini World Final 2026 di Valencia

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

Kenapa Motor Ada ABS dan Ada Yang Tiada?

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

ZXMOTO 820RR vs Triumph Street Triple 798: Perang Tiga Silinder

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

Cara Kenal Pasti Motor Banjir Sebelum Anda Membeli

Amzar HazeeqNovember 19, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Momentum Positif di GP Portugal Moto3

Amzar HazeeqNovember 19, 2026
Read More

VOGE SR450X Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM29,888

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

Kenapa Brake Motor Rasa Bergegar? Ini Punca dan Cara Mengatasinya

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

5 Pilihan Skuter Harian Paling Berbaloi di Pasaran Malaysia

Hazique ZairillNovember 18, 2026
Read More

ZXMOTO 820RR Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia Dari RM39,888

Amzar HazeeqNovember 17, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Kempen Baharu, Tawar Diskaun Khas untuk KTM Duke

Hazique ZairillNovember 16, 2026
Read More

Thanat Laoongplio Juara MSBK600 2026 di Sepang

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More

Boleh Ke Beli Motor Terpakai Dengan Mileage Rendah?

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?
    BeritaOctober 23, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000
    BeritaOctober 26, 2026
  • Empat Pelumba Malaysia Sertai FIM MotoMini World Final 2026 di Valencia
    BeritaNovember 20, 2026
  • Kenapa Motor Ada ABS dan Ada Yang Tiada?
    BeritaNovember 20, 2026
  • ZXMOTO 820RR vs Triumph Street Triple 798: Perang Tiga Silinder
    BeritaNovember 20, 2026
  • Cara Kenal Pasti Motor Banjir Sebelum Anda Membeli
    BeritaNovember 19, 2026
  • Hakim Danish Sasar Momentum Positif di GP Portugal Moto3
    BeritaNovember 19, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Anupab Sarmoon Raih Kemenangan Dramatik SS600 di ARRC Mandalika 2026
Op Samseng Jalanan: 147 Motosikal Disita, 827 Saman Dikeluarkan