• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

ARRC

Hafizh Syahrin Catat Kemenangan Kelapan Berturut-turut di Mandalika

Hafizh Syahrin Catat Kemenangan Kelapan Berturut-turut di Mandalika
Hazique Zairill
August 10, 2026

Pelumba JDT Racing Team terus menguasai saingan ASB1000 selepas memenangi Perlumbaan 2 Pusingan 4 LFN FIM Asia Road Racing Championship 2026 di Indonesia.

Hafizh Syahrin

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Hafizh Syahrin Abdullah meneruskan prestasi cemerlangnya dalam kelas ASB1000 apabila meraih kemenangan kelapan berturut-turut selepas menguasai Perlumbaan 2 Pusingan 4 LFN FIM Asia Road Racing Championship (ARRC) 2026 di Litar Antarabangsa Mandalika, Indonesia.

Pelumba JDT Racing Team itu mempamerkan tunggangan penuh kawalan dalam perlumbaan 15 pusingan, terutama selepas berjaya melepasi kekalutan di selekoh awal sebelum mengambil alih kedudukan pendahulu pada Pusingan 2.

Keito Abe daripada SDG HARC-PRO. Honda Philippines membuat permulaan yang baik untuk mendahului perlumbaan, diikuti Lachlan Epis dari SWIFT GROW Racing Team dan Mohammad Adenanta Putra daripada Astra Honda Racing Team.

Bermula dari kedudukan kelima, Hafizh mengambil pendekatan berhati-hati pada awal perlumbaan sebelum memintas beberapa pelumba di hadapan. Menjelang Pusingan 2, pelumba Malaysia itu sudah berada di hadapan, manakala Epis kemudiannya terbabas dan tidak dapat meneruskan perlumbaan.

Hafizh Syahrin

Sebaik sahaja berada di hadapan, Hafizh terus meningkatkan rentak perlumbaan. Dia merekodkan masa 1’36.332s pada Pusingan 3 sebelum memperbaikinya kepada 1’35.349s pada Pusingan 6. Rentak pantas tersebut membolehkan Hafizh membina jurang selesa daripada Abe, manakala persaingan untuk tempat ketiga berlangsung sengit di belakang.

Adenanta pada awalnya menduduki tempat ketiga sebelum Zaqhwan Zaidi daripada Idemitsu Honda Racing Malaysia memintasnya pada Pusingan 5. Bagaimanapun, cabaran Zaqhwan berakhir pada Pusingan 8 apabila dia hilang cengkaman bahagian hadapan dan terbabas.

Anthony West daripada Motogo Yamaha Fusport Racing turut gagal menamatkan perlumbaan selepas terbabit dalam insiden pada Pusingan 6. Ketika Hafizh terus melebarkan kelebihan kepada lebih tiga saat, persaingan untuk tempat ketiga menjadi tumpuan utama.

Adenanta mengalami sedikit gegaran pada Pusingan 10, memberi peluang kepada Rocco Sessler daripada Forty Forged Asia Racing Team untuk mengambil alih tempat ketiga. Nakarin Atiratphuvapat daripada Honda Racing Thailand kemudian memintas Adenanta pada Pusingan 12 untuk naik ke tempat keempat.

Hafizh bagaimanapun kekal tenang sehingga penghujung perlumbaan dan melintasi garisan penamat sebagai pemenang dengan catatan 24’03.193s. Abe menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan masa 24’05.883s, manakala Sessler melengkapkan podium selepas mencatat 24’06.545s.

Hafizh Syahrin

Selepas tamat perlumbaan, Hafizh berkata pendekatan bijak pada awal perlumbaan membantunya mengelak daripada terperangkap dalam perebutan sengit di kelompok hadapan.

“Bila nampak kekecohan itu, saya tahu saya perlu mengawal perlumbaan dengan fikiran yang tenang. Semasa pelumba lain bertarung sengit, saya menunggang dengan bijak, mengelak masalah dan mengambil peluang pada masa yang tepat untuk melakukan pintasan,” katanya.

Hafizh turut mendedahkan bahawa dia mengubah strateginya berbanding perlumbaan sebelumnya bagi mengelakkan Abe daripada mendapat manfaat daripada slipstream.

Kemenangan tersebut turut mempunyai nilai sentimental buat Hafizh apabila dia mendedikasikannya kepada pengurus JDT Racing Team, Razmin, yang sedang menerima rawatan di hospital, selain pasukan dan keluarganya. Hafizh turut merakamkan penghargaan kepada HRH Tunku Mahkota Ismail atas sokongan berterusan terhadap pasukan.

Dengan kemenangan terbaharu itu, Hafizh kini mencatat lapan kemenangan berturut-turut dalam kelas ASB1000, sekali gus meneruskan dominasi luar biasanya dalam kempen ARRC 2026.

Hafizh Syahrin

Lima Teratas Perlumbaan 2

  • Hafizh Syahrin Abdullah – JDT Racing Team – 24’03.193s
  • Keito Abe – SDG HARC-PRO. Honda Philippines – 24’05.883s
  • Rocco Sessler – Forty Forged Asia Racing Team – 24’06.545s
  • Nakarin Atiratphuvapat – Honda Racing Thailand – 24’10.417s
  • Mohammad Adenanta Putra – Astra Honda Racing Team – 24’14.379s

Related Items2026ARRCbaruberitaducatihafizh syahrinHondaindonesiaJDT Racing TeamUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
ARRC
August 10, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026ARRCbaruberitaducatihafizh syahrinHondaindonesiaJDT Racing TeamUtamayamaha

More in ARRC

Anupab Sarmoon Raih Kemenangan Dramatik SS600 di ARRC Mandalika 2026

Amzar HazeeqAugust 10, 2026
Read More

Andi Farid Terlepas ARRC Mandalika Akibat Kecederaan

Amzar HazeeqJuly 31, 2026
Read More

Hafizh Syahrin Raih P10 di Race of Champions 2026

Hazique ZairillJuly 6, 2026
Read More

Haziq Tamat Kemarau Kemenangan CP150 di Sepang

Hazique ZairillMay 25, 2026
Read More

Hafizh Syahrin Raih Kemenangan ASB1000 di Buriram

Amzar HazeeqMay 11, 2026
Read More

ARRC 2026 Sepang: Kasma Daniel Raih Kemenangan Race 2

Amzar HazeeqApril 13, 2026
Read More

ARRC 2026 Sepang: Hafizh Syahrin Tampil Dominan, Sapu Bersih Dua Kemenangan

Amzar HazeeqApril 13, 2026
Read More

JDT Racing Team Sah Ganding Hafizh Syahrin & Andi Gilang Untuk ARRC 2026

Hazique ZairillFebruary 10, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MForce Sekali Lagi Panggil Balik QJMotor AX200S
    BeritaAugust 18, 2026
  • 5 Perkara yang Perlu Diperiksa Sebelum Menunggang Motosikal 
    BeritaAugust 10, 2026
  • Top 5 Motor Pilihan Bulan Ogos di iMotorbike
    BeritaAugust 6, 2026
  • iMotorbike Merdeka Ride Kembali Ogos Ini dengan Perjalanan yang Lebih Besar dan Tujuan yang Lebih Bermakna
    BeritaAugust 4, 2026
  • RXZ Members 8.0 Pecah Rekod 200,000 Peserta
    BeritaAugust 3, 2026
  • Izan Guevara Sertai MotoGP Prima Pramac Yamaha Untuk Musim 2027
    BeritaAugust 28, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Terakhir Ogos 2026 di iMotorbike
    BeritaAugust 28, 2026
  • Cara Pilih Helmet Yang Sesuai Dengan Bentuk Kepala
    BeritaAugust 28, 2026
  • Yamaha YZF-R2 Dilancarkan di India
    BeritaAugust 28, 2026
  • Cara Menjaga Motosikal Anda: 5 Tips Penting Setiap Rider Kena Tahu
    BeritaAugust 28, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama Ogos di iMotorbike
Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia, Harga RM12,998
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat