• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia, Harga RM12,998

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia, Harga RM12,998
Hazique Zairill
August 10, 2026

Selepas hampir tujuh tahun menanti, Yamaha XSR155 akhirnya dilancarkan di Malaysia dengan enjin 155cc VVA, reka bentuk retro serta kelengkapan moden.

Yamaha XSR155

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Selepas sekian lama dinantikan oleh peminat tempatan, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akhirnya melancarkan Yamaha XSR155 secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Model ini ditawarkan pada harga jualan RM12,998, tidak termasuk insurans.

Model berkonsepkan naked retro ini menjadi model pertama daripada keluarga XSR Yamaha yang diperkenalkan secara rasmi di Malaysia, selepas pertama kali diperkenalkan di pasaran Thailand pada Ogos 2019. Model ini turut hadir dengan waranti dua tahun atau 20,000km, mana-mana yang terdahulu.

Bagi pasaran tempatan, Yamaha XSR155 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Evergreen, Classic Silver dan Royale Black. Bagaimanapun, peminat perlu menunggu sehingga suku keempat 2026 (Q4 2026) sebelum model ini mula ditawarkan di pengedar sah Yamaha di seluruh negara.

Yamaha XSR155 dikuasakan enjin satu silinder, SOHC, 155cc, penyejukan cecair yang turut dilengkapi teknologi Variable Valve Actuation (VVA). Enjin tersebut yang turut digunakan pada model seperti Yamaha Y16ZR dipadankan dengan transmisi enam kelajuan bersama Assist & Slipper Clutch. Ia menghasilkan kuasa maksimum 18.9 hp pada 10,000 rpm dan tork maksimum 14.4 Nm pada 8,500 rpm. 

Enjin tersebut dipasang pada rangka jenis Deltabox, manakala sistem suspensi menggunakan fork USD di bahagian hadapan dan penyerap hentak tunggal di belakang yang dilengkapi pelarasan prabeban.

Walaupun tampil dengan identiti klasik, XSR155 dilengkapi komponen moden untuk memberikan pengalaman tunggangan yang lebih sesuai dengan keperluan semasa.

Motosikal ini menggunakan rim aluminium bersaiz 17 inci, dipadankan dengan tayar 110/70 di hadapan dan 140/70 di belakang. Sistem membrek pula menggunakan cakera di kedua-dua roda bersama ABS dua saluran, manakala berat keseluruhan XSR155 dicatatkan pada 137kg.

Menariknya, XSR155 mempunyai kapasiti tangki bahan api 10 liter, menjadikannya model dengan kapasiti tangki terbesar dalam keluarga motosikal 155cc Yamaha berdasarkan maklumat yang diberikan.

Dari segi reka bentuk, Yamaha XSR155 mengekalkan elemen retro yang menjadi identiti utama keluarga XSR. Antara ciri yang menyerlah termasuk tangki bahan api berbentuk teardrop, tempat duduk berkonsepkan heritage serta meter digital LCD berbentuk bulat.

Sistem pencahayaan pula menggunakan teknologi LED di bahagian hadapan dan belakang, memberikan sentuhan moden tanpa menghilangkan karakter klasik motosikal tersebut.

Related Items155cc2026baruberitahong leong yamaha motormalaysiaUtamaVVayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 10, 2026
Hazique Zairill

Related Items155cc2026baruberitahong leong yamaha motormalaysiaUtamaVVayamaha

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Hafizh Syahrin Catat Kemenangan Kelapan Berturut-turut di Mandalika
5 Perkara yang Perlu Diperiksa Sebelum Menunggang Motosikal