• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

ARRC

Hafizh Syahrin Raih P10 di Race of Champions 2026

Hafizh Syahrin Raih P10 di Race of Champions 2026
Hazique Zairill
July 6, 2026

Juara ARRC ASB1000 negara mengatasi Marc Marquez di Misano sambil menunggang Ducati Panigale V4 Tricolore bernombor 855 daripada hanya 1,000 unit di dunia.

Hafizh Syahrin

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila menamatkan Lenovo Race of Champions 2026 di Misano World Circuit “Marco Simoncelli” di tempat ke-10 keseluruhan.

Bekas pelumba MotoGP negara itu menamatkan perlumbaan dengan jurang 23.617 saat di belakang pemenang Nicolo Bulega, sekali gus mengatasi beberapa nama besar termasuk juara dunia MotoGP sembilan kali, Marc Marquez, yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-12.

Lenovo Race of Champions merupakan antara acara kemuncak World Ducati Week 2026, menghimpunkan barisan pelumba Ducati daripada MotoGP, WorldSBK, WorldSSP dan pelbagai kejohanan kebangsaan. Kesemua peserta berlumba menggunakan jentera yang sama iaitu Ducati Panigale V4 Tricolore, sempena sambutan ulang tahun ke-100 pengeluar motosikal Itali itu.

Hafizh Syahrin

Lebih istimewa, Hafizh diberi penghormatan menunggang Ducati Panigale V4 Tricolore bernombor 855/1000, salah satu daripada hanya 1,000 unit yang dihasilkan di seluruh dunia. Setiap unit turut hadir dengan nombor siri eksklusif yang diukir pada bahagian triple clamp dan kunci khas, sekali gus meningkatkan nilai koleksinya.

Panigale V4 Tricolore merupakan model edisi khas yang meraikan identiti “Made in Italy” Ducati menerusi livery Tricolore yang diinspirasikan daripada bendera Itali. Model eksklusif ini turut menjadi antara koleksi paling diidamkan oleh peminat dan pengumpul Ducati di seluruh dunia.

Jentera tersebut dikuasakan enjin 1,103cc Desmosedici Stradale V4 yang menghasilkan 216 hp, selain dilengkapi rim gentian karbon, suspensi elektronik Öhlins Smart EC 3.0, klac kering (dry clutch) serta sistem brek Brembo Front Brake PRO, menjadikannya antara Panigale paling canggih pernah dihasilkan Ducati.

Hafizh Syahrin

Sebelum perlumbaan berlangsung, Hafizh turut mempamerkan prestasi memberangsangkan apabila menamatkan sesi kelayakan di tempat ke-10.

Satu lagi detik yang mencuri perhatian berlaku sejurus tamat perlumbaan apabila Hafizh dilihat berbual bersama Luigi “Gigi” Dall’Igna, Pengurus Besar Ducati Corse yang terkenal sebagai individu penting di sebalik kejayaan Ducati mendominasi MotoGP dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Isi perbualan mereka bagaimanapun tidak didedahkan. Sama ada sekadar ucapan tahniah atas kejayaan Hafizh bergelar Juara Asia ASB1000 bersama Ducati atau perbincangan mengenai masa depan pelumba negara itu, semuanya kekal sebagai spekulasi.

Apa yang pasti, momen tersebut menjadi perhatian peminat sukan permotoran tempatan, yang pastinya berharap ia membuka lebih banyak peluang kepada Hafizh pada masa hadapan.

Dengan menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 terbaik serta mengatasi beberapa pelumba bertaraf dunia, Hafizh sekali lagi membuktikan kemampuannya untuk bersaing di pentas antarabangsa sambil membawa nama Malaysia di hadapan ribuan peminat Ducati di Misano.

Hafizh Syahrin

Related Items2026baruberitaducatihafizh syahrinmalaysiamarc marquezmotogpUtamav4
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
ARRC
July 6, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitaducatihafizh syahrinmalaysiamarc marquezmotogpUtamav4

More in ARRC

Anupab Sarmoon Raih Kemenangan Dramatik SS600 di ARRC Mandalika 2026

Amzar HazeeqAugust 10, 2026
Read More

Hafizh Syahrin Catat Kemenangan Kelapan Berturut-turut di Mandalika

Hazique ZairillAugust 10, 2026
Read More

Andi Farid Terlepas ARRC Mandalika Akibat Kecederaan

Amzar HazeeqJuly 31, 2026
Read More

Haziq Tamat Kemarau Kemenangan CP150 di Sepang

Hazique ZairillMay 25, 2026
Read More

Hafizh Syahrin Raih Kemenangan ASB1000 di Buriram

Amzar HazeeqMay 11, 2026
Read More

ARRC 2026 Sepang: Kasma Daniel Raih Kemenangan Race 2

Amzar HazeeqApril 13, 2026
Read More

ARRC 2026 Sepang: Hafizh Syahrin Tampil Dominan, Sapu Bersih Dua Kemenangan

Amzar HazeeqApril 13, 2026
Read More

JDT Racing Team Sah Ganding Hafizh Syahrin & Andi Gilang Untuk ARRC 2026

Hazique ZairillFebruary 10, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MForce Sekali Lagi Panggil Balik QJMotor AX200S
    BeritaAugust 18, 2026
  • CFMoto 250SR vs QJMotor SRK250R: Sportbike Entry-Level Mana Paling Berbaloi Dibeli?
    BeritaJuly 27, 2026
  • 5 Perkara yang Perlu Diperiksa Sebelum Menunggang Motosikal 
    BeritaAugust 10, 2026
  • Cara Mencuci Helmet Motosikal Dengan Betul: Kekal Bersih, Selesa dan Tahan Lama
    BeritaJuly 23, 2026
  • Top 5 Motor Pilihan Bulan Ogos di iMotorbike
    BeritaAugust 6, 2026
  • Yamaha XSR155 vs Yamaha MT-15: Jantung yang Sama, Gaya yang Berbeza
    BeritaAugust 20, 2026
  • 5 Perkara Yang Perlu Dibuat Sebelum Menjual Motosikal Anda
    BeritaAugust 20, 2026
  • 5 Kesilapan Yang Ramai Orang Buat Semasa Renew Insurans Motosikal
    BeritaAugust 20, 2026
  • iMotorbike Jualan Gudang Tawar Harga Tetap di Semua Showroom
    BeritaAugust 20, 2026
  • Top 5 Motor Jimat Minyak di Malaysia
    BeritaAugust 20, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Cara Membatalkan Polisi Insurans Kenderaan Anda dan Mendapatkan Bayaran Balik di Malaysia
Top 5 Motor Terlaris di iMotorbike Penang
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat