• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Top 5 Motor Terlaris di iMotorbike Penang

Top 5 Motor Terlaris di iMotorbike Penang
Amzar Hazeeq
July 6, 2026

Daripada naked bike hinggalah motosikal kapcai berprestasi tinggi, ini merupakan lima motosikal paling laris di iMotorbike Penang yang menjadi pilihan ramai.

Top 5 motor terlaris di iMotorbike Penang

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Bagi warga Penang, melalui jalan jem sudah menjadi sebuah rutin harian mereka. Ramai pembeli hari ini mahukan motosikal yang menawarkan prestasi, keselesaan, praktikaliti ketika ride di dalam trafik, kos penyelenggaraan yang berpatutan serta nilai yang berbaloi untuk jangka masa panjang. Atas sebab itu, terdapat beberapa model yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan di iMotorbike Penang.

Daripada motosikal untuk kegunaan harian hinggalah sportbike untuk ride hujung minggu, setiap model dalam senarai ini mempunyai kelebihan mereka tersendiri. Jika anda seorang rider di Penang dan sedang mencari motosikal terpakai yang berkualiti, ini adalah Top 5 Motor Terlaris di iMotorbike Penang.

Top 5 motor terlaris di iMotorbike Penang

1. Yamaha MT-15

Yamaha MT-15 merupakan antara motosikal naked yang paling popular di Malaysia, terutamanya dalam kalangan rider muda dan mereka yang baru ingin beralih daripada kapcai kepada motosikal yang lebih besar. Dikuasakan oleh enjin 155cc VVA yang menghasilkan sekitar 19 hp dan 14.7 Nm tork, motosikal ini menawarkan prestasi yang cukup menyeronokkan tanpa terasa terlalu agresif, menjadikan ia sangat mesra beginner.

Selain prestasinya yang mantap, MT-15 turut menawarkan riding position yang lebih tegak dan selesa berbanding sportbike. Saiznya yang ringan serta handling yang lincah menjadikannya sangat sesuai untuk kegunaan harian, terutama ketika meredah kesesakan lalu lintas. Jika anda mahukan motosikal yang sporty tetapi masih praktikal untuk digunakan setiap hari, MT-15 sememangnya pilihan yang sukar untuk ditandingi.

Top 5 motor terlaris di iMotorbike Penang

2. Yamaha YZF-R25

Bagi mereka yang mengimpikan sebuah motosikal dengan rupa seperti superbike, Yamaha YZF-R25 merupakan antara pilihan terbaik. Motosikal ini menggunakan enjin 249cc dua silinder yang menghasilkan sekitar 35.5 hp dan 22.6 Nm tork, memberikan kuasa yang mencukupi sama ada untuk kegunaan harian mahupun ride jarak jauh.

Selain bunyi enjin dua silinder yang cukup sedap didengar, R25 juga menawarkan riding position yang lebih santai berbanding kebanyakan sportbike dalam kelasnya. Gabungan prestasi, keselesaan dan reka bentuk agresif menjadikan motosikal ini sentiasa menjadi pilihan pelanggan di iMotorbike Penang.

Top 5 motor terlaris di iMotorbike Penang

3. Yamaha YZF-R15

Kalau anda mahukan gaya sebuah superbike tetapi dengan kos pemilikan yang lebih rendah, Yamaha YZF-R15 sememangnya pilihan yang patut dipertimbangkan. Ia berkongsi enjin 155cc VVA yang sama seperti MT-15, menghasilkan sekitar 19 hp dan 14.7 Nm tork, tetapi hadir dengan reka bentuk full fairing yang lebih sporty.

R15 bukan sahaja kelihatan premium, malah turut dilengkapi dengan ciri-ciri yang menambhakan nilai keselamatan dan keselesaan motor ini seperti assist & slipper clutch, traction control, dual-channel ABS dan upside-down fork. Untuk rider yang baru ingin memasuki dunia sportbike, R15 menawarkan keseimbangan yang sangat baik antara prestasi, teknologi dan juga harga.

Top 5 motor terlaris di iMotorbike Penang

4. Honda RS-X

Honda RS-X merupakan salah satu kapcai moden yang semakin mendapat perhatian di Malaysia. Dikuasakan oleh enjin 149.2cc DOHC yang menghasilkan sekitar 15.8 hp dan 13.6 Nm tork, motosikal ini menawarkan prestasi yang cukup responsif untuk kegunaan harian.

Apa yang membuatkan RS-X menarik ialah gabungan reka bentuk moden, penggunaan minyak yang menjimatkan serta kos penyelenggaraan yang rendah. Ia juga dilengkapi dengan brek disk di hadapan dan belakang bersama ABS untuk varian tertentu, memberikan tahap keselamatan yang lebih baik. Jika anda mencari kapcai yang moden dan menyeronokkan untuk ditunggang setiap hari, RS-X adalah pilihan yang sangat berbaloi.

Top 5 motor terlaris di iMotorbike Penang

5. Honda RS150R

Honda RS150R merupakan antara motosikal kapcai berprestasi tinggi yang mempunyai peminatnya tersendiri. Dengan enjin 149cc DOHC yang menghasilkan sekitar 15.8 hp dan 13.6 Nm tork, motosikal ini mampu memberikan pecutan yang cukup mengujakan tanpa perlu untuk mengorbankan kebolehgunaan harian.

Selain terkenal dengan ketahanan enjinnya, RS150R juga menawarkan handling yang mantap dan reka bentuk yang sporty. Tidak hairanlah motosikal ini masih menjadi pilihan ramai rider yang mahukan sebuah kapcai dengan prestasi yang menyeronokkan dan kos pemilikan yang berpatutan.

Kesimpulan

Setiap motosikal dalam senarai ini mempunyai kelebihan tersendiri bergantung kepada gaya tunggangan dan keperluan anda. Sama ada anda mencari motosikal naked yang selesa, sportbike yang bergaya ataupun kapcai yang praktikal, kelima-lima model ini telah terbukti menjadi pilihan pelanggan di iMotorbike Penang.

Jika anda berminat untuk memiliki salah satu motosikal dalam senarai ini, semuanya boleh didapati di iMotorbike Penang. Selain motosikal terpakai yang telah diperiksa kualitinya, anda juga boleh menjual atau trade-in motosikal lama anda dengan proses yang mudah dan pantas. Kunjungi showroom iMotorbike Penang atau layari laman web iMotorbike untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Related Items2026baruberitaHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
July 6, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliUtamayamaha

More in Berita

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Toprak Razgatlıoğlu Terlepas Baki Musim MotoGP 2026

Hazique ZairillOctober 21, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NVX: Teman Sempurna untuk Pengguna Bandar 

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Rapid KL Sediakan 85 Bas untuk Perkhidmatan Shuttle MotoGP Malaysia 2026

Hazique ZairillOctober 20, 2026
Read More

5 Barang Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal

Amzar HazeeqOctober 20, 2026
Read More

Irfan Haykhal Bangkit Raih Kemenangan Emosi di Sepang

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Aveta Nova 200 Edisi Terhad Dilancarkan di Malaysia, Harga RM8,788

Hazique ZairillOctober 19, 2026
Read More

Op Bersepadu Samseng Jalanan: 945 Saman Dikeluarkan, 111 Motosikal Disita

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Pelajar Dapat Cuci Motor Percuma di iMotorbike

Hazique ZairillOctober 19, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • 6 Motor Bulanan RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 24, 2026
  • Italjet Dragster 200
    6 Motor Dengan Ansuran Bulanan Sekitar RM300 di iMotorbike
    BeritaSeptember 24, 2026
  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Sepang 101: Panduan Lengkap Sebelum Ke Litar Sepang
    BeritaSeptember 29, 2026
  • Motor Day Sale iMotorbike Bermula Esok di KL, Johor dan Penang
    BeritaSeptember 24, 2026
  • Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?
    BeritaOctober 23, 2026
  • Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia
    BeritaOctober 21, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?
    BeritaOctober 21, 2026
  • Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya
    BeritaOctober 21, 2026
  • Toprak Razgatlıoğlu Terlepas Baki Musim MotoGP 2026
    BeritaOctober 21, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Hafizh Syahrin Raih P10 di Race of Champions 2026
Top 5 Motor Terlaris di iMotorbike Glenmarie