• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

5 Kesilapan Yang Ramai Orang Buat Semasa Renew Insurans Motosikal

5 Kesilapan Yang Ramai Orang Buat Semasa Renew Insurans Motosikal
Amzar Hazeeq
August 20, 2026

Jangan tunggu sehingga insurans tamat tempoh. Elakkan lima kesilapan ini supaya proses renew insurans motosikal berjalan lancar dan anda sentiasa dilindungi ketika di jalan raya.

Insurans Motosikal

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Insurans motosikal merupakan antara perkara yang wajib diberi perhatian oleh setiap pemilik motosikal. Walaupun proses untuk renew insurans sekarang lebih senang berbanding dulu, ramai lagii yang melakukan kesilapan yang sebenarnya boleh dielakkan.

Ada yang tunggu sehingga saat akhir, ada yang hanya pilih polisi paling murah tanpa memahami perlindungan yang ditawarkan. Kesilapan begini mungkin nampak kecil, tapi ia boleh memberi kesan apabila berlaku perkara yang tak diingini. Jadi, sebelum anda renew insurans motosikal, pastikan anda tak melakukan lima kesilapan ini.

1. Tunggu Hingga Saat Akhir Untuk Renew Insurans

Kesilapan paling biasa ialah menunggu hingga insurans hampir atau dah tamat tempoh baru nak renew. Ramai yang anggap tiada masala jika buat begitu, tapi perkara yang tak dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa.

Jika insurans sudah tamat tempoh, anda tidak lagi dilindungi sekiranya berlaku kemalangan. Malah, anda juga tak boleh renew road tax tanpa insurans yang masih sah. Sebab itu, lebih baik renew beberapa hari atau seminggu lebih awal supaya segala proses berjalan dengan lebih lancar.

Insurans Motosikal

2. Tak Faham Jenis Perlindungan Yang Dipilih

Bila nak renew insurans, jangan terus pilih polisi yang paling murah. Ambil masa untuk fahami jenis perlindungan yang ditawarkan dan pilih polisi yang benar-benar sesuai dengan keperluan anda.

Sebagai contoh, insurans Third Party hanya melindungi kerosakan atau kecederaan yang dialami pihak ketiga. Manakala Comprehensive Insurance atau insurans First Party pula menawarkan perlindungan yang lebih menyeluruh, termasuk kerosakan pada motosikal anda sendiri akibat kemalangan, kebakaran atau kecurian. Memahami perbezaan ini boleh membantu anda untuk keputusan yang lebih tepat.

3. Tak Mengemas Kini Maklumat Peribadi

Ramai yang menganggap maklumat seperti alamat atau nombor telefon tak begitu penting semasa renew insurans. Namun, maklumat yang tidak tepat boleh menyebabkan proses renew atau tuntutan menjadi lebih rumit.

Pastikan nama, nombor kad pengenalan, alamat, serta maklumat motosikal adalah betul sebelum melakukan renewal. Ambil masa beberapa minit untuk semak semula semua maklumat ini untuk elakkan sebarang masalah pada masa akan datang.

Insurans Motosikal

4. Tak Menyemak Kelayakan NCD

Jika anda tak pernah membuat tuntutan insurans, anda mungkin layak menikmati No Claim Discount (NCD). Diskaun ini boleh bantu mengurangkan premium insurans yang perlu dibayar semasa renewal.

Tapi masih ramai pemilik motosikal yang tak menyedari mereka mempunyai NCD atau tak menyemaknya terlebih dahulu. Jadi, sebelum membuat pembayaran, pastikan anda mengetahui sama ada anda layak menikmati diskaun tersebut.

5. Hanya Fokus Pada Harga Yang Paling Murah

Pada zaman sekarang, kos sara hidup semakin meningkat dan semua orang berjimat sebaik mungkin. Namun, memilih polisi semata-mata kerana harganya paling murah bukan keputusan yang terbaik.

Apa yang lebih penting ialah perlindungan yang anda akan terima. Polisi yang mahal sedikit mungkin menawarkan manfaat tambahan yang lebih sesuai dengan keperluan anda. Jadi, jangan hanya lihat pada harga, tetapi bandingkan juga perlindungan yang ditawarkan sebelum membuat keputusan.

Kesimpulan

Renew insurans motosikal bukan sekadar untuk memenuhi syarat undang-undang, tetapi untuk memastikan anda sentiasa dilindungi ketika berada di jalan raya. Dengan mengelakkan lima kesilapan ini, anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa, malah lebih yakin bahawa motosikal anda mempunyai perlindungan yang sesuai.

Kalau insurans motosikal anda dah hampir tamat tempoh, iMotorbike Insurance Renewal boleh membantu memudahkan proses pembaharuan anda. Tak perlu pening kepala nak urus semuanya sendiri. Pasukan iMotorbike sedia membantu anda memilih perlindungan yang sesuai supaya proses renew menjadi lebih cepat, mudah dan tanpa sebarang kerumitan.

Related ItemsbaruberitaGaya HidupIndustriinsuransKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliSEOUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 20, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related ItemsbaruberitaGaya HidupIndustriinsuransKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliSEOUtama

More in Berita

Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road

Amzar HazeeqOctober 16, 2026
Read More

Jualan Clearance Stock di Seluruh Showroom iMotorbike!

Hazique ZairillOctober 15, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Johor

Amzar HazeeqOctober 15, 2026
Read More

Apa Yang Insurans Motor Tak Cover? Ramai Rider Tak Tahu

Amzar HazeeqOctober 15, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Rider Wanita

Amzar HazeeqOctober 13, 2026
Read More

Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?

Hazique ZairillOctober 13, 2026
Read More

Motor Kena Banjir, Boleh Claim Insurans Ke? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 12, 2026
Read More

Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888

Hazique ZairillOctober 12, 2026
Read More

Azroy Hakeem Kuasai Perlumbaan Malam Cub Prix, Rangkul Kemenangan CP150

Amzar HazeeqOctober 12, 2026
Read More

MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual

Hazique ZairillOctober 12, 2026
Read More

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Orang Pendek: Lebih Yakin, Lebih Mudah Dikendalikan
    BeritaSeptember 23, 2026
  • iMotorbike Malaysia Day Clearance Tawar Harga Jackpot
    BeritaSeptember 21, 2026
  • 6 Motor Bulanan RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 24, 2026
  • ZXMoto 500RR vs Kawasaki Ninja ZX-4RR: Pendatang Baharu atau Jenama Ternama?
    BeritaSeptember 17, 2026
  • Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road
    BeritaOctober 16, 2026
  • Jualan Clearance Stock di Seluruh Showroom iMotorbike!
    BeritaOctober 15, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Penang
    Gaya HidupOctober 15, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Johor
    BeritaOctober 15, 2026
  • Apa Yang Insurans Motor Tak Cover? Ramai Rider Tak Tahu
    BeritaOctober 15, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

iMotorbike Jualan Gudang Tawar Harga Tetap di Semua Showroom
5 Perkara Yang Perlu Dibuat Sebelum Menjual Motosikal Anda