• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

TW Racing Team Sasar Kelompok Lima Terbaik Cub Prix Pro-Am 2026

TW Racing Team Sasar Kelompok Lima Terbaik Cub Prix Pro-Am 2026
Hazique Zairill
July 29, 2026

Memasuki musim kedua, TW Racing Team mempertaruhkan tiga pelumba bersama jentera VOGE FR150 dengan sasaran podium setiap pusingan dan kedudukan lima terbaik keseluruhan.

TW Racing Team

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pasukan perlumbaan motosikal TW Racing Team secara rasmi melancarkan barisan pelumba, jentera serta identiti baharu mereka sebagai persediaan menghadapi saingan Malaysian Cub Prix 2026 bagi kategori Pro-Am Cup menerusi satu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur April yang lalu. 

Memasuki musim kedua, pasukan itu kini tampil dengan persiapan yang lebih rapi selepas mengumpul pengalaman berharga sepanjang kempen sulung mereka tahun lalu. Selain memberi tumpuan kepada prestasi di litar, TW Racing turut membawa pendekatan berbeza dengan menggabungkan dunia perlumbaan dan media dalam membina identiti pasukan.

Ketua Pasukan, Mohd Nizam Che Ahmad, berkata keunikan TW Racing ialah latar belakang pasukan yang berasal daripada industri media, sekali gus membolehkan mereka membawa peminat melihat sendiri kehidupan di sebalik tabir dunia perlumbaan.

“Ia bukan sekadar perlumbaan semata-mata. Kami mahu mengangkat cerita di sebalik dunia perlumbaan kepada orang ramai. Daripada persiapan di paddock, kerja-kerja di pit, cabaran logistik sehinggalah perjalanan seseorang pelumba, semuanya adalah sebahagian daripada cerita yang ingin kami kongsikan kepada peminat,” katanya.

TW Racing Team

Menurut beliau, musim pertama menjadi proses pembelajaran buat pasukan, manakala musim ini lebih tertumpu kepada pembinaan struktur yang lebih kukuh serta pembangunan jangka panjang.

Bagi musim 2026, TW Racing mempertaruhkan VOGE FR150 yang dibangunkan mengikut spesifikasi perlumbaan Pro-Am. Jentera itu dikuasakan enjin 149.6cc DOHC penyejukan cecair dan dipadankan dengan talaan perlumbaan yang mematuhi regulasi Cub Prix.

Turut melengkapkan pakej perlumbaan ialah penggunaan komponen prestasi seperti sistem brek RCB, rim ringan serta tayar perlumbaan bagi meningkatkan cengkaman dan kestabilan ketika bersaing di litar.

Persiapan pasukan turut diperkukuhkan menerusi kerjasama strategik bersama MForce Malaysia, selain sokongan daripada beberapa rakan teknikal lain termasuk Yoshimura, RCB dan UMA Racing.

TW Racing Team
default

Sementara itu, Pengurus Pasukan, Rosmaza Rami, berkata fokus utama musim ini adalah memastikan setiap pelumba menerima

sokongan sepenuhnya daripada aspek teknikal, penyediaan jentera dan strategi perlumbaan.

“Kami mahu setiap pelumba dapat memberikan prestasi yang konsisten. Persediaan bukan hanya melibatkan motosikal, tetapi juga setup, strategi dan pembangunan mereka sepanjang musim,” katanya.

Bagi menghadapi saingan musim ini, TW Racing mengekalkan gabungan pelumba muda dan berpengalaman. Antara sandaran utama ialah Muhd Harith Rosmaza, yang kini menghuni tangga ke-10 keseluruhan kategori Pro-Am Cup dengan 17 mata selepas beberapa keputusan positif termasuk kejayaan menaiki podium musim lalu.

Turut menyertai pasukan ialah Muhd Haziq Rosmaza, bekas juara Yamaha Super Series, yang kini berada di kedudukan kesembilan keseluruhan dengan 19 mata hasil pengalaman luas dalam pelbagai siri perlumbaan tempatan.

Barisan pelumba dilengkapkan oleh Muhd Alaff Hairulnizan, yang turut memiliki pengalaman dalam perlumbaan endurance. Alaff baru-baru ini mencatat satu mata di Pusingan Ketiga di Dataran Seri Jempol, sekali gus meletakkannya di tangga ke-23 keseluruhan.

Mengulas sasaran musim ini, Mohd Nizam berkata pasukan menyasarkan untuk menamatkan musim dalam kelompok lima terbaik keseluruhan, selain berusaha memburu podium pada setiap pusingan.

“Harapan saya dan juga team manager, kami mahu berada dalam kelompok top five keseluruhan. Sasaran kami juga adalah untuk berada di podium pada setiap perlumbaan. Rider pun sangat teruja selepas mencuba jentera baharu ini. Sejak ujian pertama awal tahun sehingga sesi ujian terbaru di Horizon Beranang, maklum balas yang diterima sangat positif dan mereka tidak sabar untuk memulakan musim,” katanya.

Beliau turut mendedahkan sasaran jangka panjang pasukan adalah untuk melangkah ke kategori CP150 seawal musim depan sekiranya segala perancangan berjalan lancar.

“Musim lalu kami sasarkan untuk ke CP150 tetapi kekangan kewangan menyebabkan ia ditangguhkan. Namun Alhamdulillah, daripada hanya sebuah jentera pada musim pertama, kini kami mempunyai tiga jentera. Insya-Allah sasaran kami tahun depan tetap untuk bersaing dalam CP150. Siapa tahu, mungkin suatu hari nanti kami mampu menjadi sebuah pasukan factory,” katanya.

Selepas mengharungi tiga pusingan pertama musim ini, perhatian kini beralih ke Pusingan Keempat Malaysian Cub Prix 2026 yang dijadual berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, pada 15 hingga 16 Ogos. 

Dengan momentum yang semakin positif serta keyakinan terhadap jentera VOGE FR150, TW Racing Team berharap dapat meneruskan rentak cemerlang dan merealisasikan sasaran untuk berada dalam kelompok lima terbaik keseluruhan sambil memburu podium seterusnya.

Related ItemsbaruberitacubprixUtamavogeVoge FR150
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
July 29, 2026
Hazique Zairill

Related ItemsbaruberitacubprixUtamavogeVoge FR150

More in Berita

Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama Oktober di iMotorbike

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

5 Kelebihan Servis Motosikal Dengan iMotorbike Express Service

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

Perlu Ke Servis Motor Walaupun Jarang Guna? Ramai Masih Salah Faham

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

2027 Kawasaki Ninja 650 Dapat Fork USD dan Brek Dinaik Taraf

Hazique ZairillOctober 2, 2026
Read More

ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula

Hazique ZairillOctober 2, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Dibuat Selepas Beli Motor Terpakai?

Amzar HazeeqOctober 1, 2026
Read More

Dugaan Moto4 Asia Cup: Qabil Irfan Terpaksa Sisih Dua Pusingan

Amzar HazeeqOctober 1, 2026
Read More

CFMOTO 450SR vs Kawasaki Ninja 500: Premium Atau Kebolehpercayaan Terbukti

Amzar HazeeqOctober 1, 2026
Read More

iMotorbike Tawar Diskaun 5% Insurans Motosikal 250cc Ke Bawah Oktober Ini

Hazique ZairillOctober 1, 2026
Read More

Motor TipTop Bulanan Mantop: Ansuran Bulanan Serendah RM150 

Hazique ZairillOctober 1, 2026
Read More

Apa Jadi Kalau Motor Tak Ada Insurans? Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar

Amzar HazeeqSeptember 30, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Keeway Patagonian Eagle 250 vs QJMotor SRV250: Gaya Retro atau Prestasi Moden?
    BeritaSeptember 4, 2026
  • MODENAS Z15GT Kini Hadir Dengan Warna dan Naik Taraf Komponen Baharu
    BeritaSeptember 10, 2026
  • Qabil Irfan Sasar Kembali Ke Kelompok Hadapan di Ricardo Tormo
    BeritaSeptember 4, 2026
  • ZXMOTO 500RR vs CFMOTO 500SR VOOM: Pertarungan Sportbike 500cc 4-Dapur
    BeritaSeptember 10, 2026
  • Honda E-Clutch Diperluas kepada Honda NX500, CB750 dan Transalp di Malaysia
    BeritaSeptember 11, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama Oktober di iMotorbike
    BeritaOctober 2, 2026
  • 5 Kelebihan Servis Motosikal Dengan iMotorbike Express Service
    BeritaOctober 2, 2026
  • Perlu Ke Servis Motor Walaupun Jarang Guna? Ramai Masih Salah Faham
    BeritaOctober 2, 2026
  • 2027 Kawasaki Ninja 650 Dapat Fork USD dan Brek Dinaik Taraf
    BeritaOctober 2, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Program MyLesen B2 2026: Peluang Dapat Lesen Motosikal Percuma Untuk Belia B40
iMotorbike Express Service: Proses Mudah dan Telus