• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Top 5 Motor Harga Marhaen di iMotorbike: Bajet Bawah RM8,000!

Top 5 Motor Harga Marhaen di iMotorbike: Bajet Bawah RM8,000!
Hazique Zairill
July 8, 2026

Nak beli motosikal dengan bajet rendah? Ini lima pilihan motosikal terpakai di iMotorbike yang sesuai untuk kegunaan harian, ride hujung minggu dan penunggang baru.

Motor Harga Marhaen

Subscribe to our Instagram channel for the latest info and news!

Harga motosikal baharu yang semakin meningkat membuatkan ramai rakyat Malaysia mula beralih kepada pasaran motosikal terpakai. Berita baiknya, masih banyak pilihan berkualiti yang boleh dimiliki pada harga yang sangat berpatutan tanpa perlu mengorbankan prestasi atau keselesaan.

Kalau anda sedang mencari motor harga marhaen, berikut ialah lima model yang boleh dipertimbangkan di showroom iMotorbike.

Yamaha LC135

1. 2021 Yamaha 135LC – RM4,750

Kalau sebut motosikal lasak dan mudah dijaga, Yamaha 135LC sememangnya antara nama yang tidak asing lagi. Model ini terkenal dengan enjin yang tahan lasak, kos penyelenggaraan rendah dan alat ganti yang mudah didapati di seluruh negara.

Dengan harga hanya RM4,750, ia sangat sesuai untuk penunggang yang mencari motosikal harian bagi ulang-alik ke tempat kerja, kolej atau melakukan penghantaran. Selain penggunaan minyak yang menjimatkan, posisi tunggangannya juga selesa untuk perjalanan setiap hari.

Motor Harga Marhaen

2. 2019 SYM VF3i SE – RM3,350

Bagi peminat motosikal kapcai yang mahukan sedikit prestasi tambahan, SYM VF3i SE adalah antara pilihan terbaik dalam senarai ini.

Walaupun dijual pada harga hanya RM3,350, VF3i terkenal dengan prestasi enjin yang responsif serta reka bentuk sporty yang masih kelihatan moden. Ia menawarkan pengalaman tunggangan yang menyeronokkan sama ada di dalam bandar mahupun untuk perjalanan jarak sederhana. Dengan harga serendah ini, ia sememangnya antara pilihan paling berbaloi untuk pembeli yang mempunyai bajet terhad.

Motor Harga Marhaen

3. 2024 Keeway K-Light 202 – RM5,050

Kalau anda mahukan sesuatu yang berbeza daripada motosikal biasa, Keeway K-Light 202 mungkin jawapannya. Didatangkan dengan gaya cruiser, model ini memberikan penampilan premium tanpa memerlukan bajet yang besar. Posisi tunggangan yang santai menjadikannya sesuai untuk ride hujung minggu atau perjalanan santai bersama rakan-rakan.

Pada harga RM5,050, sukar untuk mencari motosikal cruiser dengan gaya sebegini dalam pasaran. Motosikal yang penuh gaya, harga marhaen, hanya di iMotorbike. Cepat booking dan test ride motor ni!

Motor Harga Marhaen

4. 2021 Benelli Imperiale 400 – RM7,950

Impikan sebuah motosikal klasik tetapi bajet belum mencecah RM10,000? Benelli Imperiale 400 merupakan antara pilihan paling menarik.

Dengan rekaan retro yang mengingatkan kepada motosikal klasik era dahulu, model ini dipadankan dengan enjin 400cc yang cukup selesa untuk kegunaan harian dan juga perjalanan jauh. Harga dipinta hanya RM7,950 menjadikannya antara motosikal klasik berkapasiti besar yang paling mampu milik untuk dimiliki.

Motor Harga Marhaen

5. 2019 Yamaha NMAX – RM5,750

Tidak lengkap senarai ini tanpa sebuah skuter. Yamaha NMAX masih menjadi antara skuter paling popular di Malaysia kerana menawarkan keselesaan yang sukar ditandingi.

Ruang simpanan bawah tempat duduk yang besar, posisi tunggangan ergonomik serta transmisi automatik menjadikannya pilihan sesuai untuk mereka yang berulang-alik ke tempat kerja atau sering menunggang dalam kesesakan lalu lintas. Dengan harga hanya RM5,750, NMAX memberikan pakej yang lengkap untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jauh tanpa memenatkan penunggang.

Banyak Lagi Motor Harga Marhaen Menanti Anda

Lima model ini hanyalah sebahagian daripada pilihan motosikal mampu milik yang terdapat di showroom iMotorbike. Sama ada anda sedang mencari motosikal kapcai, skuter, cruiser mahupun motosikal klasik, masih banyak lagi pilihan yang sesuai mengikut bajet dan keperluan anda.

Kunjungi showroom iMotorbike berhampiran anda untuk melihat sendiri pelbagai pilihan motosikal terpakai berkualiti yang telah diperiksa dan sedia dimiliki.

Ingat motor, ingat iMotorbike!

@imotorbike.my

Geng! jom singgah showroom kami cuci mata😍, mana tahu balik bawak motor baru🤣 imotorbike jomnaikmotor motormarhaen motormurah #fyp

♬ original sound – iMotorbike MY – iMotorbike MY

Related Items2026HondamalaysiaMarhaenmurahnewnewsUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
July 8, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026HondamalaysiaMarhaenmurahnewnewsUtamayamaha

More in Berita

Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillNovember 13, 2026
Read More

Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?

Amzar HazeeqNovember 12, 2026
Read More

Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 

Hazique ZairillNovember 11, 2026
Read More

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road
    BeritaOctober 16, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Johor
    BeritaOctober 15, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Penang
    Gaya HidupOctober 19, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike
    BeritaNovember 13, 2026
  • Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?
    BeritaNovember 12, 2026
  • Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 
    BeritaNovember 11, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Moto Test Fest 2026 Beri Peluang Pengunjung ‘Test Ride’ Pelbagai Jenama
Cara Menghidupkan Semula Motor Yang Lama Tak Digunakan: 7 Perkara Yang Perlu Anda Periksa