• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Cara Menghidupkan Semula Motor Yang Lama Tak Digunakan: 7 Perkara Yang Perlu Anda Periksa

Cara Menghidupkan Semula Motor Yang Lama Tak Digunakan: 7 Perkara Yang Perlu Anda Periksa
Amzar Hazeeq
July 10, 2026

Jangan terus hidupkan enjin dan terus ride. Ketahui langkah-langkah penting untuk memastikan motosikal anda selamat, berada dalam keadaan baik dan sedia digunakan semula selepas lama tersimpan.

Cara Menghidupkan Semula Motor Yang Lama Tak Digunakan

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Motor yang lama tak digunakan bukan bermaksud ia terus rosak. Sama ada motosikal anda tersimpan beberapa bulan kerana sibuk bekerja, belajar, berada di luar negara, atau sekadar menjadi motosikal hujung minggu, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diperiksa sebelum kembali menunggang.

Ramai pemilik motosikal hanya terus hidupkan enjin dan keluar menunggang tanpa membuat pemeriksaan asas. Tindakan ini boleh mengundang pelbagai masalah seperti bateri lemah, tayar rosak, minyak enjin yang sudah kotor, atau sistem brek yang tak berfungsi dengan baik. Meluangkan seidkit masa untuk membuat pemeriksaan mampu mengelakkan kos pembaikan yang lebih tinggi dan memastikan perjalanan anda lebih selamat. Berikut ialah beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum menghidupkan semula motosikal yang telah lama tak digunakan.

1. Periksa keadaan bateri

Bateri merupakan antara komponen yang paling mudah terjejas apabila motosikal dibiarkan terlalu lama. Jika motosikal tak dihidupkan selama beberapa bulan, bateri mungkin sudah kehilangan cas atau sudah rosak sepenuhnya.

Pastikan memerika voltage bateri terlebih dahulu. Jika masih boleh dicas, gunakan pengecas bateri sebelum menghidupkan enjin. Namun, jika bateri sudah terlalu lemah atau tak lagi mampu menyimpan cas, lebih baik terus gantikan dengan bateri baharu.

2. Tukar atau periksa minyak enjin

Walaupun motosikal tak digunakan, minyak enjin tetap akan terkesan dari segi kualiti selepas tempoh yang lama. Jika minyak sudah terlalu lama berada di dalam enjin, ia mungkin tak lagi mampu memberikan perlindungan yang optimum.

Periksa paras minyak enjin dan lihat sama ada warnanya masih elok. Jika motosikal sudah lama tersimpan atau hampir tiba jadual servis seterusnya, menukar minyak enjin sebelum digunakan semula merupakan langkah yang lebih selamat.

Cara Menghidupkan Semula Motor Yang Lama Tak Digunakan

3. Periksa tekanan dan keadaan tayar

Tayar yang lama tak digunakan biasanya akan kehilangan tekanan angin secara perlahan-lahan. Selain itu, tayar juga boleh mengalami rekahan halus atau “flat spot” jika motosikal dibiarkan berada pada kedudukan yang sama terlalu lama.

Pastikan tekanan tayar mengikut spesifikasi pengeluar dan periksa sama ada terdapat rekahan, benjolan atau objek tajam yang tertusuk pada tayar sebelum menunggang.

4. Pastikan sistem brek masih berfungsi dengan baik

Sebelum keluar ke jalan raya, cuba tekan brake lever hadapan dan pedal brek belakang. Pastikan kedua-duanya masih memberikan rasa yang normal dan tidak terlalu lembut.

Periksa juga keadaan brake pad, brake disk serta paras minyak brek. Jika motosikal disimpan dalam keadaan lembap, kemungkinan terdapat sedikit karat pada brake disk, namun kebiasaannya ia akan hilang selepas beberapa kali membrek secara perlahan.

5. Periksa cecair dan kebocoran

Selain minyak enjin, jangan lupa memeriksa coolant bagi motosikal yang menggunakan sistem liquid-cooled. Perhatikan juga jika terdapat kebocoran minyak, coolant atau bahan api di bawah motosikal.

Hos getah yang sudah lama tidak digunakan juga mungkin menjadi keras atau retak. Pemeriksaan awal mampu untuk membantu mengelakkan masalah yang lebih besar ketika sedang menunggang.

Cara Menghidupkan Semula Motor Yang Lama Tak Digunakan

6. Bersihkan dan lincirkan rantai

Jika motosikal menggunakan sistem rantai, periksa keadaan rantai dan sprocket. Rantai yang lama tidak digunakan biasanya dipenuhi habuk atau mula berkarat.

Bersihkan rantai menggunakan pencuci khas sebelum menyapu pelincir baharu. Pada masa yang sama, pastikan ketegangan rantai masih berada pada tahap yang disyorkan oleh pengeluar.

7. Mulakan dengan ride pendek

Walaupun motosikal terasa normal ketika dihidupkan, jangan terus melakukan perjalanan jauh. Sebaiknya mulakan dengan ride pendek di sekitar kawasan rumah bagi memastikan semuanya berfungsi seperti yang sepatutnya.

Perhatikan sama ada terdapat bunyi yang luar biasa, getaran yang tidak normal atau lampu amaran pada panel meter. Dalam masa yang sama, tunggangan pendek ini juga membantu anda mendapatkan semula keyakinan jika sudah lama tidak menunggang motosikal.

Kesimpulan

Menghidupkan semula motosikal yang lama tidak digunakan bukan sekadar menekan butang starter. Pemeriksaan ringkas terhadap bateri, minyak enjin, tayar, brek, cecair serta rantai mampu memastikan motosikal berada dalam keadaan terbaik sebelum kembali digunakan.

Jika selepas pemeriksaan anda mendapati motosikal memerlukan pembaikan atau servis, jangan tangguhkan. Menyelesaikan masalah kecil lebih awal bukan sahaja menjimatkan kos, malah dapat mengelakkan kerosakan yang lebih serius pada masa hadapan. Dengan sedikit persediaan, motosikal anda akan kembali beroperasi dengan lancar dan bersedia menemani perjalanan harian anda seperti biasa.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiaUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
July 10, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiaUtama

More in Berita

Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillNovember 13, 2026
Read More

Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?

Amzar HazeeqNovember 12, 2026
Read More

Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 

Hazique ZairillNovember 11, 2026
Read More

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road
    BeritaOctober 16, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Johor
    BeritaOctober 15, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Penang
    Gaya HidupOctober 19, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike
    BeritaNovember 13, 2026
  • Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?
    BeritaNovember 12, 2026
  • Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 
    BeritaNovember 11, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Top 5 Motor Harga Marhaen di iMotorbike: Bajet Bawah RM8,000!
Hakim Danish Sasar Teruskan Momentum Cemerlang di Grand Prix Jerman