• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Hakim Danish Sasar Teruskan Momentum Cemerlang di Grand Prix Jerman

Hakim Danish Sasar Teruskan Momentum Cemerlang di Grand Prix Jerman
Amzar Hazeeq
July 10, 2026

Pelumba muda negara mahu kekalkan prestasi konsisten dan memburu kelompok hadapan di Sachsenring menjelang cuti musim panas.

Hakim Danish Grand Prix Jerman

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Hakim Danish Ramli berazam meneruskan rentak cemerlangnya dalam Kejuaraan Dunia Moto3 apabila turun beraksi pada Pusingan 11 Grand Prix (GP) Jerman di Litar Sachsenring hujung minggu ini.

Pelumba berusia 18 tahun yang mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi hadir dengan keyakinan tinggi selepas mencatat kemenangan bersejarah di Grand Prix Republik Czech, diikuti kutipan sembilan mata di Grand Prix Belanda. Keputusan tersebut melonjakkan beliau ke tangga keenam keseluruhan kedudukan Kejuaraan Dunia Moto3.

Sachsenring Hadirkan Cabaran Berbeza

Namun begitu, Sachsenring dijangka menjadi ujian yang mencabar buat pelumba muda negara itu. Litar yang terkenal dengan dominasi selekoh kiri, laluan yang sempit serta memerlukan tahap ketepatan tinggi sering dianggap antara trek paling unik dalam kalendar MotoGP.

Musim lalu, Hakim Danish beraksi di Sachsenring dalam saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup dan menamatkan Perlumbaan 1 di tempat ke-10 sebelum menamatkan Perlumbaan 2 di kedudukan ke-18. Walaupun rekod tersebut tidak begitu memberangsangkan, peningkatan prestasi yang dipamerkannya sepanjang musim 2026 memberi keyakinan bahawa beliau mampu memberikan cabaran lebih sengit kali ini.

Ketika ini, Hakim Danish turut berada di tangga kedua dalam perebutan gelaran Rookie of the Year dengan kutipan 82 mata. Beliau hanya ketinggalan 20 mata di belakang pendahulu, Brian Uriarte, sekali gus meletakkannya dalam kedudukan terbaik untuk terus mengejar kelompok teratas sebelum saingan memasuki rehat musim panas.

Hakim Danish Grand Prix Jerman

Hakim Danish Mahu Kekalkan Momentum Positif

Prestasi konsisten sejak beberapa pusingan lalu turut menyaksikan Hakim Danish berjaya mara ke sesi Kelayakan 2 (Q2) secara berturut-turut. Pencapaian itu menjadi asas kepada sasarannya untuk mengekalkan momentum positif di GP Jerman.

“Hujung minggu ini saya akan mengharungi perlumbaan di Grand Prix Jerman dan saya sangat teruja kerana ia merupakan perlumbaan terakhir sebelum saingan berehat untuk cuti musim panas,” kata Hakim Danish.

“Saya sudah menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh selain mengulang kaji perlumbaan-perlumbaan sebelum ini dan menonton semula perlumbaan Moto3 musim lalu.

“Seperti biasa, sasaran saya adalah untuk mendapatkan rentak seawal mungkin. Bagi saya, litar ini bukan mudah kerana mempunyai banyak selekoh kiri dan karakter litarnya lebih menyerupai litar karting serta tidak begitu besar. Jadi, saya akan cuba menyesuaikan diri secepat mungkin dan memberikan keputusan terbaik.”

Zulfahmi Yakin Hakim Danish Mampu Bersaing di Kelompok Hadapan

Sementara itu, Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, optimis Hakim Danish mampu memberikan saingan lebih baik di Sachsenring meskipun mengakui litar tersebut bukan gelanggang yang mudah buat pelumba negara itu.

Menurut beliau, pasukan bukan sahaja hadir untuk memberikan sokongan, malah akan membincangkan perancangan bagi musim hadapan bersama Hakim Danish.

“Untuk Grand Prix Jerman minggu ini, saya akan berada di sana bersama Hakim Danish. Selain memberi sokongan kepadanya, kami juga akan berbincang mengenai perancangan dan hala tuju untuk musim depan,” katanya.

Beliau turut berharap Hakim Danish dapat menyesuaikan diri dengan pantas di Sachsenring dan sekali lagi mara ke sesi Kelayakan 2 (Q2), sekali gus mengekalkan momentum cemerlang yang dipamerkan sejak beberapa perlumbaan lalu.

“Saya percaya momentum itu sudah ada pada Danish dan apa yang penting sekarang ialah mengekalkannya supaya dia terus kompetitif. Jika ada peluang untuk menaiki podium atau memenangi perlumbaan, sudah tentu kami akan cuba memanfaatkannya. Namun, keutamaan tetap memastikan dia kekal berada dalam kelompok hadapan.”

Hakim Danish Grand Prix Jerman

Peluang Kukuhkan Kedudukan Sebelum Cuti Musim Panas

Grand Prix Jerman merupakan perlumbaan terakhir sebelum kalendar Moto3 memasuki cuti musim panas. Keputusan positif di Sachsenring bukan sahaja mampu mengukuhkan kedudukan Hakim Danish dalam carta keseluruhan kejuaraan, malah boleh mengurangkan jurang dalam perebutan gelaran Rookie of the Year.

Dengan prestasi yang semakin konsisten sepanjang musim ini, pelumba muda negara itu dilihat mempunyai peluang cerah untuk sekali lagi mencabar kelompok hadapan dan meneruskan momentum positif ke separuh kedua musim 2026.

Related Items2026baruberitahakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
July 10, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitahakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama

More in Berita

Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama Oktober di iMotorbike

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

5 Kelebihan Servis Motosikal Dengan iMotorbike Express Service

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

Perlu Ke Servis Motor Walaupun Jarang Guna? Ramai Masih Salah Faham

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

2027 Kawasaki Ninja 650 Dapat Fork USD dan Brek Dinaik Taraf

Hazique ZairillOctober 2, 2026
Read More

ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula

Hazique ZairillOctober 2, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Dibuat Selepas Beli Motor Terpakai?

Amzar HazeeqOctober 1, 2026
Read More

Dugaan Moto4 Asia Cup: Qabil Irfan Terpaksa Sisih Dua Pusingan

Amzar HazeeqOctober 1, 2026
Read More

CFMOTO 450SR vs Kawasaki Ninja 500: Premium Atau Kebolehpercayaan Terbukti

Amzar HazeeqOctober 1, 2026
Read More

iMotorbike Tawar Diskaun 5% Insurans Motosikal 250cc Ke Bawah Oktober Ini

Hazique ZairillOctober 1, 2026
Read More

Motor TipTop Bulanan Mantop: Ansuran Bulanan Serendah RM150 

Hazique ZairillOctober 1, 2026
Read More

Apa Jadi Kalau Motor Tak Ada Insurans? Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar

Amzar HazeeqSeptember 30, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Keeway Patagonian Eagle 250 vs QJMotor SRV250: Gaya Retro atau Prestasi Moden?
    BeritaSeptember 4, 2026
  • MODENAS Z15GT Kini Hadir Dengan Warna dan Naik Taraf Komponen Baharu
    BeritaSeptember 10, 2026
  • Qabil Irfan Sasar Kembali Ke Kelompok Hadapan di Ricardo Tormo
    BeritaSeptember 4, 2026
  • ZXMOTO 500RR vs CFMOTO 500SR VOOM: Pertarungan Sportbike 500cc 4-Dapur
    BeritaSeptember 10, 2026
  • Honda E-Clutch Diperluas kepada Honda NX500, CB750 dan Transalp di Malaysia
    BeritaSeptember 11, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama Oktober di iMotorbike
    BeritaOctober 2, 2026
  • 5 Kelebihan Servis Motosikal Dengan iMotorbike Express Service
    BeritaOctober 2, 2026
  • Perlu Ke Servis Motor Walaupun Jarang Guna? Ramai Masih Salah Faham
    BeritaOctober 2, 2026
  • 2027 Kawasaki Ninja 650 Dapat Fork USD dan Brek Dinaik Taraf
    BeritaOctober 2, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Cara Menghidupkan Semula Motor Yang Lama Tak Digunakan: 7 Perkara Yang Perlu Anda Periksa
Kenapa Orang Ramai Pilih Motor Kapcai? Ini Sebab Ia Masih Jadi Pilihan Rakyat Malaysia