• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Kenapa Orang Ramai Pilih Motor Kapcai? Ini Sebab Ia Masih Jadi Pilihan Rakyat Malaysia 

Kenapa Orang Ramai Pilih Motor Kapcai? Ini Sebab Ia Masih Jadi Pilihan Rakyat Malaysia 
Amzar Hazeeq
July 10, 2026

Daripada penggunaan minyak yang menjimatkan hinggalah kos penyelenggaraan yang rendah, ini sebab mengapa motosikal kapcai masih menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. 

Motor Kapcai

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Motosikal sudah menjadi pengangkutan pilihan ramai rakyat Malaysia. Sejak kemunculan pertamanya di Malaysia pada awal abad ke-20, motosikal telah mendominasi di seluruh pelusuk jalan raya Malaysia sehinggakan hampir setiap rumah pasti mempunyai sekurang-kurangnya sebuah motosikal. Terdapat pelbagai jenis motosikal yang kita dapat lihat di atas jalan raya dari yang bersaiz kecil sehinga yang bersaiz besar.

Namun motosikal yang telah menjadi pilihan utama bagi majoriti rakyat Malaysia adalah motosikal kapcai. Kita dapat lihat sendiri jumlah motosikal kapcai yang membanjiri jalan raya di Malaysia. Dari penggunaan untuk ke sekolah, hingga ke bawa untuk ke tempat kerja atau membawa barang, motosikal kapcai sememangnya mendatangkan banyak manfaat kepada rakyat Malaysia. Tapi kenapa motor kapcai kekal menjadi pilian rakyat Malaysia sehingga ke hari ini? Ini sebabnya.

1. Jimat Minyak

Ini mungkin adalah sebab paling utama mengapa kapcai menjadi pilihan orang ramai, jimat minyak. Kebanyakan kapcai menggunakan enjin berkapasiti sekitar 110cc hingga 150cc, yang menawarkan kuasa mencukupi untuk kegunaan harian tanpa menggunakan terlalu banyak bahan api.

Walaupun tangki minyaknya tak terlalu besar, anda tak perlu mengisi minyak dengan kerap. Bergantung kepada cara tunggangan dan jarak perjalanan, ada yang hanya perlu mengisi minyak sekali seminggu. Sebab itulah kapcai menjadi pilihan ramai untuk ulang-alik ke tempat kerja, sekolah atau menjalankan urusan harian sambil menjimatkan kos.

Motor Kapcai

2. Senang Meredah Trafik

Lagi satu sebab kenapa ramai orang pilih motosikal kapcai ialah kerana ia sangat mudah dikendalikan ketika meredah kesesakan jalan raya. Saiznya yang kecil dan handlebar yang tak terlalu lebar memudahkan rider untuk mencelah di antara kenderaan dengan lebih yakin. Ini bukan sahaja membantu menjimatkan masa, tapi juga mengurangkan tekanan apabila perlu berhadapan dengan trafik yang sesak setiap hari.

Sebab itulah ramai rider penghantar makanan, pemandu e-hailing motosikal, dan pekerja pejabat memilih kapcai sebagai pengangkutan harian mereka. Ia bukan sahaja menjimatkan masa, malah memudahkan urusan harian. Bagi mereka yang perlu bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain dengan kerap, kapcai sememangnya merupakan pilihan yang sangat praktikal.

3. Senang Cari Parking

Salah satu kelebihan motosikal kapcai yang sering dihargai oleh pemiliknya ialah ia sangat mudah untuk diparkir. Dengan saiznya yang kecil dan kompak, kapcai boleh dimuatkan di kawasan parking yang sempit atau ruang yang mungkin tak begitu sesuai untuk motosikal yang lebih besar. Ini sangat membantu, terutamanya jika anda sering berulang-alik ke kawasan bandar yang mempunyai ruang parking yang terhad.

Selain menjimatkan masa, anda juga tak perlu bersusah payah mencari tempat letak motosikal yang sesuai. Sama ada di pusat membeli-belah, kawasan pejabat, kampus atau kedai makan, kapcai memberikan lebih fleksibiliti untuk parking dengan mudah. Bagi mereka yang menggunakan motosikal setiap hari, kelebihan ini sememangnya memberikan lebih banyak kemudahan dalam rutin harian.

Motor Kapcai

4. Kos Maintenance Murah

Salah satu sebab utama motosikal kapcai masih menjadi pilihan ramai ialah kos maintenance yang rendah. Penukaran minyak hitam, tayar, rantai dan sprocket biasanya jauh lebih murah berbanding motosikal berkapasiti besar. Ini menjadikan kapcai lebih mesra poket, terutamanya bagi student, pekerja baru atau mereka yang menggunakan motosikal setiap hari sebagai pengangkutan utama.

Selain kos servis yang berpatutan, alat ganti untuk kebanyakan model kapcai juga sangat mudah didapati di seluruh Malaysia. Sama ada di bengkel kecil mahupun pusat servis rasmi, kebanyakan komponen boleh diperoleh dengan mudah pada harga yang berpatutan. Disebabkan itu, proses membaiki atau maintain motosikal juga menjadi lebih cepat dan tak membebankan dari segi kos.

Bukan itu sahaja, motosikal kapcai juga terkenal dengan ketahanannya. Selagi motosikal diservis mengikut jadual dan dijaga dengan baik, ia mampu bertahan sehingga 10 tahun atau lebih. Inilah antara faktor yang membuatkan kapcai sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana bukan sahaja murah untuk dijaga, malah terbukti tahan lasak untuk kegunaan harian.

5. Ringan dan Mudah Dikendalikan

Satu lagi kelebihan motosikal kapcai ialah beratnya yang ringan dan mudah dikendalikan. Berbanding motosikal berkapasiti besar, kapcai lebih mudah untuk dipusing, dikawal dan juga parking, terutamanya di kawasan yang sempit. Disebabkan itu, ia sangat sesuai untuk rider baharu yang masih ingin membiasakan diri dengan tunggangan motosikal.

Selain itu, berat yang lebih ringan juga membuatkan ride menjadi lebih selesa dan tidak cepat memenatkan, terutamanya ketika melalui trafik sesak atau menunggang setiap hari. Sama ada untuk ulang-alik ke tempat kerja, sekolah atau sekadar keluar menjalankan urusan, kapcai memberikan pengalaman ride yang lebih mudah dan praktikal untuk semua peringkat rider.

Motor Kapcai

Kesimpulan

Motosikal kapcai masih menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia kerana ia menawarkan keseimbangan yang sukar ditandingi dari segi harga, penjimatan minyak, kos maintenance dan kemudahan penggunaan harian. Sama ada anda seorang student, pekerja atau baru ingin memiliki motosikal pertama, kapcai sememangnya merupakan antara pilihan yang paling praktikal dan berbaloi.

Jika anda sedang mencari motosikal kapcai terpakai yang berkualiti, iMotorbike menawarkan pelbagai pilihan model pada harga yang berpatutan. Semua motosikal telah diperiksa sebelum dijual bagi memberikan ketenangan kepada pembeli. Untuk maklumat lanjut, boleh layari website iMotorbike atau kunjungi showroom berdekatan anda untuk melihat pilihan yang tersedia.

@imotorbike.my

Haihhhh takut betul bawak kapcai ni, macam2 benda positive ada🤣 imotorbike jomnaikmotor motormurah kapcai #sparepartsmurah

♬ original sound – iMotorbike MY – iMotorbike MY

Related Items2026baruberitaGaya HidupHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamodenaspanduan pembeliUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
July 10, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamodenaspanduan pembeliUtamayamaha

More in Berita

Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama Oktober di iMotorbike

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

5 Kelebihan Servis Motosikal Dengan iMotorbike Express Service

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

Perlu Ke Servis Motor Walaupun Jarang Guna? Ramai Masih Salah Faham

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

2027 Kawasaki Ninja 650 Dapat Fork USD dan Brek Dinaik Taraf

Hazique ZairillOctober 2, 2026
Read More

ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula

Hazique ZairillOctober 2, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Dibuat Selepas Beli Motor Terpakai?

Amzar HazeeqOctober 1, 2026
Read More

Dugaan Moto4 Asia Cup: Qabil Irfan Terpaksa Sisih Dua Pusingan

Amzar HazeeqOctober 1, 2026
Read More

CFMOTO 450SR vs Kawasaki Ninja 500: Premium Atau Kebolehpercayaan Terbukti

Amzar HazeeqOctober 1, 2026
Read More

iMotorbike Tawar Diskaun 5% Insurans Motosikal 250cc Ke Bawah Oktober Ini

Hazique ZairillOctober 1, 2026
Read More

Motor TipTop Bulanan Mantop: Ansuran Bulanan Serendah RM150 

Hazique ZairillOctober 1, 2026
Read More

Apa Jadi Kalau Motor Tak Ada Insurans? Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar

Amzar HazeeqSeptember 30, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Keeway Patagonian Eagle 250 vs QJMotor SRV250: Gaya Retro atau Prestasi Moden?
    BeritaSeptember 4, 2026
  • MODENAS Z15GT Kini Hadir Dengan Warna dan Naik Taraf Komponen Baharu
    BeritaSeptember 10, 2026
  • Qabil Irfan Sasar Kembali Ke Kelompok Hadapan di Ricardo Tormo
    BeritaSeptember 4, 2026
  • ZXMOTO 500RR vs CFMOTO 500SR VOOM: Pertarungan Sportbike 500cc 4-Dapur
    BeritaSeptember 10, 2026
  • Honda E-Clutch Diperluas kepada Honda NX500, CB750 dan Transalp di Malaysia
    BeritaSeptember 11, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama Oktober di iMotorbike
    BeritaOctober 2, 2026
  • 5 Kelebihan Servis Motosikal Dengan iMotorbike Express Service
    BeritaOctober 2, 2026
  • Perlu Ke Servis Motor Walaupun Jarang Guna? Ramai Masih Salah Faham
    BeritaOctober 2, 2026
  • 2027 Kawasaki Ninja 650 Dapat Fork USD dan Brek Dinaik Taraf
    BeritaOctober 2, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Hakim Danish Sasar Teruskan Momentum Cemerlang di Grand Prix Jerman
Review Honda RS-X: Pencabar Kuat Dalam Segmen Superkapcai