• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Moto Test Fest 2026 Beri Peluang Pengunjung ‘Test Ride’ Pelbagai Jenama

Moto Test Fest 2026 Beri Peluang Pengunjung ‘Test Ride’ Pelbagai Jenama
Hazique Zairill
July 7, 2026

Acara selama dua hari di KEV AdvenDuro Park menghimpunkan jenama motosikal terkemuka dengan sesi test ride, perlumbaan off-road dan pelbagai aktiviti menarik.

Moto Test Fest 2026

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Moto Test Fest 2026 melabuhkan tirainya dengan penuh meriah hujung minggu lalu apabila berjaya menghimpunkan peminat motosikal, bakal pembeli dan penggemar aktiviti lasak di KEV AdvenDuro Park, Gamuda Gardens, Rawang.

Berlangsung selama dua hari bermula 4 hingga 5 Julai 2026, acara ini menawarkan peluang kepada pengunjung untuk menguji pelbagai model motosikal daripada pelbagai jenama dalam satu lokasi, sekali gus memudahkan mereka membuat perbandingan sebelum membuat keputusan pembelian.

Berbeza dengan sesi pandu uji biasa di bilik pameran, Moto Test Fest membolehkan peserta merasai sendiri prestasi motosikal dalam pelbagai keadaan jalan raya. Laluan yang disediakan merangkumi trek berturap, jalan berselekoh, lebuh raya serta laluan off-road, semuanya dalam persekitaran yang selamat dan terkawal. Setiap sesi tunggangan berlangsung kira-kira 20 minit dengan diiringi marshal dan penunggang profesional.

Moto Test Fest 2026

Antara jenama yang mengambil bahagian termasuk Yamaha, Kove, Harley-Davidson, Triumph, Aprilia, Vespa, Royal Enfield, KTM, Lambretta dan Thunder Motorcycle, memberikan peluang kepada pengunjung untuk mencuba pelbagai kategori motosikal seperti adventure, naked, cruiser, skuter dan motosikal touring premium.

Selain sesi pandu uji, pengunjung turut berpeluang melihat model-model terkini, mengenali teknologi baharu serta berinteraksi secara terus dengan wakil jenama dan pengedar rasmi bagi mendapatkan maklumat mengenai spesifikasi, ciri-ciri serta pakej pemilikan motosikal.

Acara itu turut dimeriahkan dengan AdvenDuro-X 2026 Race, perlumbaan off-road yang diiktiraf oleh MAM (Motorcycling Association of Malaysia). Perlumbaan tersebut menarik penyertaan pasukan perlumbaan dan penunggang lasak dari seluruh negara, sekali gus menambah kemeriahan festival sepanjang hujung minggu.

Suasana festival turut dilengkapkan dengan pelbagai trak makanan, pengacara pentas serta tarikan mesra keluarga di sekitar Gamuda Gardens, menjadikan Moto Test Fest bukan sekadar acara motosikal, malah destinasi hujung minggu yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Moto Test Fest 2026

iMotorbike turut mengambil bahagian dengan membuka reruai khas sepanjang acara. Pengunjung berpeluang mengenali dengan lebih dekat perkhidmatan yang ditawarkan iMotorbike, termasuk urusan membeli, menjual dan trade-in motosikal, selain mendapatkan pemeriksaan motosikal secara terus daripada pasukan iMotorbike.

Salah satu tarikan utama Moto Test Fest 2026 ialah kemasukan percuma serta sesi pandu uji tanpa sebarang komitmen pembelian. Pihak penganjur turut menyediakan kelengkapan menunggang secara percuma kepada peserta yang memerlukan, selain perlindungan insurans liabiliti awam sepanjang sesi tunggangan.

Kejayaan penganjuran Moto Test Fest 2026 membuktikan sambutan yang semakin memberangsangkan terhadap acara berkonsepkan pengalaman tunggangan di Malaysia.

Dengan gabungan sesi pandu uji, perlumbaan, pameran motosikal dan aktiviti hiburan, festival ini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara acara motosikal paling menarik dalam kalendar permotoran tempatan

Moto Test Fest 2026
Moto Test Fest 2026
Moto Test Fest 2026

Related Items2026baruberitaKEV Advenduro Parkkovelambrettamalaysiaroyal enfieldtriumphUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
July 7, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitaKEV Advenduro Parkkovelambrettamalaysiaroyal enfieldtriumphUtamayamaha

More in Berita

Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillNovember 13, 2026
Read More

Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?

Amzar HazeeqNovember 12, 2026
Read More

Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 

Hazique ZairillNovember 11, 2026
Read More

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road
    BeritaOctober 16, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Johor
    BeritaOctober 15, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Penang
    Gaya HidupOctober 19, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike
    BeritaNovember 13, 2026
  • Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?
    BeritaNovember 12, 2026
  • Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 
    BeritaNovember 11, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Top 5 Motor Terlaris di iMotorbike Johor
Top 5 Motor Harga Marhaen di iMotorbike: Bajet Bawah RM8,000!