• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Qabil Irfan Sasar Kekalkan Momentum Podium di Magny-Cours

Qabil Irfan Sasar Kekalkan Momentum Podium di Magny-Cours
Amzar Hazeeq
July 22, 2026

Pelumba Moto4 SIC-GRYD Racing mahu terus konsisten dan memburu podium kedua musim ini pada Pusingan 4 di Perancis.

Qabil Irfan Moto4

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Qabil Irfan Azlan bertekad meneruskan prestasi cemerlangnya dalam saingan Moto4 European Cup apabila turun beraksi pada Pusingan 4 di Litar Magny-Cours, Perancis, yang berlangsung dari 24 hingga 26 Julai. Pelumba muda negara itu menyasarkan satu lagi penamat podium selepas meraih podium sulung kariernya pada pusingan sebelum ini di Jerez, Sepanyol.

Kejayaan di Jerez menjadi suntikan semangat buat pelumba berusia 14 tahun itu yang kini mewakili SIC-GRYD Racing. Keputusan tersebut turut mengangkat Qabil ke tangga keenam keseluruhan kejuaraan dengan 51 mata, sekali gus meletakkannya dalam kedudukan terbaik untuk terus mencabar kelompok lima teratas.

Qabil Irfan Moto4

Persiapan rapi hadapi cabaran di Magny-Cours

Sepanjang tempoh rehat, Qabil menjalani latihan intensif di Barcelona, Sepanyol dengan memberi tumpuan kepada aspek kecergasan fizikal dan persediaan teknikal. Latihan tersebut diharap dapat membantunya menghadapi karakter unik Litar Magny-Cours yang terkenal dengan selekoh berkelajuan tinggi serta zon membrek yang mencabar.

Menurut Qabil, pengalaman yang diperoleh sepanjang tiga pusingan pertama musim ini telah meningkatkan keyakinannya untuk bersaing dengan kelompok hadapan.

“Sudah pasti saya sangat teruja untuk turun berlumba di Magny-Cours, Perancis ini. Saya tahu cabaran kali ini tidak mudah kerana semua pelumba semakin kompetitif berdasarkan perlumbaan sebelum ini dan mereka sangat laju sejak sesi latihan lagi.

“Saya juga sudah membuat persiapan sebaik mungkin bersama pasukan dan akan memberikan 100 peratus dalam setiap sesi bagi memastikan saya bersedia untuk terus memberi tentangan dalam kelompok hadapan,” kata Qabil.

Qabil Irfan Moto4

Peluang cerah untuk mara ke kelompok lima terbaik

Saingan di Magny-Cours dianggap cukup penting kerana ia boleh menjadi titik perubahan dalam usaha Qabil memperbaiki kedudukan keseluruhan kejuaraan. Ketika ini, beliau hanya dipisahkan beberapa mata daripada kelompok lima terbaik.

Qabil mengumpul 51 mata di tangga keenam, berada tidak jauh di belakang pelumba Sepanyol, Ignacio Galán, yang menghuni tangga kelima dengan 53 mata. Edoardo Savino dari Itali berada di tempat keempat dengan 56 mata, manakala Mateo Marulanda dari Colombia mengumpul 59 mata di tangga ketiga. Lorenzo Pritelli dari Itali berada di tempat kedua dengan 61 mata, sementara Álvaro Lucas dari Sepanyol terus mendahului kedudukan keseluruhan dengan 95 mata.

Sekiranya berjaya menaiki podium di Magny-Cours, Qabil berpeluang melonjak ke kelompok lima terbaik keseluruhan bergantung kepada keputusan pelumba lain.

Zulfahmi yakin Qabil mampu cabar podium

Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, percaya Qabil mempunyai potensi untuk sekali lagi bersaing di barisan hadapan meskipun bakal membuat penampilan pertamanya di Litar Magny-Cours.

“Pusingan keempat Moto4 European Cup di Magny-Cours bakal menjadi satu lagi cabaran baharu buat Qabil kerana ini adalah kali pertama dia berlumba di litar tersebut. Minggu ini saya akan berada di sana bersama Qabil.

“Saya yakin pasukan mampu melakukan beberapa penambahbaikan terhadap jentera bagi memastikan Qabil lebih kompetitif sepanjang hujung minggu ini. Jadual perlumbaan juga agak padat kerana tiada sesi latihan pada Khamis, jadi dia perlu memulakan saingan dengan baik sebaik turun ke litar pada Jumaat dan menyesuaikan diri dengan karakter litar secepat mungkin.

“Jika segala perancangan berjalan lancar dan kami memperoleh pelarasan jentera yang tepat, saya percaya Qabil mempunyai kemampuan untuk bersaing dalam kelompok hadapan, memburu podium dan tidak mustahil mencabar kemenangan,” katanya.

Dengan keyakinan yang semakin meningkat hasil podium pertamanya serta persiapan rapi bersama pasukan, Qabil Irfan kini membawa harapan untuk meneruskan rentak konsisten di Magny-Cours dan mengukuhkan kedudukannya dalam saingan Moto4 European Cup 2026.

Related Items2026baruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto4Qabil irfansukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
July 22, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto4Qabil irfansukan motorUtama

More in Berita

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Kempen MT-15 Town Champ Tawar Lebih 20 Motosikal

Hazique ZairillNovember 3, 2026
Read More

Kempen Trade & Upgrade iMotorbike Tawar Diskaun Sehingga RM3,000!

Hazique ZairillNovember 3, 2026
Read More

Mesh vs Leather Riding Jackets: Mana Yang Lebih Baik?

Amzar HazeeqNovember 2, 2026
Read More

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • [PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian
    BeritaOctober 7, 2026
  • Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden
    BeritaOctober 9, 2026
  • Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?
    BeritaNovember 5, 2026
  • Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini
    BeritaNovember 5, 2026
  • Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155
    BeritaNovember 4, 2026
  • Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat
    BeritaNovember 4, 2026
  • Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298
    BeritaNovember 4, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

SENKE SK400-KG dilancarkan di Malaysia pada harga RM21,800
iMotorbike Lancar “Promo Hari Gaji” dengan Diskaun Tambahan 5%