• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Malaysia Kekal Dalam Kalendar MotoGP Hingga 2031

Malaysia Kekal Dalam Kalendar MotoGP Hingga 2031
Hazique Zairill
July 1, 2026

Kerajaan luluskan lanjutan lima tahun Grand Prix Malaysia dari 2027 hingga 2031, mengukuhkan kedudukan Sepang sebagai antara destinasi utama MotoGP.

MotoGP Malaysia

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Malaysia akan terus menjadi tuan rumah Kejuaraan Dunia MotoGP selama lima tahun lagi selepas kerajaan meluluskan lanjutan penganjuran Grand Prix Malaysia bagi tempoh 2027 hingga 2031, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab utama sukan permotoran dan pelancongan sukan di rantau ini.

Malaysia mula menganjurkan MotoGP sejak 1991, manakala Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC) menjadi venue rasmi perlumbaan bermula tahun 1999. Hanya edisi 2020 dan 2021 tidak dapat dianjurkan susulan pandemik COVID-19.

Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, berkata Kabinet telah memberikan kelulusan penuh terhadap lanjutan kontrak tersebut pada mesyuarat bertarikh 15 April 2026.

MotoGP Malaysia

Dari Kiri: Menteri Belia dan Sukan YB Dr. Mohammed Taufiq Johari (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Azhan Shafriman Hanif.

“Kami amat gembira kerana Kerajaan telah meluluskan pembaharuan MotoGP Malaysia bagi tempoh 2027 hingga 2031. Pembaharuan ini bukan sekadar memastikan Malaysia kekal dalam kalendar MotoGP dunia, malah mencerminkan komitmen negara untuk terus mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi utama sukan permotoran sambil mewujudkan peluang melalui pertumbuhan ekonomi, pembangunan bakat dan pengembangan industri.”

“Lebih penting, MotoGP Malaysia telah menjadi platform yang menyatukan rakyat Malaysia, menyemarakkan semangat kebangsaan serta kekal sebagai acara sukan antarabangsa paling lama dianjurkan di negara ini sejak edisi pertamanya pada tahun 1991,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MotoGP, Carmelo Ezpeleta, turut menyambut baik lanjutan tersebut dan menyifatkan Malaysia sebagai antara pasaran paling penting bagi kejuaraan itu.

“Malaysia merupakan pasaran yang sangat penting untuk MotoGP dengan jumlah peminat yang besar serta impak ekonomi yang terus meningkat saban tahun. Sepang adalah rumah yang hebat untuk MotoGP kerana lokasinya yang strategik berhampiran Kuala Lumpur, bandar yang turut menjadi tuan rumah Pelancaran Musim MotoGP 2026.” 

“Perlumbaan yang menarik, sokongan peminat tempatan dan daya tarikan antarabangsa menjadikan Grand Prix Malaysia antara acara terbaik dalam kalendar MotoGP dan kami tidak sabar untuk kembali sehingga tahun 2031,” katanya.

MotoGP Malaysia

Populariti MotoGP di Malaysia terus meningkat apabila Grand Prix Malaysia 2025 mencatat kehadiran rekod seramai 190,977 penonton, jumlah tertinggi dalam sejarah penganjuran perlumbaan itu di negara ini. Pelancaran Musim MotoGP 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur awal tahun ini turut menarik puluhan ribu peminat, sekali gus membuktikan kekuatan pasaran Malaysia dalam sukan tersebut.

Menurut Kementerian Belia dan Sukan, penganjuran MotoGP memberi impak besar kepada sektor pelancongan dengan meningkatkan permintaan terhadap penginapan, pengangkutan, hospitaliti serta perniagaan runcit sepanjang minggu perlumbaan.

Selain itu, MotoGP turut menjadi platform penting untuk membangunkan bakat tempatan, meningkatkan kepakaran teknikal serta mengembangkan industri sukan permotoran negara.

MotoGP Malaysia

Lanjutan kontrak selama lima tahun ini dijangka terus merancakkan ekonomi sukan Malaysia melalui penciptaan peluang pekerjaan, pembangunan perniagaan serta meningkatkan lagi profil negara di pentas antarabangsa.

Litar Antarabangsa Petronas Sepang, yang mula menjadi hos MotoGP pada 1999, kini diiktiraf sebagai antara litar terbaik dalam kalendar MotoGP hasil gabungan susun atur teknikal, perlumbaan yang kompetitif dan sokongan luar biasa daripada peminat.

Grand Prix MotoGP Malaysia 2026 dijadual berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November 2026 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.

Related Items2026baruberitaducatiHondakbsmotogpSepang CircuitUtamayamahazk racing
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
July 1, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitaducatiHondakbsmotogpSepang CircuitUtamayamahazk racing

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

iMotorbike Lancar Kempen “Motosikal Harga Marhaen”
Review Yamaha MT-15: Motosikal Naked Terbaik Untuk Beginner?