• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888

CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888
Amzar Hazeeq
June 4, 2026

Adventure tourer flagship terbaharu CFMOTO 1000MT-X menggabungkan prestasi 113 hp, perkakasan premium dan elektronik canggih untuk pengembaraan jarak jauh.

CFMOTO 1000MT-X

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

CFMOTO Malaysia secara rasminya melancarkan CFMOTO 1000MT-X serba baharu di Malaysia BIke Show 2026, mengembangkan lagi barisan motosikal adventure touring di samping pelancaran sportbike 750SR-S terbaharu.

Diedarkan oleh MForce Bike Holdings, 1000MT-X berada pada harga RM51,888 tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran. Adventure tourer ini tersedia dalam tiga pilihan warna: Kelabu, Hijau dan Biru.

Dijadikan sebagai motosikal adventure flagship CFMOTO, 1000MT-X direka untuk menjalani touring jarak jauh dan pengembaraan off-road dengan kombinasi prestasi, keselesaan dan teknologi moden.

CFMOTO 1000MT-X

Motosikal ini menggunakan enjin 946.2cc penyejukan cecair DOHC parallel-twin yang dilengkapi dengan electronic fuel injection (EFI). Digandingkan dengan transmisi enam kelajuan bersama slipper clutch, enjin ini mampu menghasilkan 113 hp pada 8,500 rpm dan 105 Nm pada 6,250 rpm.

Dibina dengan konsep tunggangan pengembaraan, 1000MT-X menggunakan roda hadapan bersaiz 21-inci dan 18-inci di bahagian belakang dibaluti tayar Pirelli. Dari segi suspensi, motosikal ini menggunakan setup Kayaba fully adjustable dikedua-dua bahagian, membenarkan penunggang untuk melaras motosikal ini mengikut keadaan menunggang dan pilihan peribadi.

Kestabilan semakin ditambah baik dengan penggunaan steering damper boleh laras yang membenarkan sehingga 20 tahap pelarasan. Prestasi braking datang daripada perkakasan Brembo premium, menampilkan disk brek hadapan berkembar 320 mm dan disk 260 mm di belakang.

CFMOTO 1000MT-X

Pakej elektronik yang diberikan agak mengagumkan, dengan bantuan penunggang yang didapatkan daripada Bosch termasuk ABS, Cornering ABS dan juga sistem traction control tiga tahap. Teknologi tambahan yang memfokuskan kepada penunggang termasuk quickshifter, pilihan lima riding modes, cruise control dan tyre pressure monitoring system (TPMS).

Keselesaan juga telah diutamakan, 1000MT-X dilengkapi dengan heated grips dan heated seat sebagai standard. Windscreen boleh laras juga membantu untuk menambah baik perlindungan angin semasa tunggangan jarak jauh, membuatkan motosikal ini sesuai untuk tugasan touring jarak jauh.

CFMOTO 1000MT-X

Adventure tourer ini membawa tangki minyak yang tidak kedekut sebesar 22.5-liter, memberikan jarak perjalanan yang memuaskan diantara isian, sementara berat keseluruhan motsikal ini sekitar 222 kg.

Untuk penunggang yang berhasrat untuk mengembara di luar jalan raya, CFMOTO telah melengkapkan 1000MT-X dengan beberapa ciri keselamatan termasuk bash plate enjin, chain guide dan footpeg belakang removable.

Ciri utama motosikal ini adalah paparan modennya yang menggunakan paparan full-colour TFT touchscreen lapan inci. Sistem ini memberikan akses kepada informasi menunggang, sambung telefon pintar dan tetapan motosikal, sementara turut menyokong kemas kini perisian over-the-air (OTA) dan fungsi anti kecurian.

CFMOTO 1000MT-X
CFMOTO 1000MT-X
CFMOTO 1000MT-X

Untuk pertingkatkan lagi kemudahan, kedua-dua port pengecasan 18W Type-A dan Type-C disertakan, membenarkan penunggang untuk memastikan peranti mereka sentiasa berkuasa semasa berkendara.

Dengan kombinasi perkakasan adventure-ready, ciri touring premium dan pakej elektonik komprehensif, CFMOTO 1000MT-X memasuki pasaran Malaysia sebagai sebuah pencabar yang kuat di dalam segmen adventure touring berkapasiti besar, memberikan penunggang sebuah alternatif lengkap pada harga yang sangat berdaya saing.

Related Items1000MT-X2026baruberitacfmotoIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
June 4, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items1000MT-X2026baruberitacfmotoIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliUtama

More in Berita

Top 5 Motosikal Sesuai Untuk Orang Tinggi

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Jangan Percaya Bulat-Bulat! 5 Mitos Tentang Motosikal Terpakai

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Promosi Hangat Minggu Ini: Minggu Ketiga September 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillSeptember 18, 2026
Read More

Championship on the Line as MotoMini Malaysia 2026 Hits Season Finale

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Quickshifter: Perlu Ke Untuk Kegunaan Harian?

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

iMotorbike Motor Day Sale Kembali Dengan Diskaun RM5,500

Hazique ZairillSeptember 17, 2026
Read More

ZXMoto 500RR vs Kawasaki Ninja ZX-4RR: Pendatang Baharu atau Jenama Ternama?

Amzar HazeeqSeptember 17, 2026
Read More

5 Tanda Bateri Motosikal Anda Akan Habis

Amzar HazeeqSeptember 17, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Cemerlang di GP Austria

Amzar HazeeqSeptember 17, 2026
Read More

Kawasaki Ninja H2 2027 Kembali dengan Enjin Euro 5+

Hazique ZairillSeptember 17, 2026
Read More

5 Motor Untuk Kerja Jauh di iMotorbike

Amzar HazeeqSeptember 15, 2026
Read More

4 Tanda Motor Korang Dah Sampai Masa Tukar Minyak Hitam

Hazique ZairillSeptember 15, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Top 5 Motor untuk Female Rider yang Rendah dan Pendek
    BeritaAugust 26, 2026
  • MForce Umum Penarikan Balik Keeway XDV 180 Evo
    BeritaAugust 24, 2026
  • Brixton Moucca 250, ARIIC Touch 250 Kini Rasmi di Malaysia
    BeritaAugust 24, 2026
  • Review Honda CBR250RR 2026: Sportbike 250cc Paling Bagus?
    BeritaAugust 21, 2026
  • iMotorbike Lancar Merdeka Promo dengan Diskaun Sehingga RM690
    BeritaAugust 24, 2026
  • Top 5 Motosikal Sesuai Untuk Orang Tinggi
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Jangan Percaya Bulat-Bulat! 5 Mitos Tentang Motosikal Terpakai
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Promosi Hangat Minggu Ini: Minggu Ketiga September 2026 di iMotorbike
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Championship on the Line as MotoMini Malaysia 2026 Hits Season Finale
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Quickshifter: Perlu Ke Untuk Kegunaan Harian?
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888
SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998

iMotorbike Promotion

Express Service from RM49

Limited-time price for first-time Express Service customers:

  • Kapcai & scooter, 150cc and below First-time Express Service customers, Standard Package only Until 30 Sep 2026
Book Express Service
  • Eneos oil change + OEM oil filter included
  • Full bike inspection before you ride off

Or call us: 013-833 3259

View full terms

*Terms and conditions apply. Standard Package, 150cc and below, first-time customers only.