• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

KTM Malaysia Kembali Dengan 4 Model 390 Baharu 

KTM Malaysia Kembali Dengan 4 Model 390 Baharu 
Hazique Zairill
May 11, 2026

KTM lancar empat model generasi baharu 390cc yang fokus kepada adventure, dual-purpose dan supermoto untuk pasaran Malaysia.

KTM Malaysia

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

KTM Malaysia secara rasmi membuat kemunculan semula ke pasaran Malaysia dengan pelancaran empat model baharu dalam segmen adventure, dual-sport dan supermoto, sekali gus memperluaskan lagi keluarga generasi baharu KTM 390.

Antara model yang diperkenalkan ialah KTM 390 Adventure R, 390 Adventure X, 390 Enduro R dan 390 SMC R, manakala KTM 390 Duke dengan pilihan warna baharu pula dijadual tiba pada suku keempat 2026.

Pelancaran ini membawa tema ≠1 Two Worlds, Zero Excuses, yang menekankan kemampuan dual-purpose untuk tunggangan atas jalan raya dan off-road dalam satu jentera.

Harga Rasmi KTM 390 Baharu di Malaysia

  • KTM 390 Adventure R – RM33,300
  • KTM 390 Adventure X – RM29,300
  • KTM 390 Enduro R – RM27,300
  • KTM 390 SMC R – RM27,300
  • KTM 390 Duke – RM30,300 (tersedia Q4 2026)

Semua harga merupakan Basic Selling Price (BSP) dan didatangkan bersama Quickshifter+ percuma serta waranti empat tahun.

Platform Baharu Dengan Prestasi Ringan

Kesemua model dalam siri KTM 390 ini menggunakan enjin baharu 398.7 cc LC4c single-cylinder bersama rangka ikonik steel trellis frame KTM.

Setiap model menghasilkan 45 PS dan 39 Nm torque menerusi transmisi enam kelajuan. KTM juga menawarkan interval servis sehingga 10,000 km untuk mengurangkan kos pemilikan jangka panjang.

Menurut Goi Seong Keng, National Marketing Manager KTM Malaysia, siri baharu ini dibangunkan untuk memenuhi pelbagai gaya tunggangan penunggang masa kini.

“Kami kembali. Pelancaran ini merupakan langkah besar buat KTM Malaysia dalam memenuhi keperluan penunggang harian, touring, supermoto dan off-road,” katanya.

KTM 390 Adventure R Fokus Off-Road

KTM 390 Adventure R tampil sebagai model paling hardcore dalam keluarga adventure 390 dengan fokus lebih kepada tunggangan off-road.

Model ini hadir dengan skrin TFT 5-inci, pilihan Ride Mode seperti Street, Off-Road dan Rain serta windshield gaya rally untuk perlindungan angin dan cuaca yang lebih baik.

KTM 390 Adventure X Lebih Mesra Touring

Untuk penunggang yang lebih fokus kepada penggunaan jalan raya dan touring, KTM memperkenalkan 390 Adventure X.

Model ini hadir dengan seat height lebih rendah iaitu 825 mm, Offroad ABS dan tangki minyak 14-liter yang sesuai untuk touring jarak jauh dan light off-road.

KTM 390 Enduro R Ringan dan Lasak

Diinspirasikan daripada KTM 690 Enduro R, KTM 390 Enduro R menjadi model Enduro R paling kecil dalam barisan KTM.

Dengan berat hanya 159 kg dry weight, motosikal ini menggunakan rim spoke 21-inci depan dan 18-inci belakang untuk pengendalian lebih baik di laluan lasak sambil kekal road legal untuk kegunaan harian.

KTM turut menekankan posisi tunggangan ergonomik yang sesuai untuk peralihan antara tunggangan agresif off-road dan penggunaan bandar.

KTM 390 SMC R Bawa Karakter Supermoto

KTM 390 SMC R pula menjadi model supermoto kapasiti kecil pertama dalam lineup KTM. Model ini dilengkapi skrin TFT 4.2-inci bersama dua Ride Mode iaitu Street dan Sport, selain sistem Supermoto ABS yang membolehkan rider melakukan slide dengan lebih yakin sambil mengekalkan kestabilan bahagian depan.

KTM 390 Duke Terima Warna Baharu

Selain lineup adventure dan dual-purpose baharu, KTM Malaysia turut mengumumkan pilihan warna terkini untuk KTM 390 Duke. Model naked bike tersebut dijangka mula berada di pasaran Malaysia sekitar Q4 2026.

Eurotech Road Tour Jelajah Seluruh Malaysia

Selepas pelancaran rasmi ini, KTM Malaysia turut akan memulakan Eurotech Road Tour, membawa siri KTM 390 baharu lebih dekat kepada peminat motosikal di seluruh negara.

Roadshow ini bakal menampilkan sesi test ride, pameran motosikal serta aktiviti interaktif bersama jenama seperti ZONTES, GRACSHAW, MOTOREX dan BikeEmpire96.

Lokasi roadshow adalah seperti berikut:

  • Kuala Lumpur – MyTOWN Shopping Centre (14–17 Mei 2026)
  • Pulau Pinang – Auto-City (22–24 Mei 2026)
  • Terengganu – KTCC Mall (11–13 Jun 2026)
  • Johor – Toppen Shopping Centre (19–21 Jun 2026)

KTM Malaysia turut memaklumkan bahawa semua pengedar rasmi KTM di seluruh negara dikendalikan oleh mekanik yang menerima latihan khas serta pensijilan antarabangsa daripada KTM Austria bagi memastikan pelanggan menerima servis profesional dan berkualiti tinggi.

Related Items2026390Adventure XbaruberitaktmmalaysiaSMC RUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
May 11, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026390Adventure XbaruberitaktmmalaysiaSMC RUtama

More in Berita

Top 5 Motosikal Sesuai Untuk Orang Tinggi

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Jangan Percaya Bulat-Bulat! 5 Mitos Tentang Motosikal Terpakai

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Promosi Hangat Minggu Ini: Minggu Ketiga September 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillSeptember 18, 2026
Read More

Championship on the Line as MotoMini Malaysia 2026 Hits Season Finale

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Quickshifter: Perlu Ke Untuk Kegunaan Harian?

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

iMotorbike Motor Day Sale Kembali Dengan Diskaun RM5,500

Hazique ZairillSeptember 17, 2026
Read More

ZXMoto 500RR vs Kawasaki Ninja ZX-4RR: Pendatang Baharu atau Jenama Ternama?

Amzar HazeeqSeptember 17, 2026
Read More

5 Tanda Bateri Motosikal Anda Akan Habis

Amzar HazeeqSeptember 17, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Cemerlang di GP Austria

Amzar HazeeqSeptember 17, 2026
Read More

Kawasaki Ninja H2 2027 Kembali dengan Enjin Euro 5+

Hazique ZairillSeptember 17, 2026
Read More

5 Motor Untuk Kerja Jauh di iMotorbike

Amzar HazeeqSeptember 15, 2026
Read More

4 Tanda Motor Korang Dah Sampai Masa Tukar Minyak Hitam

Hazique ZairillSeptember 15, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Top 5 Motor untuk Female Rider yang Rendah dan Pendek
    BeritaAugust 26, 2026
  • MForce Umum Penarikan Balik Keeway XDV 180 Evo
    BeritaAugust 24, 2026
  • Brixton Moucca 250, ARIIC Touch 250 Kini Rasmi di Malaysia
    BeritaAugust 24, 2026
  • iMotorbike Lancar Merdeka Promo dengan Diskaun Sehingga RM690
    BeritaAugust 24, 2026
  • MKA Group Tawar Diskaun Khas Untuk ‘Delivery Rider’
    BeritaSeptember 2, 2026
  • Top 5 Motosikal Sesuai Untuk Orang Tinggi
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Jangan Percaya Bulat-Bulat! 5 Mitos Tentang Motosikal Terpakai
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Promosi Hangat Minggu Ini: Minggu Ketiga September 2026 di iMotorbike
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Championship on the Line as MotoMini Malaysia 2026 Hits Season Finale
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Quickshifter: Perlu Ke Untuk Kegunaan Harian?
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Hafizh Syahrin Raih Kemenangan ASB1000 di Buriram
Top 5 Motor Untuk Orang Kerja di Singapore Yang Terdapat di iMotorbike Johor

iMotorbike Promotion

Express Service from RM49

Limited-time price for first-time Express Service customers:

  • Kapcai & scooter, 150cc and below First-time Express Service customers, Standard Package only Until 30 Sep 2026
Book Express Service
  • Eneos oil change + OEM oil filter included
  • Full bike inspection before you ride off

Or call us: 013-833 3259

View full terms

*Terms and conditions apply. Standard Package, 150cc and below, first-time customers only.