• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Barisan Pelumba HI-REV Triple Zed Racing Team 2026 Diperkenalkan

Barisan Pelumba HI-REV Triple Zed Racing Team 2026 Diperkenalkan
Hazique Zairill
May 12, 2026

Gabungan pelumba Malaysia dan Singapura bakal memperkuat cabaran pasukan dalam musim baharu MSF Superbike Championship.

HI-REV Triple Zed Racing Team

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

HI-REV Triple Zed Racing Team secara rasmi memperkenalkan barisan pelumba mereka bagi musim 2026 MSF Superbike Championship dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di Horizon Beranang Circuit pada Jumaat lalu.

Pasukan itu tampil dengan gabungan pelumba muda berbakat dan pelumba berpengalaman sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk membangunkan bakat perlumbaan serantau sambil kekal kompetitif dalam pelbagai kategori perlumbaan.

Mengetuai cabaran pasukan dalam kategori Super Rookie ialah Saidatul Zakirah yang akan berlumba menggunakan Triumph Street Triple 675. Pelumba wanita negara itu turut meneruskan cabaran antarabangsa dalam FIM Women’s European Championship musim 2026 selepas menunjukkan peningkatan memberangsangkan dalam beberapa penampilan sebelum ini.

HI-REV Triple Zed Racing Team
(Dari Kiri) Marcus Lee, Zhafir Zamani, Saidatul Zakirah and Heng Si Kiat.

Turut menyertai pasukan ialah pelumba Singapura Marcus Lee yang akan mengendalikan Kawasaki ZX6R. Marcus sebelum ini muncul juara keseluruhan kategori SM Advanced dalam Malaysian Supermoto Championship 2024 dan dikenali dengan gaya tunggangan agresif serta prestasi konsisten dalam perlumbaan supermoto.

Sementara itu, seorang lagi pelumba Singapura, Heng Si Kiat bakal berlumba menggunakan Honda CBR1000RR-R SP serba baharu. Si Kiat hadir sebagai juara keseluruhan kategori GP Masters MSF Superbike Championship 2024 dan kini mensasarkan untuk mempertahankan gelaran tersebut musim ini.

Pasukan itu juga menyaksikan kembalinya pelumba Malaysia merangkap Team Principal, Zhafir Zamani, yang merupakan juara keseluruhan kategori Supersport MSF Superbike Championship 2024. Menurut Zhafir, persiapan pasukan musim ini berjalan dengan sangat lancar dan lebih agresif berbanding tahun lalu.

HI-REV Triple Zed Racing Team
HI-REV Triple Zed Racing Team Principal, Zhafir Zamani

“Persediaan memang sangat rancak tahun ini. Semua berjalan lancar. Si Kiat sebagai pelumba baharu kami sudah menerima Honda CBR1000RR-R SP baharu, manakala jentera Kawasaki ZX6R milik Marcus pula telah menjalani overhaul penuh selepas banyak masalah teknikal musim lalu,” katanya.

“Untuk Triumph pula, tahun lepas memang tiada masalah besar. Tahun ini kami cuma fine tune sedikit dari segi setup, servis suspension, brake dan engine supaya semuanya lebih bersedia untuk Round 1,” tambahnya.

Mengulas sasaran musim 2026, Zhafir mengakui pasukan meletakkan harapan tinggi untuk meraih kejuaraan. “Target kami semestinya mahu jadi juara. Kami masuk tiga kategori dan kalau boleh sekurang-kurangnya satu kategori dapat gelaran juara. Kalau boleh juga, semua pelumba berada dalam kelompok top 3 kategori masing-masing.”

Menurut Zhafir, antara kelemahan utama musim lalu adalah dari sudut teknikal terutama setup ketika hari perlumbaan selain keserasian antara pelumba dan pasukan yang masih baharu ketika itu. Beliau berharap pengalaman musim lalu akan membantu pasukan tampil lebih mantap musim ini.

“Sebagai team manager, tugas saya adalah memastikan semua pelumba mendapat apa yang mereka perlukan dari segi latihan dan setup motosikal supaya semuanya dapat digabungkan dengan baik untuk memburu kemenangan seawal pusingan pertama,” katanya. 

HI-REV Triple Zed Racing Team

Zhafir akan menggantikan Saidatul Zakirah pada pusingan pertama kejuaraan sementara pelumba itu menjalani komitmen perlumbaan antarabangsa di Eropah. Beliau akan berlumba dalam kategori Supersport menggunakan Triumph Street Triple 675 milik pasukan.

Musim 2026 juga merupakan satu lagi peristiwa penting bagi Pasukan Perlumbaan HI-REV Triple Zed kerana ia terus mengukuhkan kehadiran serantaunya melalui barisan penunggang yang mewakili Malaysia dan Singapura, di samping mempamerkan prestasi minyak pelincir HI-REV dalam persekitaran perlumbaan yang kompetitif.

Dengan ujian pramusim dan pembangunan mesin yang sedang dijalankan, pasukan ini menuju ke musim akan datang dengan yakin ketika ia bersedia untuk mencabar pelbagai kategori dalam Kejohanan Superbike MSF 2026. 

Related Items2026baruberitaHI-REV Triple Zed Racing TeamHondamalaysiaSaidatul ZakirahUtamaZhafir Zamani
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
May 12, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitaHI-REV Triple Zed Racing TeamHondamalaysiaSaidatul ZakirahUtamaZhafir Zamani

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Top 5 Motor Untuk Orang Kerja di Singapore Yang Terdapat di iMotorbike Johor
Hakim Danish Kekal Raih Mata Berharga di GP Perancis Walaupun Berdepan Litar Basah