• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Top 5 Motor Touring Terbaik Yang Terdapat di iMotorbike

Top 5 Motor Touring Terbaik Yang Terdapat di iMotorbike
Amzar Hazeeq
April 28, 2026

Dari 250cc hingga 1000cc, ini lima motosikal touring di iMotorbike yang menawarkan keselesaan, prestasi dan kebolehpercayaan untuk perjalanan jauh di Malaysia.

motor touring di iMotorbike

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Motosikal touring memang menjadi pilihan ramai rider yang suka menjelajah jarak jauh. Sama ada untuk ride santai hujung minggu makan angin atau trip rentas negeri, faktor seperti keselesaan, ketahanan dan prestasi memainkan peranan penting dalam pemilihan motor touring yang sesuai.

Di Malaysia, terdapat pelbagai pilihan motosikal touring daripada pelbagai kapasiti enjin dan untuk setiap peringkat kemahiran rider. Ada yang sesuai untuk beginner, dan ada juga untuk rider berpengalaman yang mahukan kuasa lebih besar.

Berikut adalah lima motosikal touring di iMotorbike yang boleh dianggap antara pilihan terbaik, berdasarkan gabungan spesifikasi, keselesaan dan keupayaan untuk perjalanan jauh.

motor touring di iMotorbike

1. 2025 Modenas Versys-X 250 LE

Modenas Versys-X 250 LE merupakan pilihan yang sangat sesuai untuk rider yang baru nak berjinak dalam dunia touring. Motor ini menggunakan enjin 249cc parallel-twin yang menghasilkan sekitar 33 hp dan 22 nm tork, cukup berkuasa untuk ride harian dan cukup selesa untuk ride jauh.

Walaupun kapasiti enjin kecil, motosikal ini menawarkan riding position yang agak menegak, tangki minyak besar dan penggunaan bahan api yang jimat. Ini menjadikannya sangat praktikal untuk perjalanan jauh tanpa perlu berhenti isi minyak terlalu kerap. Sebab motor ni 250cc, jadi rider tak perlu untuk upgrade lesen ke B Full untuk bawa motor ini.

Selain itu, beratnya yang ringan memudahkan kawalan, terutamanya untuk rider baru. Ia mungkin tak berapa pantas seperti model-model yang lebih besar, tapi dari segi keselesaan dan kecekapan, Versys-X 250 LE adalah antara yang terbaik dalam kategorinya.

motor touring di iMotorbike

2. 2021 Benelli TRK 502 X

Benelli TRK 502 X sering menjadi pilihan popular dalam kalangan rider touring di Malaysia yang ingin upgrade ke motor touring yang lebih berkuasa. Dikuasakan oleh enjin 500cc parallel-twin dengan kuasa sekitar 48 hp dan 45 nm tork, ia mampu memberikan keseimbangan antara prestasi dan juga kawalan.

Apa yang menjadikan motor ini menyerlah adalah reka bentuk adventurenya yang besar dan kukuh, lengkap dengan tangki minyak 20 liter. Ini sangat membantu untuk ride jarak jauh tanpa perlu risau tentang minyak. Walaupun motor ini agak berat sedikit, tetapi ia membuatkan motor ini rasa sedap dan stabil ketika ride di atas highway.

Suspensi long-travel dan rim jenis spoke yang digunakan juga menjadikannya sesuai untuk melakukan sedikit off-roading. Dari segi keselesaan, riding position yang santai dan tempat duduk yang luas menjadikannya ideal untuk ride berjam-jam.

motor touring di iMotorbike

3. 2013 Kawasaki Versys 650

Kawasaki Versys 650 merupakan salah satu motosikal touring yang paling seimbang dalam segmennya. Ia menggunakan enjin 649cc parallel-twin dengan kuasa sekitar 64 hp dan 61nm tork, cukup untuk highway cruising dengan mudah.

Model ini terkenal dengan handling yang stabil serta riding position yang selesa. Ia juga sesuai untuk pelbagai jenis jalan, sama ada dalam bandar atau lebuh raya.

Walaupun bukan model terbaru, Versys 650 masih relevan kerana enjinnya yang sangat tahan lasak dan tak banyak ragam. Kalau inginkan motor touring yang taknak buat anda pening kepala kalau sadai tepi jalan, motor ni boleh masukkan dalam list.

motor touring di iMotorbike

4. 2017 BMW F 800 GS

BMW F 800 GS merupakan motosikal adventure touring yang lebih serius. Ia dikuasakan oleh enjin 798cc parallel-twin dengan kuasa sekitar 85 hp dan 83 nm tork. Torknya yang tinggi mampu untuk memberikan pecutan yang agresif dan prestasi yang selesa untuk jalan jauh.

Model ini direka untuk rider yang mahukan kebebasan untuk menjelajah pelbagai jenis permukaan, termasuk off-road. Suspensi yang tinggi, ground clearance yang besar dan sistem elektronik yang lebih advanced menjadikannya sangat versatile.

Dari segi touring, keselesaan yang ditawarkan sangat baik untuk perjalanan jauh. Ia mungkin sedikit tinggi untuk sesetengah rider, tetapi dari segi kemampuan, F 800 GS adalah antara yang paling lengkap.

motor touring di iMotorbike

5. 2014 Suzuki V-Strom 1000

Suzuki V-Strom 1000 merupakan pilihan untuk rider yang mahukan kuasa dan keselesaan maksimum. Ia menggunakan enjin 1037cc V-twin dengan kuasa sekitar 100 hp dan 103 nm tork, sesuai untuk perjalanan jauh dengan membawa beban yang berat. Bunyi ekzos dari enjin V-Twin-nya juga mampu memberikan kepuasan setiap kali ride.

Model ini terkenal dengan kestabilan di lebuh raya dan keselesaan jangka panjang. Ia juga dilengkapi sistem traction control dan pelbagai ciri keselamatan lain untuk memastikan ride jauh anda lebih selamat.

Dengan tangki minyak besar dan riding position yang selesa, V-Strom 1000 sangat sesuai untuk touring jarak jauh atau ride merentas negeri. Ia mungkin lebih berat, tetapi ganjarannya adalah pengalaman ride yang sangat stabil dan premium.

Kesimpulan

Memilih motosikal touring bergantung kepada keperluan dan pengalaman rider. Jika anda baru bermula, model seperti Versys-X 250 LE sudah cukup untuk memberi pengalaman touring yang selesa.

Bagi yang mahukan keseimbangan antara kuasa dan praktikaliti, TRK 502 X dan Versys 650 adalah pilihan yang sangat baik. Sementara itu, BMW F 800 GS dan V-Strom 1000 pula sesuai untuk rider yang mahukan prestasi lebih tinggi dan kemampuan jelajah yang lebih luas.

Apa pun pilihan anda, perkara paling penting adalah keselesaan, kawalan dan keyakinan ketika menunggang. Itu yang akan menentukan pengalaman touring anda sama ada menyeronokkan atau sebaliknya. Jika anda berminat untuk mencari motor touring, boleh layari website iMotorbike atau datang ke showroom berdekatan anda.

@imotorbike.my

Top 5 Touring Bikes yang u guys boleh consider🙌 imotorbike #touring

♬ original sound – iMotorbike MY – iMotorbike MY
Related Items2026barubenelliberitaIndustrikawasakiKedai MotorLokalmalaysiaMotor touringpanduan pembelisuzukiUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
April 28, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026barubenelliberitaIndustrikawasakiKedai MotorLokalmalaysiaMotor touringpanduan pembelisuzukiUtamayamaha

More in Berita

Top 6 Clearance Bikes Yang Terdapat di iMotorbike Penang

Amzar HazeeqJuly 20, 2026
Read More

Top 6 Clearance Bikes Yang Terdapat di iMotorbike Johor

Amzar HazeeqJuly 17, 2026
Read More

Aprilia Shiver 750 2016 vs Yamaha MT-07 2016: Pertempuran Torque Monster

Amzar HazeeqJuly 17, 2026
Read More

Enjin Inline vs Enjin Boxer: Mana Satu Lebih Baik Untuk Motosikal?

Amzar HazeeqJuly 16, 2026
Read More

Cara Tukar Nama Kenderaan di JPJ: Panduan Lengkap untuk Pembeli dan Penjual

Amzar HazeeqJuly 16, 2026
Read More

Top 5 Sportbike 600cc Terbaik Pada Tahun 2026

Amzar HazeeqJuly 15, 2026
Read More

Hakim Danish Bakal Miliki Tribun Khas di MotoGP Malaysia 2026

Hazique ZairillJuly 14, 2026
Read More

Top 5 Superbike Terbaik di Malaysia Pada Tahun 2026

Amzar HazeeqJuly 14, 2026
Read More

Top 5 Motor Pergi Kerja Yang Terdapat di iMotorbike Penang

Amzar HazeeqJuly 14, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Promosi Mid-Year Sale di Pulau Pinang dan Johor

Hazique ZairillJuly 13, 2026
Read More

Hakim Danish Raih Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di GP Jerman

Amzar HazeeqJuly 13, 2026
Read More

Kenali iMotorbike: Platform untuk Membeli, Menjual, dan Menukar Motosikal

Hazique ZairillJuly 13, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Mat Rempit Berdepan Hukuman Lebih Berat Menerusi Seksyen 42A Baharu
    BeritaJune 29, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Student Pada Tahun 2026
    BeritaJune 29, 2026
  • 6 Motor Naked Terbaik Untuk Dibeli Pada Julai 2026
    BeritaJuly 2, 2026
  • Top 5 Motor Klasik Yang Berbaloi Dimiliki Pada 2026
    BeritaJune 26, 2026
  • Top 6 Skuter Bawah RM10,000 Yang Terdapat di iMotorbike
    BeritaJune 26, 2026
  • Top 6 Clearance Bikes Yang Terdapat di iMotorbike Penang
    BeritaJuly 20, 2026
  • Top 6 Clearance Bikes Yang Terdapat di iMotorbike Johor
    BeritaJuly 17, 2026
  • Aprilia Shiver 750 2016 vs Yamaha MT-07 2016: Pertempuran Torque Monster
    BeritaJuly 17, 2026
  • Enjin Inline vs Enjin Boxer: Mana Satu Lebih Baik Untuk Motosikal?
    BeritaJuly 16, 2026
  • Cara Tukar Nama Kenderaan di JPJ: Panduan Lengkap untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaJuly 16, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

SPORTEC 01 dan SPORTEC 01 RS: Rangkaian Baharu Metzeler untuk Jalan Raya dan Trek
Hakim Danish Kutip Tiga Mata Penting di GP Sepanyol 2026
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat