• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Suzuki DR-Z4S dan DR-Z4SM Rasmi Dilancarkan di Malaysia

Suzuki DR-Z4S dan DR-Z4SM Rasmi Dilancarkan di Malaysia
Hazique Zairill
April 13, 2026

Model lagenda kembali dengan enjin baharu, teknologi moden dan dua karakter tunggangan berbeza.

Suzuki DR-Z4S dan DR-Z4SM

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Suzuki Malaysia secara rasmi memperkenalkan model baharu Suzuki DR-Z4S dan Suzuki DR-Z4SM, menandakan kemunculan semula platform DR-Z yang ikonik dengan dua varian berbeza untuk kegunaan off-road dan jalan raya.

Model yang mula diperkenalkan di peringkat global pada penghujung 2024 ini kini tiba di Malaysia dengan harga promosi RM39,888 (tidak termasuk insurans), terhad kepada 50 pembeli pertama. Selepas itu, harga akan meningkat kepada RM42,888.

Nama DR-Z bukanlah asing, kerana ia telah berada dalam barisan model Suzuki sejak tahun 2000. Untuk generasi terbaharu ini, hampir keseluruhan komponen telah dinaik taraf berbanding model sebelumnya.

Suzuki DR-Z4S dan DR-Z4SM

Motosikal ini kini menggunakan rangka jenis steel tube, digabungkan dengan subframe dan swingarm aluminium bagi meningkatkan kekuatan serta keseimbangan jentera.

Kedua-dua model dikuasakan oleh enjin 398cc satu silinder, DOHC, penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api dan injap kemasukan titanium. Enjin ini menghasilkan 38 PS dan 37 Nm tork, serta mematuhi piawaian emisi Euro 5+.

Transmisi lima kelajuan masih dikekalkan, namun kini dilengkapi dengan Suzuki Clutch Assist System (SCAS) untuk penukaran gear yang lebih lancar.

Buat pertama kalinya, DR-Z menggunakan sistem ride-by-wire, membolehkan ciri elektronik seperti mod tunggangan (A, B dan C) serta kawalan cengkaman (traction control) dengan beberapa pilihan termasuk Gravel dan Off. Sistem ABS dua saluran juga boleh dilaras, malah bagi DR-Z4S, ia boleh dimatikan sepenuhnya untuk tunggangan off-road.

Suzuki DR-Z4S dan DR-Z4SM

Walaupun berkongsi asas yang sama, kedua-dua model menawarkan karakter tunggangan yang berbeza. DR-Z4S direka untuk kegunaan lasak dan off-road, dilengkapi rim jejari bersaiz 21 inci (hadapan) dan 18 inci (belakang) serta jarak pergerakan suspensi lebih panjang (280 mm depan / 296 mm belakang). Sistem brek hadapan menggunakan cakera 270 mm dengan kaliper dua omboh Nissin.

Manakala DR-Z4SM pula lebih sesuai untuk kegunaan jalan raya atau supermoto, menggunakan rim 17 inci depan dan belakang serta cakera brek hadapan lebih besar berukuran 310 mm untuk prestasi membrek yang lebih baik di atas jalan berturap. Suspensi pula sedikit lebih pendek bagi meningkatkan kestabilan di jalan raya.

Kedua-dua model menggunakan suspensi Kayaba dengan pelarasan penuh untuk compression dan rebound. Maklumat tunggangan dipaparkan melalui panel LCD yang ringkas tetapi lengkap, termasuk indikator gear, mod tunggangan dan tahap minyak enjin. Terdapat juga butang khas untuk kawalan sistem ABS.

Dengan pelancaran DR-Z4S dan DR-Z4SM, Suzuki menghidupkan semula nama lagenda dengan sentuhan moden, menawarkan pilihan kepada penunggang yang mahukan gabungan prestasi, teknologi dan fleksibiliti dalam satu pakej.

Langkah ini juga menunjukkan komitmen Suzuki dalam segmen dual-purpose, memenuhi keperluan rider yang inginkan jentera serba boleh untuk pelbagai jenis tunggangan.

Related Items2026amibaruberitamalaysiaMotardsupermotosuzukiSuzuki MalaysiaUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
April 13, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026amibaruberitamalaysiaMotardsupermotosuzukiSuzuki MalaysiaUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Kelebihan dan Kekurangan EV Bike di Malaysia: Adakah Kita Sudah Bersedia Untuk Beralih?
TW Racing Team Lancar Musim 2026 dengan Pelumba Baharu dan Jentera Voge