• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Review Modenas Elit 150S: Skuter Praktikal, Jimat dan Sesuai Untuk Harian

Review Modenas Elit 150S: Skuter Praktikal, Jimat dan Sesuai Untuk Harian
Hazique Zairill
April 14, 2026

Jarak perjalanan yang jauh, ciri-ciri moden dan tunggangan santai, Skuter Elit 150S jadi pilihan menarik untuk penunggang Malaysia.

Elit 150S

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Kalau cakap pasal pengangkutan paling praktikal di Malaysia, memang tak boleh lari dari skuter. Nak pergi kerja, buat urusan harian, atau sekadar ride santai, skuter memang pilihan ramai sebab senang, jimat dan tak cerewet.

Sekarang pula pilihan skuter 150cc makin banyak, sampai ramai pun pening nak pilih mana satu yang sesuai. Tapi sebenarnya, semua bergantung pada bajet dan apa yang kita nak daripada sebuah skuter.

Salah satu model tempatan yang tengah naik sekarang adalah Modenas Elit 150S. Dilancarkan sempena ulang tahun ke-30 Modenas, skuter ini hadir dengan dua warna menarik iaitu Riviera Blue dan Quantum Grey, serta waranti dua tahun atau 20,000 km.

Saya sempat ambil unit Riviera Blue untuk cuba sendiri atas jalan, dari trafik bandar sampai ke jalan highway, dan jujurnya skuter ni memang agak solid.

Elit 150S

Enjin dan Prestasi Harian

Elit 150S menggunakan enjin 149cc satu silinder, liquid-cooled dengan transmisi CVT. Kuasa yang dihasilkan sekitar 14 hp dan 13.5 Nm tork.

Kalau nak harap pecutan acceleration yang padu tu memang bukan karakter dia, tapi untuk tunggangan harian memang cukup selesa. Pickup smooth, tak mengejut dan senang dikawal, especially bila ride dalam bandar.

Nak bawa pergi kedai ataupun masjid yang masih dalam kawasan perumahan pun memang best. Lagi lagi bila nak cilok dekat traffic pun tak ada masalah. Bila twist throttle, dia bergerak dengan steady tanpa rasa berat.

Top speed yang saya dapat sekitar 112 km/h, dan itu pun dah lebih dari cukup untuk kegunaan harian. Ada yang kata boleh cecah lebih sikit, tapi realistically memang bukan skuter untuk bawa laju gila.

Apa yang saya paling suka adalah kapasiti tangki dia. 12 liter dengan jarak perjalanan boleh cecah sekitar 480 km. Sepanjang test ride, memang tak perlu isi minyak langsung. Memang jimat habis.

Elit 150S

Keselesaan dan Ciri Praktikal

Dari segi praktikal, Elit 150S memang bagi banyak benda berguna. Ruang simpan bawah seat 23 liter cukup besar, boleh masuk helmet atau barang harian. Dekat bahagian depan pun ada storage tambahan, senang nak letak barang kecil.

Ada juga USB port untuk cas phone, hazard light, dan paling best sekali smart key system. Tak payah keluar kunci, tekan je terus jalan. Meter pun guna LCD yang simple dan jelas, dan semua lampu dah LED, nampak lebih moden.

Dengan seat height 770 mm dan berat sekitar 137 kg, skuter ni memang mesra untuk semua jenis rider, tak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda sekali pun.

Elit 150S

Pengalaman Tunggangan di Jalan Malaysia

Bila bawa atas jalan, Elit 150S rasa ringan dan mudah dikawal. Dalam trafik sesak macam KL, memang seronok guna. Senang nak menyelit, steering ringan dan tak memenatkan. Walaupun tork dia tak agresif, tapi cukup untuk kegunaan harian. Nak potong kereta pun boleh, cuma kena ada timing yang cun.

Suspension depan jenis teleskopik dan belakang twin shock, jadi bila lalu jalan tak rata, masih selesa. Tak terlalu keras, tak terlalu lembut. Brake pula guna disc depan dan belakang. Cukup untuk penggunaan biasa, cuma tak ada ABS, jadi kena lebih berhati-hati terutama waktu hujan.

Elit 150S

Berbaloi ke Tak?

Sekarang ni ramai cakap pasal jenama tiru sana sini, tapi realitinya pengguna sekarang lebih tengok value. Elit 150S bagi apa yang kebanyakan rider perlukan dengan harga yang berpatutan.

Dengan harga sekitar RM7,877, memang susah nak lawan dari segi value, especially untuk skuter 150cc dengan features macam ni.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, Modenas Elit 150S bukan skuter untuk laju atau bergaya semata-mata. Ia lebih kepada praktikal, jimat dan mudah digunakan. Untuk kegunaan harian, memang sangat sesuai. Senang ride, tak banyak kerenah dan jimat minyak.

Kalau anda cari skuter yang simple, reliable dan sesuai dengan keadaan jalan di Malaysia, Elit 150S memang patut masuk dalam shortlist.

@imotorbike.my

Modenas Elit 150S imotorbike modenas

♬ original sound – iMotorbike MY – iMotorbike MY

Related Items2026baruberitaimotorbikemalaysiamodenasskuterUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
April 14, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitaimotorbikemalaysiamodenasskuterUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

ARRC 2026 Sepang: Kasma Daniel Raih Kemenangan Race 2
Aveta VS115 Generasi Ketiga Dilancarkan Di Malaysia