• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Cub Prix 2026: Azroy Hakeem Raih Kemenangan di Perlumbaan Pembukaan

Cub Prix 2026: Azroy Hakeem Raih Kemenangan di Perlumbaan Pembukaan
Hazique Zairill
April 27, 2026

Pelumba Honda Castrol Power 1 Yuzy Racing menguasai perlumbaan CP150 di litar Tangkak dengan prestasi menakjubkan, meskipun dalam keadaan hujan.

Cub Prix 2026

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Perlumbaan CP150 pembukaan musim PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 di Litar Tangkak, Johor menyaksikan Azroy Hakeem Anuar menamatkan kemarau kemenangannya dengan gaya penuh yakin dalam keadaan litar basah.

Mewakili Honda Castrol Power 1 Yuzy Racing, Azroy yang bermula dari petak utama tidak menunggu lama untuk mendahului perlumbaan sebaik lampu dipadamkan, terus menguasai saingan sejak awal.

Aksi Sengit Dalam Keadaan Litar Basah

Rakan sepasukan, Ahmad Darwisy Ahmad Sahir pada awalnya berada di kedudukan kedua sebelum dipintas oleh Md Haziq Md Fairues dari pasukan Idemitsu Honda Yam Racing yang mencatat masa terpantas 47.271 saat pada pusingan kedua.

Kasma Daniel Kasmayudin dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor turut menunjukkan peningkatan prestasi, menambah tekanan kepada kelompok hadapan dengan catatan masa terpantas 46.574 saat pada pusingan keempat.

Namun, Darwisy kembali bangkit pada pusingan berikutnya untuk merebut semula kedudukan podium, menjadikan perebutan tiga teratas semakin sengit.

Cub Prix 2026

Azroy Kekal Tenang, Kuasai Perlumbaan

Memasuki pertengahan perlumbaan, Azroy kekal tenang di hadapan walaupun Haziq mula merapatkan jurang. Kedua-dua pelumba berjaya meninggalkan kumpulan belakang hampir satu saat, mencipta saingan dua penjuru untuk kemenangan.

Hujan yang kembali turun pada pusingan kesembilan menambah cabaran, namun Azroy terus konsisten dengan catatan masa terpantas 45.862 saat, sekaligus memperkukuh kedudukannya.

Pada pusingan ke-11, Kasma berjaya memintas Haziq untuk naik ke tempat kedua dan cuba mengejar Azroy, namun jurang lebih dua saat yang dibina sukar dirapatkan.

Kemenangan Bermakna Buat Azroy

Azroy akhirnya melintasi garisan penamat dengan masa 11 minit 47.751 saat, meraih kemenangan pertama musim ini. Kasma menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Haziq mempertahankan tempat ketiga daripada cabaran lewat Md Irfan Haykhal Amidi.

“Saya sangat gembira. Bila hujan turun sebelum perlumbaan, saya dah bersedia dengan apa saja kemungkinan. Bila trek mula kering, keyakinan datang, tapi hujan kembali di penghujung perlumbaan buat saya perlu kekal tenang. Kemenangan ini sangat bermakna selepas beberapa musim yang sukar,” kata Azroy.

Cub Prix 2026

Keputusan Top 5 CP150

  1. Azroy Hakeem Anuar (Honda Castrol Power 1 Yuzy Racing) – 11’47.751s
  2. Kasma Daniel Kasmayudin (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) – 11’50.718s
  3. Md Haziq Md Fairues (Idemitsu Honda Yam Racing) – 11’53.396s
  4. Md Irfan Haykhal Amidi (Tab Sports SCK Honda Racing) – 11’53.689s
  5. Md Afizi Supaat (Voge Racing Team) – 11’58.012s

Kemenangan ini bukan sahaja menamatkan penantian panjang Azroy, malah memberi petanda kebangkitan semula pasukan Honda Castrol Power 1 Yuzy Racing dalam saingan musim 2026.

Related Items2026Azroy HakeembaruberitaHondaHonda Castrol Power 1 Yuzy RacingJohormalaysiaTangkakUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
April 27, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026Azroy HakeembaruberitaHondaHonda Castrol Power 1 Yuzy RacingJohormalaysiaTangkakUtamayamaha

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Kenapa Orang Penang Kena Naik Motor? Ini Kelebihan Naik Dua Roda
Cub Prix 2026: Idlan Haqimi Raih Kemenangan Sulung CP125