• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Pilihan 6 Motor 250cc Sesuai untuk Perempuan di Malaysia

Pilihan 6 Motor 250cc Sesuai untuk Perempuan di Malaysia
Amzar Hazeeq
March 9, 2026

Cari motor 250cc yang sesuai untuk perempuan? Inilah dia 6 pilihan terbaik yang terdapat di iMotorbike!

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Semakin ramai penunggang wanita di Malaysia memilih untuk menggunakan motosikal berkapasiti 250cc. Kuasanya cukup untuk perjalanan jauh, tetapi masih mudah dikawal dan selesa digunakan setiap hari. Motor 250cc juga sesuai untuk mereka yang mahu naik taraf daripada motosikal kecil tanpa terasa terlalu berat atau menakutkan. Di bawah ini, kami senaraikan 6 motor 250cc yang sesuai untuk perempuan, lengkap dengan kuasa, berat, dan ketinggian tempat duduk supaya anda tahu mana satu paling sesuai untuk gaya tunggangan anda.

Motor 250CC untuk perempuan

1. Yamaha MT-25 – Gaya Naked yang Ringan dan Mudah Dikawal

Yamaha MT-25 ialah pilihan popular dalam kategori 250cc. Ia menggunakan enjin 249cc dua silinder DOHC dengan 35.5 hp dan 23.6 Nm tork. Walaupun nampak garang, motor ini sebenarnya ringan dan seimbang membuatkan motosikal ini agak senang untuk dikendalikan. Beratnya hanya 169 kg, manakala ketinggian tempat duduk hanya 780 mm, menjadikannya mudah untuk kaki menjejak tanah. Posisi tunggangan tegak memudahkan kawalan, terutamanya untuk penunggang wanita yang baru beralih ke motor besar. Selain itu, reka bentuknya yang moden dan bergaya sesuai untuk mereka yang mahukan motor 250cc yang sporty tetapi mesra pengguna.

Motor 250CC untuk perempuan

2. Kawasaki Z250 – Ringan, Stabil dan Bergaya

Kawasaki Z250 dikenali sebagai motor yang mudah dikendalikan. Ia menggunakan enjin 248cc dua silinder yang menghasilkan 32 hp dan 21 Nm tork. Berat keseluruhan 164 kg, dengan ketinggian tempat duduk 785 mm, membuatkan motosikal ini sesuai untuk penunggang wanita dengan pelbagai saiz badan. Rangka tubularnya kukuh tetapi ringan, memberikan kestabilan yang tinggi semasa membelok atau berhenti. Tempat duduknya yang rendah juga memberikan keyakinan kepada penunggang yang bertubuh kecil. Dengan gaya “streetfighter” yang sporty, Kawasaki Z250 sesuai untuk wanita yang mahukan kuasa tanpa perlu untk korbankan keselesaan.

Motor 250CC untuk perempuan

3. Honda CBR250RR – Sportbike Kompak dan Berkuasa

Honda CBR250RR merupakan sportbike 250cc yang menonjol dengan reka bentuk tajam dan agresif. Motosikal ini dikuasakan enjin 249cc dua silinder DOHC yang mampu menghasilkan 38 hp dan 23.3 Nm tork. Beratnya sekitar 168 kg, manakala tinggi tempat duduk 780 mm. Walaupun motosikal ini kelihatan seperti motor perlumbaan, kawalannya lembut dan responsif. Ia dilengkapi beberapa mod tunggangan berbeza serta brek ABS, menjadikannya selamat dan mudah dikawal oleh penunggang wanita. CBR250RR sesuai untuk mereka yang mahu gabungan kuasa, gaya dan keselamatan dalam satu pakej.

Motor 250CC untuk perempuan

4. KTM 250 DUKE – Kuasa Eropah, Saiz Mesra Penunggang

KTM 250 DUKE menawarkan pengalaman tunggangan premium dengan berat badan yang seimbang. Dikuasakan enjin 248.8cc satu silinder yang menghasilkan 30 hp dan 24 Nm tork, ia cukup bertenaga untuk penggunaan harian. Beratnya 168 kg, dan tinggi tempat duduk 830 mm. Walaupun sedikit tinggi, reka bentuk kerangka yang ramping menjadikannya masih mudah dikawal oleh wanita. Motor ini ringan dan lincah, sesuai untuk mereka yang mahukan kelincahan di bandar dengan gaya Eropah yang tersendiri. Dengan reka bentuk “naked” yang menawan, KTM 250 DUKE memberikan gabungan gaya dan prestasi untuk penunggang wanita moden.

Motor 250CC untuk perempuan

5. Yamaha R25 – Sporty dan Aerodinamik

Yamaha R25 ialah versi sport kepada MT-25, tetapi dengan gaya yang lebih agresif dan aerodinamik. Motosikal ini dikuasakan enjin 249cc dua silinder menghasilkan 35.5 hp dan 23.6 Nm tork. Berat keseluruhan motosikal ini hanya 169 kg, manakala tinggi tempat duduk 780 mm. Walaupun kelihatan besar, R25 sebenarnya ringan dan mudah dikawal, terutama dengan riding position yang tidak terlalu menunduk. Sistem brek ABS juga menambah keselamatan semasa menunggang jauh. Yamaha R25 sesuai untuk wanita yang mahukan motor sport 250cc dengan gaya elegan dan kuasa yang seimbang.

Motor 250CC untuk perempuan

6. Suzuki Gixxer SF250 – Sportbike Ringan dan Bergaya

Suzuki Gixxer SF250 ialah antara motor 250cc paling sesuai untuk penunggang wanita yang mahukan prestasi dan gaya di dalam satu pakej. Motosikal ini menggunakan enjin 249cc SOHC satu silinder yang menghasilkan 26.5 hp dan 22.2 Nm tork. Beratnya 161 kg, dengan tinggi tempat duduk hanya 795 mm membuatkan motor ini ringan, senang dikawal, dan tidak terlalu tinggi membuatkan ia sesuai untuk penunggang wanita dengan pelbagai tahap pengalaman. Reka bentuk fairing penuh memberikannya gaya sportbike sebenar, tetapi masih selesa untuk kegunaan harian. Selain itu, Gixxer SF250 juga dilengkapi sistem brek ABS dua saluran, menjadikannya motor 250cc yang selamat, mudah dikawal dan menarik untuk wanita moden.

Kesimpulan: Motor 250cc Terbaik untuk Wanita

Pada zaman kini motor 250cc bukan lagi hanya untuk lelaki. Dengan pilihan seperti Yamaha MT-25, Kawasaki Z250, dan Honda CBR250RR, wanita kini boleh menikmati prestasi tinggi tanpa perlu mengorbankan keselesaan. Sementara KTM 250 DUKE, Yamaha R25, dan Suzuki Gixxer SF250 pula menawarkan reka bentuk bergaya dengan kawalan yang mudah. Apa pun pilihan anda, pastikan motor yang dipilih sesuai dengan ketinggian, gaya tunggangan dan juga tahap keyakinan anda. Motor 250cc yang sesuai bukan sekadar tentang kuasa, ia tentang keselesaan, keseimbangan, dan keyakinan menunggang di atas jalan.

Related Items2026baruberitaHondamalaysiamotogpperempuansuzukiUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
March 9, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaHondamalaysiamotogpperempuansuzukiUtamayamaha

More in Berita

Top 5 Motosikal Sesuai Untuk Orang Tinggi

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Jangan Percaya Bulat-Bulat! 5 Mitos Tentang Motosikal Terpakai

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Promosi Hangat Minggu Ini: Minggu Ketiga September 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillSeptember 18, 2026
Read More

Championship on the Line as MotoMini Malaysia 2026 Hits Season Finale

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Quickshifter: Perlu Ke Untuk Kegunaan Harian?

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

iMotorbike Motor Day Sale Kembali Dengan Diskaun RM5,500

Hazique ZairillSeptember 17, 2026
Read More

ZXMoto 500RR vs Kawasaki Ninja ZX-4RR: Pendatang Baharu atau Jenama Ternama?

Amzar HazeeqSeptember 17, 2026
Read More

5 Tanda Bateri Motosikal Anda Akan Habis

Amzar HazeeqSeptember 17, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Cemerlang di GP Austria

Amzar HazeeqSeptember 17, 2026
Read More

Kawasaki Ninja H2 2027 Kembali dengan Enjin Euro 5+

Hazique ZairillSeptember 17, 2026
Read More

5 Motor Untuk Kerja Jauh di iMotorbike

Amzar HazeeqSeptember 15, 2026
Read More

4 Tanda Motor Korang Dah Sampai Masa Tukar Minyak Hitam

Hazique ZairillSeptember 15, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Top 5 Motor untuk Female Rider yang Rendah dan Pendek
    BeritaAugust 26, 2026
  • MForce Umum Penarikan Balik Keeway XDV 180 Evo
    BeritaAugust 24, 2026
  • Brixton Moucca 250, ARIIC Touch 250 Kini Rasmi di Malaysia
    BeritaAugust 24, 2026
  • Review Honda CBR250RR 2026: Sportbike 250cc Paling Bagus?
    BeritaAugust 21, 2026
  • iMotorbike Lancar Merdeka Promo dengan Diskaun Sehingga RM690
    BeritaAugust 24, 2026
  • Top 5 Motosikal Sesuai Untuk Orang Tinggi
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Jangan Percaya Bulat-Bulat! 5 Mitos Tentang Motosikal Terpakai
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Promosi Hangat Minggu Ini: Minggu Ketiga September 2026 di iMotorbike
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Championship on the Line as MotoMini Malaysia 2026 Hits Season Finale
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Quickshifter: Perlu Ke Untuk Kegunaan Harian?
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

5 Skuter Terbaik Untuk Perjalanan Balik Kampung Sempena Hari Raya
5 Kapcai Terbaik Untuk Bawa Pergi Bazaar Ramadan

iMotorbike Promotion

Express Service from RM49

Limited-time price for first-time Express Service customers:

  • Kapcai & scooter, 150cc and below First-time Express Service customers, Standard Package only Until 30 Sep 2026
Book Express Service
  • Eneos oil change + OEM oil filter included
  • Full bike inspection before you ride off

Or call us: 013-833 3259

View full terms

*Terms and conditions apply. Standard Package, 150cc and below, first-time customers only.