• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Hakim Danish Tamat GP Amerika Syarikat 2026 Di Kedudukan Ke-13.

Hakim Danish Tamat GP Amerika Syarikat 2026 Di Kedudukan Ke-13.
Amzar Hazeeq
March 31, 2026

Pelumba Malaysia tunjuk semangat juang tinggi di COTA selepas insiden kelayakan, kutip tiga mata berharga.

Hakim Danish

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, mempamerkan semangat juang luar biasa apabila berjaya bangkit dari petak terakhir untuk menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Amerika Syarikat 2026 di kedudukan ke-13.

Hakim Danish terpaksa memulakan perlumbaan dari petak ke-25 selepas terjatuh dalam sesi kelayakan, sekali gus gagal mencatat masa. Namun, situasi tersebut tidak mematahkan semangat pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets-MSi itu ketika turun beraksi di Circuit of The Americas (COTA).

Hakim Danish

Tunggangan agresif Hakim Danish ubah nasib perlumbaan

Seawal perlumbaan, pelumba kelahiran Terengganu itu terus mempamerkan aksi agresif dan konsisten apabila berjaya memperbaiki kedudukan dengan pantas. Dalam hanya tiga pusingan pertama, Hakim Danish berjaya memintas tujuh pelumba, sekali gus kembali bersaing dalam kelompok pertengahan.

Momentum tersebut diteruskan sepanjang perlumbaan walaupun berdepan cabaran besar termasuk pengurusan tayar serta tekanan fizikal susulan kemalangan pada hari sebelumnya.

Usaha kerasnya akhirnya membuahkan hasil apabila beliau menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13, sekali gus meraih tiga mata berharga di COTA. Selepas tiga pusingan musim ini, Hakim Danish kini berada di kedudukan ke-14 keseluruhan dengan kutipan 9 mata.

Hakim Danish

“Saya tak berputus asa” – Hakim Danish

Mengulas mengenai perlumbaannya, Hakim Danish mengakui hujung minggu di COTA bukan sesuatu yang mudah, namun tetap berbangga dengan kebangkitan yang ditunjukkan.

“Secara keseluruhan, perlumbaan di USGP ini memang sukar buat saya. Saya terjatuh dalam sesi kelayakan dan terpaksa bermula dari petak terakhir. Dalam perlumbaan, saya tidak berputus asa dan berjaya menamatkan saingan di tempat ke-13. Saya perlu memintas ramai pelumba, terutama dalam tiga pusingan awal.

Setiap selekoh saya perlu cari ruang untuk memintas. Alhamdulillah, saya berjaya lakukan satu demi satu. Cuma saya sedikit bergelut dengan tayar kompaun lembut di litar yang panjang dan teknikal ini. Saya juga hampir terjatuh dalam lima pusingan terakhir, tetapi berjaya kawal jentera dengan baik.

Banyak yang saya belajar minggu ini dan saya akan gunakan pengalaman ini untuk jadi lebih baik, terutama dalam sesi kelayakan menjelang perlumbaan seterusnya di Jerez.”

Hakim Danish

Cabaran penting dalam proses pembelajaran

Sementara itu, Zulfahmi Khairuddin, Pengurus Pasukan SIC Racing Team turut mengakui bahawa COTA merupakan antara litar paling mencabar, khususnya buat pelumba muda seperti Hakim Danish.

“USGP sememangnya litar yang sangat teknikal dan sukar, terutama untuk pelumba rookie. Adaptasi Hakim Danish agak mengambil masa, dan kemalangan yang berlaku adalah sebahagian daripada proses pembelajaran.

Apa yang penting, kita dapat lihat kesungguhan beliau bermula dari belakang sehingga berjaya menamatkan perlumbaan di P13 dan meraih mata. Selepas sesi kelayakan, kami menetapkan sasaran yang lebih realistik iaitu berada dalam kelompok mata, dan Hakim berjaya mencapainya.

Walaupun ini bukan hujung minggu yang sempurna, ia adalah pengalaman berharga untuk membantu beliau menjadi lebih kompetitif pada masa akan datang.”

Dengan semangat juang yang ditunjukkan di COTA, Hakim Danish kini dilihat semakin matang dalam menghadapi cabaran di pentas antarabangsa, menjelang aksi seterusnya di Jerez.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai Motormalaysiamoto3sukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
March 31, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai Motormalaysiamoto3sukan motorUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Moto Morini X-Cape 700 Kini Rasmi di Malaysia, Harga Bermula RM38,888
Kenapa Naik Motor Lagi Cepat? Ini Sebab Ramai Tinggalkan Kereta