• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Top 5 Motor Artis Malaysia: Bila Selebriti & Jentera Jadi Lambang Personaliti

Top 5 Motor Artis Malaysia: Bila Selebriti & Jentera Jadi Lambang Personaliti
Hazique Zairill
February 11, 2026

Daripada X-Wedge Rover RL2000S hingga Petronas FP1 ultra rare, ini senarai artis Malaysia dengan motosikal paling menarik dan penuh gaya.

Top 5 Motor Artis Malaysia

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Dunia artis Malaysia bukan setakat pentas, kamera dan spotlight. Sebenarnya, ramai juga yang merupakan kaki motor tegar. Dari jentera superbike ultra rare sampai mesin retro penuh gaya, pilihan motor mereka memang mencerminkan personaliti masing-masing. 

Jadi, inilah dia 5 artis Malaysia yang turut berkongsi minat mendalam dalam dunia permotoran dua roda. Pilihan motosikal mereka bukan sahaja menarik perhatian peminat seni, malah turut memenangi hati penggemar motosikal.

Dato’ Awie – X-Wedge Rover RL2000S

Legenda rock negara Dato’ Awie kini rasmi melangkah ke dunia cruiser besar apabila diumumkan sebagai pemilik pertama Malaysia bagi X-Wedge Rover RL2000S, bernilai RM96,888.

Jenama X-Wedge kini dibawa masuk oleh MForce Bike Holdings dengan lima model ditawarkan, namun RL2000S memang paling garang dari segi rupa dan aura. Enjin V-twin besar, body yang agak ganas, bunyi padu memang ngam dengan imej “jiwa besi” Awie.

Walaupun Dato Awie terkenal dengan brand Harley Davidson, motorsikal yang baru ini bukan sekadar motor, inilah yang dipanggil simbol gaya hidup rockstar atas dua roda.

Alif Satar – Petronas FP1

Penyanyi, pelakon dan hos terkenal Alif Satar buat komuniti permotoran terkejut bila beliau kongsikan keadaan sebenar Petronas FP1 miliknya. Ramai ingat jentera ni cuma “motor parking”, tapi Alif buktikan sebaliknya yang motosikal ini hidup, lengkap dan road-legal, siap ada cermin sisi, lampu brek dan signal belakang.

FP1 ni bukan motor biasa. Ia antara superbike paling rare di dunia, dihasilkan dalam jumlah sangat terhad. Alif simpan bertahun-tahun sebelum tunjuk kepada umum, dan itu memang buat peminat motor respect habis. Bukan sekadar koleksi, ini memang sejarah dalam dunia dua roda.

Akim Ahmad – Triumph Bonneville 1200

Vokalis Akim & The Majistret, Akim Ahmad, pilih laluan klasik dengan Triumph Bonneville 1200. Model daripada Triumph Motorcycles ini bukan tentang laju semata-mata, tapi lebih kepada gaya, warisan dan aura retro. Garisan badan klasik, kemasan krom, dan karakter old-school memang kena dengan vibe seni Akim. Ini jenis motor yang orang pandang lama kat kedai kopi, bukan sekadar atas jalan. 

Top 5 Motor Artis Malaysia

Jihan Miskin – Harley-Davidson

Pelakon lasak Jihan Miskin memang dikenali sebagai rider sejati. Pilihan beliau? Sebuah Harley-Davidson. Jihan pernah menunggang hingga ke laluan mencabar seperti Himalaya. Ride Thailand? Itu dah kira biasa bagi dia. 

Dia bukan sekadar bergambar dengan motor, dia betul-betul ride jarak jauh. Malah, Jihan juga terlibat dalam penentuan Malaysia Bike of The Year bersama Bikes Republic. Memang jiwa biker betul.

Top 5 Motor Artis Malaysia

Amy Search – Vespa 946 Emporio Armani

Rockstar ikonik Amy Search pula pilih laluan classy dengan Vespa 946 Emporio Armani Edition. Ini bukan skuter biasa, ini model edisi khas yang gabungkan dunia fesyen dan jentera. Unit terhad, harga premium, dan hanya sejumlah kecil dibawa masuk ke Malaysia.

Amy memang dikenali dengan hobi koleksi basikal dan Vespa, malah garajnya dihias penuh gaya. Sama macam dirinya sendiri, klasik, rare, dan ada kelas tersendiri.

Motor Bukan Hobi, Tapi Identiti

Daripada cruiser besar, superbike rare, jentera retro klasik, touring hardcore sampai skuter mewah, pilihan motor artis-artis ini jelas menunjukkan motosikal adalah sebahagian daripada identiti mereka. Kalau korang boleh pilih satu, motor artis mana paling ngam dengan jiwa korang?

@imotorbike.my

Top 5 Motor Artis Malaysia imotorbike malaysia riders bikers celebrity

♬ original sound – imotorbike.my – imotorbike.my

Related Items2026Artisbaruberitaharley davidsonHondamalaysiaPetronas FP-1SelebrititriumphUtamavespaX-Wedgeyamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
February 11, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026Artisbaruberitaharley davidsonHondamalaysiaPetronas FP-1SelebrititriumphUtamavespaX-Wedgeyamaha

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

JDT Racing Team Sah Ganding Hafizh Syahrin & Andi Gilang Untuk ARRC 2026
Bagaimana Pasukan MotoGP Memilih Tayar Perlumbaan