• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Kenapa Insurans Komprehensif Berbaloi Untuk Motor Baru & Motor Mahal

Kenapa Insurans Komprehensif Berbaloi Untuk Motor Baru & Motor Mahal
Amzar Hazeeq
December 4, 2025

Kalau dah beli motor baru atau model premium, jangan sayang nak ambil insurans komprehensif, memang jauh lebih berbaloi dari apa yang ramai sangka.

Kenapa Insurans Komprehensif Berbaloi Untuk Motor Baru

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Memiliki motor baru atau motor mahal memang satu kepuasan. Lagi-lagi kalau anda beli model premium, superbike, scooter high-end atau motor yang harga ribu-ribu. Tapi bila tiba masa untuk pilih insurans, ramai masih teragak-agak nak ambil insurans komprehensif atau “first party” sebab fikir harga dia lebih tinggi. Hakikatnya, untuk motor baru dan motor mahal, insurans komprehensif adalah pilihan paling selamat dan paling jimat dalam jangka masa panjang.

Perlindungan Menyeluruh Yang First Party Tawarkan

Insurans komprehensif memberi perlindungan terus kepada motosikal anda. Jika berlaku kemalangan, kerosakan, atau kehilangan, semuanya boleh diberi pampasan bergantung pada polisi. Berbeza dengan insurans “third party” yang hanya cover kerosakan orang lain, insurans komprehensif melindungi wang anda sendiri. Untuk motor baru atau mahal, kos repair memang boleh “makan dalam”. Jadi bila ada perlindungan menyeluruh, beban kewangan tu jadi jauh lebih ringan.

Harga Repair Untuk Motor Baru Memang Tinggi

Motor modern lebih banyak guna teknologi baru, komponen elektronik, aksesori mahal, dan panel body yang lebih susah ditukar. Itu sebabnya kos baik pulih untuk motor baru biasanya tinggi. Kalau hanya guna insurans “third party”, anda perlu tanggung semua kerosakan motor sendiri. Tapi dengan insurans komprehensif, kos repair ini boleh ditampung, jadi tak perlu keluarkan duit poket yang banyak.

Kenapa Insurans Komprehensif Berbaloi Untuk Motor Baru

Risiko Kecurian Lebih Tinggi Untuk Motor Popular & Mahal

Motor baru dan motor mahal sentiasa jadi target utama pencuri, dari motor kapcai baru sampai superbike besar. Bila menggunakan insurans komprehensif, anda mendapat perlindungan jika motor hilang atau dicuri. Tanpa perlindungan ni, kerugian boleh mencecah ribuan ringgit. Insurans komprehensif memberi ketenangan sebab anda tahu kalau apa-apa jadi, anda tak perlu mula balik dari kosong.

Motor Baru Lebih Sensitif Pada Kerosakan

Motor baru biasanya boleh dikatakan masih segar, performance bagus, part masih fresh. Tetapi pada masa yang sama, motor baru juga lebih sensitif terhadap impact. Rosak sikit pun kadang-kadang makan kos yang tinggi. Dengan insurans komprehensif, walaupun kerosakan kecil, ia tetap boleh dituntut berdasarkan syarat polisi. Jadi anda tak perlu fikir panjang untuk repair di bengkel yang betul tanpa kompromi pada keselamatan atau kualiti.

Nilai Motor Anda Dilindungi Sepenuhnya

Motor baru dan mahal mempunyai nilai pasaran tinggi, jadi perlindungan yang anda dapat juga lebih bernilai. Pampasan insurans komprehensif biasanya lebih setimpal dengan harga motor semasa. Jadi kalau berlaku kerosakan total loss atau kecurian, jumlah yang dilindungi jauh lebih berbaloi berbanding perlindungan asas insurans “third party”.

Kesimpulan

Kalau anda membawa motor baru atau motor mahal, insurans komprehensif memang jauh lebih berbaloi daripada hanya ambil insurans “third party”. Dengan kos repair yang tinggi, risiko kecurian, dan nilai motosikal yang besar, perlindungan komprehensif bukan sekadar pilihan, tetapi satu pelaburan untuk melindungi motor anda daripada kerugian besar. Bak kata pepatah, “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.”

Related Items2025baruberitaIndustryInsurans komprehensifinsurans motorKedai Motormalaysiamotor baruUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
December 4, 2025
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2025baruberitaIndustryInsurans komprehensifinsurans motorKedai Motormalaysiamotor baruUtama

More in Berita

Empat Pelumba Malaysia Sertai FIM MotoMini World Final 2026 di Valencia

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

Kenapa Motor Ada ABS dan Ada Yang Tiada?

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

ZXMOTO 820RR vs Triumph Street Triple 798: Perang Tiga Silinder

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

Cara Kenal Pasti Motor Banjir Sebelum Anda Membeli

Amzar HazeeqNovember 19, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Momentum Positif di GP Portugal Moto3

Amzar HazeeqNovember 19, 2026
Read More

VOGE SR450X Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM29,888

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

Kenapa Brake Motor Rasa Bergegar? Ini Punca dan Cara Mengatasinya

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

5 Pilihan Skuter Harian Paling Berbaloi di Pasaran Malaysia

Hazique ZairillNovember 18, 2026
Read More

ZXMOTO 820RR Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia Dari RM39,888

Amzar HazeeqNovember 17, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Kempen Baharu, Tawar Diskaun Khas untuk KTM Duke

Hazique ZairillNovember 16, 2026
Read More

Thanat Laoongplio Juara MSBK600 2026 di Sepang

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More

Boleh Ke Beli Motor Terpakai Dengan Mileage Rendah?

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?
    BeritaOctober 23, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000
    BeritaOctober 26, 2026
  • Empat Pelumba Malaysia Sertai FIM MotoMini World Final 2026 di Valencia
    BeritaNovember 20, 2026
  • Kenapa Motor Ada ABS dan Ada Yang Tiada?
    BeritaNovember 20, 2026
  • ZXMOTO 820RR vs Triumph Street Triple 798: Perang Tiga Silinder
    BeritaNovember 20, 2026
  • Cara Kenal Pasti Motor Banjir Sebelum Anda Membeli
    BeritaNovember 19, 2026
  • Hakim Danish Sasar Momentum Positif di GP Portugal Moto3
    BeritaNovember 19, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

PDRM: Motor Yang Dah Modify Untuk Redah Banjir Boleh Kena Sita
Harga Insurans Motosikal: Panduan Lengkap Untuk Pemilik Motor