• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

6 Superbike 1000cc Murah yang Masih Berbaloi Dimiliki di Malaysia

6 Superbike 1000cc Murah yang Masih Berbaloi Dimiliki di Malaysia
Amzar Hazeeq
November 4, 2025

Temui 6 superbike 1000cc murah yang masih berkuasa tinggi dan berbaloi dimiliki di Malaysia.

Superbike 1000cc Murah

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Memiliki superbike 1000cc adalah impian ramai peminat motosikal berkuasa tinggi. Namun, tak semua orang sanggup nak berbelanja besar untuk motor baharu yang boleh mencecah harga lebih RM120,000. Kabar baiknya, pasaran motosikal terpakai kini menawarkan pelbagai pilihan superbike 1000cc murah yang masih berprestasi tinggi, selamat, dan bergaya.
Artikel ini menyenaraikan 6 superbike 1000cc terbaik yang kini boleh didapati pada harga berpatutan di pasaran Malaysia, lengkap dengan anggaran harga dan tahun model yang paling berbaloi.

Superbike 1000cc Murah

1. Suzuki GSX-R1000 (2013)

Suzuki GSX-R1000 tahun 2013 ialah antara model paling berbaloi dalam segmen superbike 1000cc. Ia dikuasakan oleh enjin 999.8cc inline-four yang menghasilkan sekitar 182hp dan 116Nm tork, cukup untuk memberikan kuasa pecutan yang lancar serta responsif. Reka bentuknya mungkin klasik berbanding versi baharu, tetapi kelebihannya terletak pada ketahanan mekanikal dan kos penyelenggaraan yang rendah.

Model 2013 juga sudah dilengkapi sistem brek Brembo dan suspensi Showa Big Piston Fork, menjadikannya sesuai untuk ride harian mahupun hujung minggu di litar. Di pasaran terpakai Malaysia, harga Suzuki GSX-R1000 2013 kini berada sekitar RM41,000 hingga RM55,000, menjadikannya antara superbike 1000cc paling mampu milik tanpa mengorbankan prestasi atau gaya.

Superbike 1000cc Murah

2. Kawasaki Ninja ZX-10R (2010–2014)

Jika anda mahukan superbike yang membawa DNA perlumbaan, Kawasaki ZX-10R ialah antara pilihan terbaik. Model tahun 2010 hingga 2014 menggunakan enjin 998cc dengan kuasa sekitar 203hp, menjadikannya antara jentera paling agresif dalam kelasnya.

Walaupun sedikit berusia, ZX-10R kekal popular kerana harganya yang kini berada sekitar RM33,000 hingga RM55,000 di pasaran terpakai bergantung kepada condiiton motor. Ia turut dilengkapi dengan traction control, quickshifter, dan riding modes yang masih relevan dengan teknologi moden. Untuk penunggang yang suka gaya agresif dengan prestasi ala litar, model ini menawarkan nilai yang sukar ditandingi.

Superbike 1000cc Murah

3. Yamaha YZF-R1 (2009–2012)

Yamaha YZF-R1 keluaran tahun 2009 hingga 2012 merupakan antara model paling ikonik dalam dunia superbike. Ia adalah generasi pertama yang menggunakan Crossplane Crankshaft, teknologi yang diambil terus daripada jentera MotoGP. Sistem ini menjadikan tork lebih linear dan bunyi enjinnya lebih garang serta unik. Enjin 998cc R1 mampu menghasilkan sekitar 182hp dan 115Nm tork, memberikan prestasi yang mengagumkan untuk ride harian atau di litar.

Model ini juga terkenal dengan kestabilannya ketika mengambil selekoh serta posisi tunggangan yang sporty tetapi masih selesa. Di pasaran terpakai Malaysia, R1 tahun 2009 hingga 2012 kini boleh didapati pada harga sekitar RM43,000 hingga RM55,000 bergantung kepada condition motor. Ia kekal sebagai pilihan ideal bagi rider yang mahu menikmati pengalaman superbike sebenar tanpa mengeluarkan kos yang terlalu tinggi.

Superbike 1000cc Murah

4. Honda CBR1000RR (2010–2013)

Honda CBR1000RR terkenal dengan reputasinya sebagai superbike paling “user-friendly” dalam kelas 1000cc. Model tahun 2010 hingga 2013 menggunakan enjin 999cc dengan 189hp dan kawalan tork 112nm yang halus, menjadikannya mudah dikawal walaupun untuk rider yang mempunyai sedikit pengalaman.

Dari segi ergonomik, CBR1000RR menawarkan riding position yang lebih selesa berbanding pesaingnya. Dengan harga sekitar RM40,000 hingga RM57,000, ia masih kekal antara superbike Jepun paling seimbang dari segi prestasi, kebolehgunaan, dan kos penjagaan.

Superbike 1000cc Murah

5. BMW S 1000 RR (2010–2013)

BMW S 1000 RR memecah tradisi Eropah apabila dilancarkan, dengan reka bentuk asimetri dan teknologi penuh elektronik. Motosikal ini menggunakan enjin 999cc inline-four yang menghasilkan 197hp dan 112nm tork, dilengkapi dengan Dynamic Traction Control, quickshifter, serta sistem ABS canggih. Ia menawarkan rasa premium, kestabilan tinggi di selekoh, dan prestasi luar biasa.

Model tahun 2010 hingga 2013 kini boleh didapati pada harga sekitar RM45,000 hingga RM55,000, menjadikannya antara superbike Jerman paling mampu milik di pasaran terpakai. Jika anda mahukan superbike berprestij tanpa mengeluarkan enam angka, S 1000 RR generasi awal adalah pilihan terbaik.

Superbike 1000cc Murah

6. Aprilia RSV4 1000R (2010–2014)

Aprilia RSV4 1000R merupakan pilihan yang lebih eksklusif, datang dengan enjin V4 999cc yang menghasilkan sekitar 180hp 115nm tork. Model tahun 2010 hingga 2014 kini boleh ditemui sekitar RM39,000 hingga RM45,000, menjadikannya alternatif menarik kepada superbike Jepun.

Ia menawarkan rasa tunggangan yang lebih halus dan suara enjin yang unik. Walaupun kos penyelenggaraan mungkin sedikit tinggi, RSV4 memberikan pengalaman menunggang yang “race-bred” dengan kestabilan luar biasa dan teknologi elektronik yang masih relevan hingga kini.

Kesimpulan

Tidak semua superbike 1000cc perlu mahal. Dengan bajet sekitar RM35,000 hingga RM57,000, anda sudah boleh memiliki jentera berkuasa tinggi yang masih bergaya dan berprestasi. Sama ada anda memilih Suzuki, Kawasaki, Yamaha, Honda, BMW, atau Aprilia, setiap model ini menawarkan kelebihan tersendiri untuk memenuhi citarasa dan bajet anda. Pastikan anda menyemak kondisi motosikal, servis rekod, dan dokumen lengkap sebelum membuat pembelian agar pengalaman menunggang lebih selamat dan berbaloi.

Related Items2025apriliabaruberitaBMWHondakawasakimalaysiasuperbike murahsuzukiUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
November 4, 2025
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2025apriliabaruberitaBMWHondakawasakimalaysiasuperbike murahsuzukiUtamayamaha

More in Berita

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika

Amzar HazeeqOctober 8, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[JOHOR] SYM Husky 150 Review: Gaya Adventure Dengan Keselesaan Harian

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

[JOHOR] Yamaha YZF-R15 Review: Sportbike Kecil Dengan Jiwa Besar

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Hakim Danish Bangkit Raih Mata Berharga di GP Jepun

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Punca Motosikal Rosak Tengah Jalan: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 5, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • Honda E-Clutch Diperluas kepada Honda NX500, CB750 dan Transalp di Malaysia
    BeritaSeptember 11, 2026
  • 4 Tanda Motor Korang Dah Sampai Masa Tukar Minyak Hitam
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 5 Motor Untuk Kerja Jauh di iMotorbike
    BeritaSeptember 15, 2026
  • Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden
    BeritaOctober 9, 2026
  • Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu
    BeritaOctober 9, 2026
  • Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia
    BeritaOctober 9, 2026
  • Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika
    BeritaOctober 8, 2026
  • [PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 
    BeritaOctober 7, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

5 Motor BMW Terbaik yang Terdapat di iMotorbike
5.5 Juta Saman JPJ Belum Dibayar, Pemandu Diingat Lunaskan Sebelum Akhir Tahun – Loke