• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

5 Motor Kawasaki Terbaik yang Terdapat di iMotorbike

5 Motor Kawasaki Terbaik yang Terdapat di iMotorbike
Amzar Hazeeq
October 28, 2025

Inilah dia 5 motor Kawasaki terbaik yang boleh dijumpai di iMotorbike.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Kawasaki merupakan antara jenama motosikal Jepun yang sinonim dengan prestasi tinggi dan reka bentuk agresif. Dikenali dengan siri “Ninja” yang berkuasa serta model “Z” yang penuh gaya, Kawasaki telah lama menjadi pilihan utama bagi penunggang yang mahukan pengalaman tunggangan mendebarkan. Tidak lupa juga design Sugomi yang telah menjadi simbol dan lambang kebanggaan jenama itu.

Di iMotorbike, anda boleh menemui pelbagai model Kawasaki yang terkenal dengan kualiti dan prestasi luar biasa. Jom tengok lima motor Kawasaki terbaik yang menonjol daripada segi kuasa, teknologi dan reka bentuk, sesuai untuk pelbagai jenis rider.

Motor Kawasaki Terbaik di iMotorbike

1. Kawasaki Ninja 250 – Sportbike 250cc yang Lincah dan Bergaya

Kawasaki Ninja 250 generasi 2022 hadir dengan reka bentuk yang diinspirasikan daripada model supersport Ninja ZX-6R. Motor ini dikuasakan oleh enjin dua silinder liquid cooled berkapasiti 249cc yang mampu menghasilkan 39 hp pada 12,500 rpm dan tork 23.5 Nm. Kuasa ini cukup mengagumkan untuk sebuah motor dalam kelas 250cc, menjadikannya antara sportbike paling bertenaga dalam segmennya.

Dari segi reka bentuk, Ninja 250 tampil aerodinamik dengan fairing tajam dan lampu LED penuh. Suspensi depan teleskopik dan disk brake depan belakang memberikan pengendalian stabil serta kawalan yang mantap. Kedudukan tunggangan separa menunduk turut memberikan keseimbangan antara keselesaan dan prestasi. Motosikal ini sesuai untuk rider baharu yang mahu melangkah ke dunia sportbike sebenar tanpa perlu korbankan keselesaan harian.

Motor Kawasaki Terbaik di iMotorbike

2. 2017 Kawasaki Ninja 650 SE – Gabungan Kuasa dan Keselesaan Touring

Kawasaki Ninja 650 SE tahun 2017 merupakan motor sport-touring yang berjaya menggabungkan prestasi tinggi dengan keselesaan jarak jauh. Dikuasakan enjin dua silinder liquid cooled 649cc, motor ini menghasilkan sekitar 68 hp dan tork 65.7 Nm. Ia menggunakan kerangka ringan jenis trellis, yang membantu dalam kestabilan serta kelincahan di jalan selekoh. Ini adalah model yang lama sebelum Kawasaki release model yang terbaru bersama meter TFT LCD.

Ninja 650 SE dilengkapi dengan sistem ABS, suspensi boleh laras, dan panel meter digital moden. Reka bentuknya sporty tetapi ergonomik, membuatkan motor ini sangat sesuai untuk perjalanan jauh mahupun kegunaan bandar. Dengan posisi tunggangan yang lebih tegak berbanding sportbike lain, ia menawarkan pengalaman tunggangan selesa tanpa menjejaskan prestasi. Ia merupakan pilihan ideal untuk rider yang mahukan motor berkuasa tetapi masih praktikal digunakan setiap hari.

Motor Kawasaki Terbaik di iMotorbike

3. 2023 Kawasaki Z250 – Naked Bike dengan DNA “Supernaked”

Kawasaki Z250 2023 adalah model naked yang membawa DNA daripada siri “Z” yang terkenal. Ia menggunakan enjin 249cc dua silinder liquid cooled yang sama dengan Ninja 250, memberikan kuasa sekitar 39 hp dan tork 23.5 Nm. Prestasi ini cukup untuk memberikan pecutan pantas dan kelancaran di jalan bandar.

Reka bentuk Z250 menonjol dengan gaya “Sugomi” iaitu konsep reka bentuk khas Kawasaki yang menekankan agresif dan tenaga dinamik. Ia mempunyai tangki besar, lampu LED depan tajam dan posisi tunggangan tegak yang mampu memberi kawalan penuh. Dengan kombinasi kuasa, gaya dan keselesaan, Z250 sesuai untuk rider muda yang mahukan motor berpenampilan garang tetapi mudah dikendalikan setiap hari.

Motor Kawasaki Terbaik di iMotorbike

4. Kawasaki ER-6N – Naked Sportbike dengan Enjin 650cc Bertenaga

Kawasaki ER-6N ialah antara model naked paling popular dalam kelas pertengahan. Motosikal ini dikuasakan oleh enjin 649cc dua silinder liquid cooled yang menghasilkan kuasa sekitar 72 hp dan tork 64 Nm. Kuasanya lancar tetapi cukup kuat untuk pecutan pantas di lebuh raya mahupun jalan bandar.

Suspensi depan teleskopik dan monoshock di bahagian belakang memberikan kestabilan yang baik, manakala double disk brake depan memastikan kuasa hentian yang meyakinkan. Reka bentuk ER-6N yang ringkas tetapi maskulin menjadikannya menarik di mata ramai. Posisi tunggangannya juga ergonomik, sesuai untuk tunggangan jarak jauh atau harian. Ia merupakan pilihan seimbang antara prestasi, keselesaan, dan gaya urban moden.

Motor Kawasaki Terbaik di iMotorbike

5. Kawasaki Vulcan S – Cruiser Moden yang Selesa dan Bergaya

Bagi mereka yang gemarkan gaya santai dan elegan, Kawasaki Vulcan S ialah cruiser yang ideal. Ia menggunakan enjin 649cc DOHC dua silinder liquid cooled, sama seperti pada Ninja 650, tetapi ditala semula untuk memberikan tork lebih rendah. Kuasa sekitar 61 hp dan tork 63 Nm memberikan prestasi yang cukup kuat untuk perjalanan jauh.

Vulcan S terkenal dengan sistem “Ergo-Fit” iaitu sistem yang membolehkan penunggang melaras kedudukan tempat duduk, hendal dan pedal kaki mengikut keselesaan individu. Reka bentuknya moden dengan garisan lembut dan tangki ramping, sesuai untuk mereka yang mahu motor cruiser dengan gaya kontemporari. Suspensi lembut dan kedudukan tempat duduk rendah menjadikan tunggangan sangat selesa, terutama ketika perjalanan panjang.

Kesimpulan

Kawasaki terus menonjol dalam dunia motosikal dengan gabungan kuasa, gaya dan teknologi terkini. Sama ada anda mencari sportbike seperti Ninja 250, naked seperti Z250 dan ER-6N, atau cruiser santai seperti Vulcan S, setiap model Kawasaki menawarkan keunikan tersendiri.

Kesemua model ini ready stock di iMotorbike, platform jual beli motosikal yang dipercayai di Malaysia. Jadi, jika anda sedang mencari motor Kawasaki terbaik, inilah masa untuk miliki jentera idaman yang sesuai dengan gaya dan keperluan tunggangan anda. Kalau anda nak beli motor-motor di atas, beli motor model lain, jual, atau trade in motor anda, datanglah ke cawangan iMotorbike berdekatan anda.

Related Items2025baruberitakawasakimalaysiamotor terbaikUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
October 28, 2025
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2025baruberitakawasakimalaysiamotor terbaikUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

5 Motor Yamaha Terbaik yang Terdapat di iMotorbike
6 Tayar Motor Touring Terbaik Untuk Perjalanan Jauh Yang Selesa dan Selamat