• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Anak Muda Malaysia Cemerlang di Pentas Dunia: Hakim Danish & Qabil Irfan Cipta Sejarah

Anak Muda Malaysia Cemerlang di Pentas Dunia: Hakim Danish & Qabil Irfan Cipta Sejarah
Hazique Zairill
September 17, 2025

Dari konsistensi podium dalam Red Bull MotoGP Rookies Cup hingga gelaran juara ESBK Talent Championship, dua pelumba muda Malaysia kini mengangkat nama negara di persada antarabangsa.

Hakim Danish & Qabil Irfan

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Musim perlumbaan 2025 menjadi tahun yang cukup bermakna buat arena sukan permotoran Malaysia apabila Hakim Danish dan Qabil Irfan mencipta sejarah baharu dengan pencapaian luar biasa di peringkat global.

Hakim Danish: Pencapaian Tertinggi Malaysia Dalam RBRC

Hakim Danish menamatkan musim dengan kedudukan ke-3 keseluruhan dalam Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBRC) – keputusan terbaiknya setakat ini. Ia sekaligus mengatasi pencapaiannya sebelum ini (12 pada 2023 dan 6 pada 2024), sekali gus melakar rekod tertinggi Malaysia dalam sejarah RBRC.

Lebih manis, Danish sempat mendahului kejuaraan selama lima pusingan sebelum insiden jatuh di Misano menutup peluang untuk merebut gelaran. Namun prestasi keseluruhan membuktikan kematangannya semakin menyerlah di pentas antarabangsa.

Hakim Danish & Qabil Irfan

“Secara keseluruhan, ia memang hujung minggu yang mencabar. Saya tetap berusaha dan berjaya menunjukkan peningkatan pada setiap sesi,” kata Danish. “Terima kasih kepada semua penaja, keluarga, rakan-rakan dan penyokong yang sentiasa bersama saya.”

Pengurus pasukan, Zulfahmi Khairuddin menambah: “Ini bukan sahaja pencapaian terbaik Danish, malah sejarah baharu buat Malaysia dalam kejuaraan ini. Walaupun peluang kejuaraan tidak menyebelahi kami, saya sangat bangga dengan prestasi Danish. RBRC adalah platform terbaik sebelum melangkah ke MotoGP.”

Selepas ini, Danish akan meneruskan cabaran dalam FIM JuniorGP, manakala perancangan untuk 2026 masih dibincangkan bersama SIC dan ZK Racing.

Hakim Danish & Qabil Irfan

Qabil Irfan: Juara ESBK Talent Dengan Baki Satu Pusingan

Di Sepanyol, Qabil Irfan mengejutkan ramai apabila berjaya menamatkan musim sebagai Juara ESBK Talent Championship 2025 walaupun masih berbaki satu pusingan.

Pelumba berusia 15 tahun itu mengekalkan rentak konsisten sepanjang musim, mengatasi pesaing utama termasuk pelumba Switzerland, Alessio Arnold. Latihan intensif serta pembangunan jentera bersama ZK Racing dan VHC Racing nyata membuahkan hasil, khususnya di Estoril apabila Qabil mendominasi Perlumbaan 1 untuk mengesahkan gelaran.

“Sejujurnya, minggu ini sangat meletihkan kerana saya tahu betapa pentingnya Pusingan 6,” kata Qabil. “Perlumbaan 1 di Estoril adalah hari yang saya takkan lupa. Keyakinan pada motosikal memberi saya kekuatan untuk menolak lebih jauh. Pada Perlumbaan 2, saya pilih untuk tidak ambil risiko besar kerana kedudukan mata sudah selesa.”

Zulfahmi turut melahirkan rasa bangga: “Pada awalnya kami tidak jangka Qabil mampu meraih gelaran tahun ini. Namun selepas dia menang dua perlumbaan di Pusingan 1, harapan itu mula berubah. Kini Qabil secara rasmi dinobatkan Juara Keseluruhan ESBK Talent 2025 – satu pencapaian yang membanggakan Malaysia.”

Tahun hadapan, Qabil dijangka menyertai European Talent Cup serta Asia Talent Cup untuk mengembangkan lagi bakatnya.

Hakim Danish & Qabil Irfan

Harapan Baharu Sukan Permotoran Malaysia

Kejayaan berganda Hakim Danish dan Qabil Irfan jelas membuktikan bahawa Malaysia semakin mendapat tempat di arena perlumbaan dunia. Ia bukan sahaja hasil bakat dan kerja keras, tetapi juga sokongan berterusan terhadap pembangunan pelumba muda.

Dengan seorang pelumba mencatat rekod terbaik Malaysia dalam RBRC dan seorang lagi sudah bergelar juara ESBK Talent, masa depan sukan permotoran negara tampak lebih cerah berbanding sebelumnya.

Related Items2025baruberitahakim danishmalaysiamotogpRed Bull Rookies CupUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 17, 2025
Hazique Zairill

Related Items2025baruberitahakim danishmalaysiamotogpRed Bull Rookies CupUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Suzuki Hentikan Produksi SV650 dan V-Strom 650 Menjelang 2026
Apakah perbezaan antara enjin 2 lejang & 4 lejang?