• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

6 Motor 150cc Terbaik di iMotorbike Shah Alam – Pilihan Bergaya & Berbaloi

6 Motor 150cc Terbaik di iMotorbike Shah Alam – Pilihan Bergaya & Berbaloi
Hazique Zairill
September 25, 2025

Dari kapcai, skuter premium hingga sportbike, inilah senarai 6 motor 150cc menarik di iMotorbike Shah Alam yang sesuai untuk kegunaan harian dan gaya hidup anda. 

6 Motor 150cc Terbaik

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Ingin mencari motor 150cc yang sesuai untuk kegunaan harian atau gaya hidup anda? Di iMotorbike Glenmarie, Shah Alam, terdapat pelbagai pilihan motosikal 150cc yang masih dalam keadaan baik dan sedia untuk dimiliki. 

Motor 150cc sangat popular di Malaysia kerana ia menjimatkan minyak, kos penyelenggaraan yang berpatutan, serta sesuai digunakan sama ada untuk perjalanan dalam bandar mahupun tunggangan santai.

Berikut adalah 6 motor 150cc menarik yang boleh anda dapatkan di iMotorbike Shah Alam:

6 Motor 150cc Terbaik di iMotorbike Shah Alam

1. Honda RSX150

Honda RSX150 ialah salah satu kapcai 150cc paling laris di Malaysia. Dengan rekaan sporty dan prestasi enjin yang bertenaga, ia sesuai untuk penunggang muda yang mahukan gaya dan kepraktisan. Enjin 150cc yang cekap memberi keseimbangan antara kuasa dan penjimatan minyak, menjadikannya pilihan ideal untuk perjalanan harian, ulang-alik ke tempat kerja ataupun buat delivery ride.

6 Motor 150cc Terbaik di iMotorbike Shah Alam

2. Vespa Sprint 150

Untuk anda yang mementingkan gaya premium dan klasik old school, Vespa Sprint 150 adalah pilihan terbaik. Skuter ini terkenal dengan reka bentuk klasik Itali yang elegan, digabungkan dengan teknologi moden. Bukan sahaja selesa untuk ditunggang, ia juga dilengkapi dengan ruang simpanan yang praktikal. Dengan 150cc, Vespa Sprint sesuai untuk penunggang bandar yang mahu tampil berbeza di jalan raya.

6 Motor 150cc Terbaik di iMotorbike Shah Alam

3. SYM Husky

SYM Husky 150 tampil dengan gaya adventure scooter moden yang semakin digemari penunggang muda. Ia membawa imej scrambler yang ringkas tetapi bergaya adventure yang mampu bawa ke offroad, sesuai untuk tunggangan kasual mahupun lasak pada hujung minggu.

Walaupun kelihatan simple, Husky tetap dilengkapi teknologi moden yang memastikan tunggangan lancar, selesa, dan sesuai digunakan di jalan bandar mahupun perjalanan jarak sederhana.

6 Motor 150cc Terbaik di iMotorbike Shah Alam

4. Honda CBR150R

Bagi pencinta motosikal sport, Honda CBR150R adalah sebuah model yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dengan DNA daripada siri CBR yang terkenal, ia menawarkan gaya agresif, aerodinamik mantap, serta prestasi enjin 150cc yang responsif.

Motor ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu merasai pengalaman menunggang motosikal sport dengan kos yang lebih mampu milik berbanding kelas 250cc atau 600cc. Nak layan corner pun tak jadi masalah.

6 Motor 150cc Terbaik di iMotorbike Shah Alam

5. GPX Legend 150

GPX Legend 150 berasal dari Thailand dan kini semakin mendapat perhatian di Malaysia. Ia membawa gaya café racer klasik dengan enjin 150cc yang ringkas tetapi mencukupi untuk kegunaan harian. Dengan harga yang lebih mesra bajet berbanding pesaingnya, GPX Legend menjadi pilihan untuk penunggang yang sukakan gaya retro cafe racer tanpa perlu mengorbankan banyak duit poket. Memang kegemaran generasi muda motosikal ni.

6 Motor 150cc Terbaik di iMotorbike Shah Alam

6. Yamaha FZ150i

Yamaha FZ150i dikenali sebagai salah satu model street bike 150cc paling popular di Malaysia pada masa dahulu. Ia menawarkan prestasi enjin yang mantap, rekaan sporty, serta posisi tunggangan yang selesa untuk perjalanan jauh.

Dengan reputasi Yamaha yang terkenal dengan ketahanan enjin dan cahsis delta box, FZ150i merupakan pilihan yang selamat untuk anda yang mahu motor tahan lasak serta berbaloi untuk jangka masa panjang. Masih relevan dah sparepart pun senang cari lagi.

Kesimpulan

Daripada motor kapcai seperti Honda RSX150, skuter premium Vespa Sprint 150, hinggalah street bike sporty Yamaha FZ150i, pilihan motor 150cc di iMotorbike Shah Alam memang pelbagai. Sama ada anda mencari motor untuk ulang-alik ke kerja, gaya retro kasual, atau motosikal sport bergaya, semuanya ada di sini.

Layari iMotorbike hari ini dan pilih motor 150cc idaman anda di Shah Alam dengan mudah, cepat dan selamat!  

Related Items2025baruberitaGPXHondaHusky150imotorbikemalaysiaRSX150SEOsymUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 25, 2025
Hazique Zairill

Related Items2025baruberitaGPXHondaHusky150imotorbikemalaysiaRSX150SEOsymUtamayamaha

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Hakim Danish Sahkan Kemunculan Sulung di Moto3 GP Malaysia
Napoleon Bob 250: Bukan Sekadar Show Bike