• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Kawasaki Ninja 250 vs Yamaha YZF-R25 – Sportbike 250cc Mana Lagi Padu?

Kawasaki Ninja 250 vs Yamaha YZF-R25 – Sportbike 250cc Mana Lagi Padu?
Hazique Zairill
May 26, 2025

Dua jentera sportbike 250cc paling popular ini bersaing rapat, mana satu lebih berbaloi dari segi prestasi, gaya dan ciri-ciri teknologi?

Kawasaki Ninja 250 vs Yamaha YZF-R25

Langgan saluran Telegram kami untuk berita terkini!

Sejak pelancaran rasmi Kawasaki Ninja 250 oleh Modenas, ramai yang mula membandingkan jentera ini dengan pesaing terdekatnya dalam segmen sportbike 250cc – Yamaha YZF-R25. Dengan harga yang agak comparative untuk kedua-duanya, mana satu pilihan paling berbaloi untuk anda?

Dalam artikel ini, kami bandingkan kedua-dua model dari aspek enjin, reka bentuk dan ciri-ciri untuk bantu anda buat keputusan bijak, terutamanya jika anda sedang mempertimbangkan untuk beli motor terpakai.

Kawasaki Ninja 250 vs Yamaha YZF-R25

Enjin: Ninja Lebih Bertenaga?

Kedua-dua sportbike ini dikuasakan oleh enjin 249cc, DOHC, 8-valve, penyejukan cecair dengan konfigurasi dua silinder sejajar. Namun, ada sedikit perbezaan dari segi prestasi:

Modenas Kawasaki Ninja 250:

  • 37 HP @ 12,500 rpm
  • 23 Nm @ 10,500 rpm

Yamaha YZF-R25:

  • 36 HP @ 12,000 rpm
  • 22.6 Nm @ 10,000 rpm

Secara teknikal, Ninja 250 menawarkan sedikit lebih kuasa dan tork, menjadikannya lebih responsif dan agresif untuk penunggang yang mahukan prestasi maksimum.

Kawasaki Ninja 250 vs Yamaha YZF-R25

Reka Bentuk: Agresif vs Aerodinamik

Dari segi visual, Ninja 250 hadir dengan garis-garis tajam dan rekaan yang menarik dari depan ke belakang. Ia memberi rupa agresif yang “garang” dan berani. 

Yamaha R25 pula tampil dengan gaya lebih halus di bahagian depan dan tajam di belakang, memberi aura MotoGP yang sporty dan aerodinamik. Reka bentuk lebih ‘clean’ dan moden.

Bab reka bentuk ini memang subjektif, so ikut selera masing-masing. Kalau nak lebih “edgy”, Ninja 250 jawapannya. Kalau nak rupa sleek dan premium, R25 menawan hati.

Kawasaki Ninja 250 vs Yamaha YZF-R25

Ciri-Ciri Menarik: Teknologi & Keselesaan

Modenas Ninja 250 menawarkan:

  • Meter analog + digital
  • ABS depan & belakang
  • Assist & Slipper Clutch
  • Tangki minyak 14 liter
  • Lampu LED hadapan berkembar
  • Indikator ergonomik kedudukan tunggangan
Kawasaki Ninja 250 vs Yamaha YZF-R25

Yamaha YZF-R25 pula lengkap dengan:

  • Konsol meter digital penuh
  • ABS depan & belakang
  • Fork USD (Up Side Down)
  • Assist & Slipper Clutch
  • Lampu depan LED
  • Suis kawalan 3-dalam-1

Dari segi spesifikasi, kedua-dua model sangat kompetitif. Namun, Yamaha R25 mempunyai kelebihan dari segi suspensi depan USD dan meter digital penuh.

Kawasaki Ninja 250 vs Yamaha YZF-R25

Kesimpulan: R25 atau Ninja 250?

Kalau anda seorang yang sukakan tunggangan agresif dengan kuasa maksimum, Modenas Kawasaki Ninja 250 adalah pilihan yang ideal. Tapi kalau anda lebih fokus kepada pakej premium dan penampilan eksklusif, Yamaha YZF-R25 lebih menawan.

Akhir kata, pilihan terbaik bergantung kepada bajet, keutamaan prestasi dan gaya tunggangan anda. Jangan lupa, kedua-dua model ni juga popular dalam pasaran motor terpakai, jadi semak kondisi dengan teliti sebelum beli! Boleh layari iMotorbike.com untuk tengok pelbagai pilihan motor 250cc yang lain juga. 

Nak tengok review test ride, ujian brek dan akselerasi? Layan video kami di bawah untuk tengok aksi sebenar atas jalan!

Related Items2025baruberitakawasakimalaysiamodenasninja 250r25Utamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
May 26, 2025
Hazique Zairill

Related Items2025baruberitakawasakimalaysiamodenasninja 250r25Utamayamaha

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

6 Motor Touring Terbaik Malaysia 2025
5 Motosikal 250cc Murah di Malaysia