• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

HRC melanjut kontrak dengan juara dunia MotoGP Marc Marquez

HRC melanjut kontrak dengan juara dunia MotoGP Marc Marquez
Brendan Jeremiah
February 26, 2020

‘ANT OF CERVERA’ MARC MARQUEZ AKAN BERLUMBA UNTUK REPSOL HONDA TEAM BUAT EMPAT TAHUN LAGI.

Marc Marquez

Marc Marquez | Sumber gambar: Honda Racing Corporation

Honda Racing Corporation (HRC) telah mengumumkan bahawa mereka telah capai perjanjian dengan pelumba Sepanyol Marc Marquez untuk melanjut kontrak mereka buat empat tahun lagi mulai 2021. Pelumba Sepanyol ini sedang bersaing dalam FIM MotoGP World Championship bagi pasukan kilang HRC, Repsol Honda Team. Marc Marquez akan mula musim baru bersama adiknya Alex Marquez.

Pada 2013, Marc Marquez membuat debut dalam kelas MotoGP dengan RC213V bagi Repsol Honda Team. Pada tahun yang sama dia menjadi juara dunia MotoGP paling muda dalam sejarah. Tahun berikutnya 2014, dia memenangi sepuluh pusingan pertama dan tiga lagi kemenangan bagi musim itu. Dia sekali lagi menjadi raja MotoGP. Walaupun dia tidak dapat melalukan hat trick pada 2015, Marquez memenangi empat kejohanan berturut-turut sejak 2016. Pencapaian keseluruhan kelas premier termasuk 62 posisi permulaan (rekod MotoGP) dan 56 kemenangan (ketiga terbanyak dalam sejarah MotoGP).

MARC MARQUEZ  (REPSOL HONDA TEAM)

Sumber gambar: Honda Racing Corporation

“Saya sangat bangga mengumumkan pembaharuan saya dengan Honda Racing Corporation untuk empat tahun akan datang. Honda memberi saya peluang untuk tiba di kelas MotoGP dengan jentera kilang pada tahun 2013. Sejak tahun pertama kami telah mencapai kejayaan bersama dan saya sangat gembira untuk terus menjadi sebahagian daripada keluarga Honda. HRC memberi saya keyakinan untuk memperluaskan kerjasama ini untuk mendapatkan matlamat sama kami dan meneruskan kejayaan kami,” kata Marc seperti dipetik dari Honda Racing Corporation.

YOSHISHIGE NOMURA  – PRESIDEN HONDA RACING CORPORATION

Sumber gambar: Honda Racing Corporation

“Kami gembira untuk mengumumkan bahawa, selepas akhir musim ini, Marc akan meneruskan dengan keluarga Honda selama empat tahun lagi. Kami mula berbincang beberapa bulan yang lalu, kerana kedua-dua pihak mahu kekal bersama dan terus menang. Marc memulakan kerjayanya di kelas premium pada tahun 2013 dan dengannya, kami telah memenangi enam daripada tujuh kejohanan MotoGP yang terakhir. Sebagai juara yang unik, dia layak mendapat tawaran yang unik. Saya sangat yakin dengan perkongsian ini dan saya mengucapkan semua orang terlibat kejayaan yang berterusan.”

Related Items2021beritaHondaHonda Racing CorporationHRCkontrak barumarc marquezmarquezmotogprepsol honda teamUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
February 26, 2020
Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Related Items2021beritaHondaHonda Racing CorporationHRCkontrak barumarc marquezmarquezmotogprepsol honda teamUtama

More in Berita

Empat Pelumba Malaysia Sertai FIM MotoMini World Final 2026 di Valencia

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

Kenapa Motor Ada ABS dan Ada Yang Tiada?

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

ZXMOTO 820RR vs Triumph Street Triple 798: Perang Tiga Silinder

Amzar HazeeqNovember 20, 2026
Read More

Cara Kenal Pasti Motor Banjir Sebelum Anda Membeli

Amzar HazeeqNovember 19, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Momentum Positif di GP Portugal Moto3

Amzar HazeeqNovember 19, 2026
Read More

VOGE SR450X Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM29,888

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

Kenapa Brake Motor Rasa Bergegar? Ini Punca dan Cara Mengatasinya

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

5 Pilihan Skuter Harian Paling Berbaloi di Pasaran Malaysia

Hazique ZairillNovember 18, 2026
Read More

ZXMOTO 820RR Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia Dari RM39,888

Amzar HazeeqNovember 17, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Kempen Baharu, Tawar Diskaun Khas untuk KTM Duke

Hazique ZairillNovember 16, 2026
Read More

Thanat Laoongplio Juara MSBK600 2026 di Sepang

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More

Boleh Ke Beli Motor Terpakai Dengan Mileage Rendah?

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?
    BeritaOctober 23, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000
    BeritaOctober 26, 2026
  • Empat Pelumba Malaysia Sertai FIM MotoMini World Final 2026 di Valencia
    BeritaNovember 20, 2026
  • Kenapa Motor Ada ABS dan Ada Yang Tiada?
    BeritaNovember 20, 2026
  • ZXMOTO 820RR vs Triumph Street Triple 798: Perang Tiga Silinder
    BeritaNovember 20, 2026
  • Cara Kenal Pasti Motor Banjir Sebelum Anda Membeli
    BeritaNovember 19, 2026
  • Hakim Danish Sasar Momentum Positif di GP Portugal Moto3
    BeritaNovember 19, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Quartararo terpantas pada hari kedua di Qatar
Bimota Tesi H2 2020 memasuki peringkat akhir uji prototaip