• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Misi Solo Hakim Danish Berjuang Demi Kegemilangan JuniorGP

Misi Solo Hakim Danish Berjuang Demi Kegemilangan JuniorGP
Hazique Zairill
March 25, 2025

Pelumba Negara, Hakim Danish Ramli Berangkat Awal ke Sepanyol untuk Persiapan JuniorGP dan Red Bull Rookies Cup 2025.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pelumba kebangsaan kelahiran Terengganu, Hakim Danish Ramli, telah berangkat lebih awal ke Sepanyol semalam (24 Mac) bagi mempersiapkan diri menjelang dua ujian rasmi Kejuaraan Dunia JuniorGP dan Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) 2025.

Perkembangan ini bermakna pelumba berusia 17 tahun itu sekali lagi akan menyambut Aidilfitri di perantauan di bumi Eropah.

Antara sebab pemergian awal Hakim Danish adalah untuk menjalani latihan selama seminggu di Tarragona, Sepanyol sebelum ujian rasmi bermula. Ujian JuniorGP dijadualkan berlangsung di Almeria pada 2-3 April, manakala RBMRC akan berlangsung di Aragon pada 4-5 April.

Dalam temu bual bersama ZK Racing, Hakim Danish meluahkan semangatnya walaupun terpaksa beraksi tanpa krew biasa dari Malaysia.

“Saya pernah menang di Aragon sebelum ini, jadi saya harap semuanya berjalan lancar,” kata Hakim Danish. “Musim ini, saya tidak akan ditemani mekanik atau krew ZK Racing dari Malaysia, tetapi akan dibantu oleh seorang krew baharu dari Sepanyol, Mark. Saya belum berjumpa dengannya, jadi saya berharap semuanya berjalan dengan baik.”

Tahun lalu, Hakim Danish mencipta kejutan dengan memenangi Race 2 di litar Aragon dalam saingan RBMRC. Berbeza Tahun Lalu, Kerana tahun ini tiada sokongan krew Malaysia sepanjang kempennya di Eropah tahun ini.

Pengurus SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, mengesahkan keputusan itu berikutan kekangan kewangan yang tidak dapat dielakkan.

“Untuk makluman semua, tahun ini tiada krew atau mekanik dari Malaysia yang akan mengikuti Hakim Danish di Eropah. Semua tugas akan diuruskan oleh krew pasukan kita yang sudah berada di sana,” jelas Zulfahmi. “Perancangan tahun ini berbeza atas beberapa faktor, termasuklah isu kewangan.”

Beliau menegaskan keputusan itu penting untuk memastikan program perlumbaan Hakim Danish di JuniorGP dan RBMRC dapat diteruskan. 

“Hakim Danish berangkat awal untuk persiapan, tetapi saya akan berada di Almeria dan Aragon semasa ujian rasmi nanti,” tambahnya. “Tujuan kami menghantarnya awal adalah untuk memastikan dia mendapat persiapan terbaik. Saya juga akan menyertainya ketika perlumbaan nanti.”

Kempen JuniorGP 2025 dijadual bermula di Litar Estoril, Portugal pada 4 Mei, manakala RBMRC akan memulakan saingan baharu di Litar Jerez pada 27 April.

Related Itemsbaruberitahakim danishmalaysiaRed Bull MotoGP Rookies CupUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
March 25, 2025
Hazique Zairill

Related Itemsbaruberitahakim danishmalaysiaRed Bull MotoGP Rookies CupUtama

More in Berita

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Rider Wanita
    BeritaOctober 13, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike
    BeritaNovember 6, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar
    BeritaNovember 5, 2026
  • RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia
    ARRCNovember 5, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

5 Motor Bawah 250cc Terbaik untuk Kaki Corner!
Azlan Shah Buat Kejutan, Tarik Balik Persaraan