• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Azlan Shah Buat Kejutan, Tarik Balik Persaraan

Azlan Shah Buat Kejutan, Tarik Balik Persaraan
Hazique Zairill
March 25, 2025

Tak Hanya Berlumba, Kini Juga Jadi Prinsipal Pasukan. Ikon Permotoran Azlan Shah Tetap Aktif di Arena Sukan Permotoran.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Azlan Shah Kamaruzaman, bekas pelumba negara dan penerima anugerah Malaysia Motorsports Icon, menggegarkan dunia sukan permotoran tempatan dengan membuat keputusan untuk terus aktif berlumba tahun ini, selepas mengumumkan persaraannya pada tahun lepas. 

Keputusan ini diambil selepas menerima desakan kuat daripada peminat serta individu yang tidak putus-putus menyokong karier legenda motosikal negara itu.

“Ramai yang mahu saya terus berlumba, jadi saya putuskan untuk meneruskan cabaran. Saya yakin masih mampu bersaing di peringkat tertinggi,” kata Azlan ketika dihubungi.

“Musim lalu ada isu yang mengurangkan motivasi, tapi tahun ini semangat lain. Cuma persiapan perlu lebih rapi memandangkan faktor usia.”

Beliau mengakui terdapat beberapa isu yang menjejaskan motivasinya pada musim lalu, namun situasi pada tahun ini jauh berbeza. “Cuma persiapan perlu digandakan berikutan faktor usia,” tambahnya.

Untuk musim 2024, Azlan Shah mempunyai jadual yang cukup padat dengan penyertaan dalam pelbagai kejuaraan termasuk Asia Road Racing Championship (ARRC), Endurance World Championship (EWC) khususnya acara Suzuka 8 Hours, Malaysian Superbike Championship (MSBK), Malaysian Superbike Festival (MSF), serta beberapa perlumbaan kereta.

Menariknya, Azlan Shah kekal setia dengan jenama BMW tetapi akan beraksi bersama pasukan baharu dalam kejuaraan ARRC. Sebagai pelumba berpengalaman dengan rekod cemerlang termasuk tiga kali bergelar juara Asia, penyertaannya pasti dinanti-nantikan peminat.

Selain aktif berlumba, Azlan Shah juga akan memainkan peranan sebagai Prinsipal kepada Voge AS25 Academy Racing Team yang akan bertanding dalam kejuaraan Cub Prix dan ARRC hasil kerjasama dengan pengeluar motosikal dari China.

Sebagai rekod, Azlan Shah memulakan karier dalam sukan permotoran melalui perlumbaan Cub Prix sebelum mencipta nama di peringkat antarabangsa termasuk pernah beraksi dalam kejuaraan Moto2. Pada musim lalu, beliau menamatkan saingan ARRC di tangga kelima keseluruhan bersama pasukan TKKR BMW Racing.

Keputusan Azlan Shah untuk meneruskan karier perlumbaan pastinya menggembirakan peminat sukan permotoran tempatan yang tidak sabar untuk menyaksikan aksi legenda motosikal negara ini di litar.

Related ItemsARRCbaruberitamalaysiaUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
March 25, 2025
Hazique Zairill

Related ItemsARRCbaruberitamalaysiaUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Misi Solo Hakim Danish Berjuang Demi Kegemilangan JuniorGP
Kerajaan Umum Diskaun Tol 50% Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025