• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Marshal Moto Membuat Penampilan Sulung di Malaysia

Marshal Moto Membuat Penampilan Sulung di Malaysia
Amzar Hazeeq
September 14, 2026

Marshal Moto membuat penampilan sulungnya di Malaysia dengan pengenalan 2 model gaya cruiser klasik, dengan harga bermula dari RM18,800.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Marshal Moto telah membuat penampilan sulung rasmi mereka di Malaysia dengan pengenalan 2 model gaya cruiser klasik, Marshal XS250 dan Marshal Toughman 800. 

Diedarkan secara rasmi oleh MZM Bike, motosikal cruiser ini direka bentuk untuk menggabungkan gaya tersendiri dan kualiti moden, menawarkan kejuruteraan yang dipercayai dengan teknologi moden di jalan raya.

Marshal Toughman 800

Penampilan sulung jenama ini dimualakan dengan pengenalan model yang pertama, Marshal Toughman 800, dengan harga RM38,800 , tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran. Cruiser ini didatangkan dalam 2 kemasan berbeza, Moonlit Silver dan Mystic Black. 

Kuasa didatangkan daripada enjin V-Twin 799cc, penyejukan cecair, yang menghasilkan 35 kW pada 6,500 rpm dan 61.9 Nm tork pada 5,500 rpm. Enjin ini digandingkan dengan transmisi manual 6-kelajuan dengan sistem pacuan tali sawat.

Toughman 800 menggunakan penyerap hentak spring teleskopik di hadapan dan penyerap hentak spring berkembar di belakang, manakala brek dikendalikan oleh caliper 4-piston untuk kedua-dua bahagian hadapan dan belakang, dan disokong oleh ABS dwi-saluran. Ia juga menggunakan roda 19 inci yang dibaluti tayar 130/70 di hadapan dan tayar 17 inci yang dibaluti tayar 240/45 di belakang.

Ketinggian tempat duduk adalah sekitar 695 mm dengan berat sekitar 256 kg dan kapasiti tangki minyak sekitar 13 Liter. Toughman 800 dilengkapi dengan lampu LED penuh pada keseluruhan motosikal dengan DRL hadapan, tempat duduk belakang yang boleh ditanggalkan, port pengecas USB Type-A dan paparan digital LCD berwarna penuh berbentuk bulat.

Marshal XS250

Model kedua yang diperkenalkan ialah Marshal XS250, dengan harga RM18,800 , tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran. Model ini tersedia dalam warna Cobalt Blue dan Pearl Black.

Kuasa didatangkan daripada enjin 248cc dua silinder selari, penyejukan cecair yang menghasilkan sekitar 53.5 kW pada 8,000 rpm dan 23.4 Nm tork pada 6,500 rpm. Ia digandingkan dengan transmisi manual 6-kelajuan dengan sistem pacuan rantai.

Brek dikendalikan oleh caliper terapung 2-piston di kedua-dua bahagian hadapan dan belakang yang digandingkan dengan ABS dwi-saluran, manakala tugas suspensi dkendalikan oleh Penyerap Hentak Teleskopik di hadapan dan Penyerap Hentak Preload-Adjustable Berkembar di belakang. Ia menggunakan roda 16 inci untuk kedua-dua bahagian hadapan dan belakang yang dibalut dengan tayar 130/90 di hadapan manakala bahagian belakang menggunakan tayar 150/80.

Beratnya sekitar 193 kg dan dengan ketinggian tempat duduk sekitar 690 mm dan kapasiti tangki minyak sekitar 14 liter. Seperti Toughman 800, XS250 juga dilengkapi dengan lampu LED penuh di seluruh motosikal dengan DRL hadapan, paparan LCD berwarna penuh bulat dan port pengecasan USB Type-A.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiaMarshal Motopanduan pembeliToughman 800UtamaXS250
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 14, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiaMarshal Motopanduan pembeliToughman 800UtamaXS250

More in Berita

Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillNovember 13, 2026
Read More

Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?

Amzar HazeeqNovember 12, 2026
Read More

Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 

Hazique ZairillNovember 11, 2026
Read More

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road
    BeritaOctober 16, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Johor
    BeritaOctober 15, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Penang
    Gaya HidupOctober 19, 2026
  • Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike
    BeritaNovember 13, 2026
  • Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?
    BeritaNovember 12, 2026
  • Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 
    BeritaNovember 11, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

5 Motosikal Mampu Milik Untuk Fresh Graduates
5 Sebab Kenapa Claim Insurans Motosikal Ditolak