• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

5 Motosikal Mampu Milik Untuk Fresh Graduates

5 Motosikal Mampu Milik Untuk Fresh Graduates
Amzar Hazeeq
September 13, 2026

Sedang mencari motosikal pertama untuk ulang-alik tempat kerja? Ini lima pilihan yang menjimatkan, mudah untuk maintain dan sesuai untuk fresh grads.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Memasuki alam pekerjaan merupakan satu fasa baharu dalam kehidupan. Namun, bagi kebanyakan fresh graduates, salah satu cabaran terbesar ialah menguruskan kewangan dengan bijak. Selepas menerima gaji pertama, ramai yang mula pertimbang untuk memiliki motosikal sendiri bagi memudahkan perjalanan harian ke tempat kerja.

Berbanding kereta, motosikal menawarkan kos pemilikan yang jauh lebih rendah. Bukan sahaja harga lebih mampu milik, malah penggunaan minyak, kos maintenance dan insurans juga lebih menjimatkan. Ia menjadi pilihan yang ideal bagi mereka yang ingin kurangkan perbelanjaan bulanan sambil menikmati kebebasan untuk bergerak tanpa perlu berdepan kesesakan lalu lintas.

Jika anda sedang mencari motosikal pertama, berikut ialah lima pilihan yang sesuai untuk fresh graduates berdasarkan harga, praktikaliti dan kos penggunaan harian.

1. Yamaha Lagenda 115

Yamaha Lagenda 115 merupakan antara motosikal kapcai yang terkenal dengan ketahanan enjin dan penggunaan minyak yang sangat menjimatkan. Ia menggunakan enjin 114 cc satu silinder yang menghasilkan sekitar 9.9 hp dan 9.9 Nm tork yang dipadankan dengan transmisi empat kelajuan.

Bagi fresh graduates yang hanya memerlukan motosikal untuk ulang-alik ke pejabat setiap hari, Lagenda 115 merupakan pilihan yang sangat praktikal. Beratnya sekitar 100 kg menjadikannya mudah dikendalikan, manakala kos maintenance juga rendah. Selain itu, alat ganti Yamaha juga mudah untuk didapatkan, menjadikan motosikal ini pilihan yang selamat untuk mereka yang baru pertama kali memiliki motosikal.

2. Modenas Kriss MR1

Jika bajet anda agak terhad, Modenas Kriss MR1 merupakan antara motosikal yang paling mampu dimiliki di pasaran. Walaupun spesifikasinya ringkas, ia sudah memadai untuk kegunaan harian seperti ke tempat kerja, membeli barang atau bergerak di dalam bandar.

Enjin 97 cc satu silinder yang digunakan menghasilkan sekitar 7 hp dan 7 Nm tork, mampu untuk memberikan penggunaan bahan api yang sangat menjimatkan, sementara beratnya sekitar 103 kg memudahkan rider baharu untuk mengendalikan motosikal ini. Bagi fresh graduates yang ingin memiliki motosikal pertama tanpa membebankan komitmen bulanan, Kriss MR1 sememangnya satu pilihan yang sangat baik.

3. Honda Vario 150

Bagi mereka yang lebih mengutamakan keselesaan sebuah skuter, Honda Vario 150 merupakan pilihan yang sangat menarik. Skuter ini menggunakan enjin 149cc eSP satu silinder yang menghasilkan sekitar 12.9 hp dan 13.4 Nm tork, menawarkan prestasi yang cukup bertenaga untuk kegunaan di dalam bandar serta perjalanan yang lebih jauh.

Apa yang menjadikan Vario 150 sesuai untuk fresh graduates ialah kemudahan yang ditawarkannya. Dengan transmisi automatik CVT, anda tak perlu risau untuk menukar gear ketika berdepan kesesakan lalu lintas. Tambahan pula, ruang simpanan di bawah seat membolehkan anda menyimpan helmet atau beg kecil, sesuatu yang sangat praktikal untuk kegunaan harian.

4. Honda Dash 125

Honda Dash 125 merupakan satu lagi motosikal kapcai yang terkenal dengan prestasi dan ketahanannya. Ia menggunakan enjin 124.9cc satu silinder yang menghasikan sekitar 9.9 hp dan 9.5 Nm tork, kuasa yang mencukupi untuk perjalanan harian di dalam bandar mahupun di atas highway.

Selain prestasinya yang baik, Dash 125 juga terkenal dengan kos maintenance yang rendah dan kebolehpercayaan enjin Honda. Bagi fresh graduates yang perlu ulang-alik sedikit jauh setiap hari, motosikal ini mampu memberikan keseimbangan antara penjimatan, prestasi dan keselesaan.

5. Yamaha 135LC

Walaupun Yamaha 135LC lebih dikenali sebagai motosikal yang mempunyai prestasi lebih tinggi berbanding kapcai biasa, ia masih merupakan pilihan yang baik untuk fresh graduates yang mahukan lebih kuasa. Enjin yang digunakan ialah enjin 134cc satu silinder yang menghasilkan sekitar 12 hp dan 12 Nm tork. Enjinnya mampu memberikan pecutan yang cukup responsif, terutamanya ketika memotong atau ride di atas highway.

Walaupun penggunaan minyaknya lebih tinggi sikit berbanding motosikal 110cc atau 115cc, ia masih dianggap menjimatkan jika dibandingkan dengan kos memiliki sebuah kereta. Tambahan pula, reputasi 135LC dari segi ketahanan dan resale value menjadikannya satu pelaburan yang berbaloi untuk jangka masa panjang.

Kesimpulan

Memilih motosikal pertama bukan sekadar melihat kepada harga semata-mata, tetapi juga kepada beberapa faktor lain seperti penggunaan minyak, kos maintenance, keselesaan serta kebolehpercayaan motosikal tersebut untuk kegunaan harian.

Tak kira model mana anda pilih, kelima-lima motosikal ini menawarkan nilai yang baik mengikut bajet dan keperluan masing-masing. Yang paling penting, pilih motosikal yang sesuai dengan gaya hidup dan bajet anda supaya perjalanan ke tempat kerja setiap hari menjadi lebih mudah, selesa dan menjimatkan.

Jika anda mencari motosikal di dalam senarai ini, kesemuanya ready stock di showroom kami. Layari website iMotorbike untuk maklumat lanjut atau datang ke showroom berdekatan anda dan bawa pulang sebuah motor untuk kegunaan harian ada hari ini.

@imotorbike.my

Sedang mencari motor berkualiti tinggi, harga mampu milik dan senang ulang alik ke tempat kerja? Ini motor motor yang you guys boleh pilih! iMotorbike JomNaikMotor FreshGrads MotorKerja #Kapcai

♬ original sound – iMotorbike MY – iMotorbike MY

Related Items2026baruberitaGaya HidupHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamodenaspanduan pembeliUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 13, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamodenaspanduan pembeliUtamayamaha

More in Berita

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Toprak Razgatlıoğlu Terlepas Baki Musim MotoGP 2026

Hazique ZairillOctober 21, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NVX: Teman Sempurna untuk Pengguna Bandar 

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Rapid KL Sediakan 85 Bas untuk Perkhidmatan Shuttle MotoGP Malaysia 2026

Hazique ZairillOctober 20, 2026
Read More

5 Barang Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal

Amzar HazeeqOctober 20, 2026
Read More

Irfan Haykhal Bangkit Raih Kemenangan Emosi di Sepang

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Aveta Nova 200 Edisi Terhad Dilancarkan di Malaysia, Harga RM8,788

Hazique ZairillOctober 19, 2026
Read More

Op Bersepadu Samseng Jalanan: 945 Saman Dikeluarkan, 111 Motosikal Disita

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Pelajar Dapat Cuci Motor Percuma di iMotorbike

Hazique ZairillOctober 19, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Sepang 101: Panduan Lengkap Sebelum Ke Litar Sepang
    BeritaSeptember 29, 2026
  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Kenapa Motor Kuat Makan Minyak? Ini 5 Punca Yang Ramai Tak Sedar
    BeritaSeptember 29, 2026
  • Givi Asia Hulur Sumbangan Khas Kepada PDRM Sempena LTdL 2026
    BeritaSeptember 25, 2026
  • JKR Siasat Kemalangan Motosikal di Lorong Motosikal Lebuhraya Persekutuan
    BeritaSeptember 25, 2026
  • Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?
    BeritaOctober 23, 2026
  • Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia
    BeritaOctober 21, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?
    BeritaOctober 21, 2026
  • Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya
    BeritaOctober 21, 2026
  • Toprak Razgatlıoğlu Terlepas Baki Musim MotoGP 2026
    BeritaOctober 21, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Kedua Bulan September
Marshal Moto Membuat Penampilan Sulung di Malaysia