• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

5 Sebab Kenapa Claim Insurans Motosikal Ditolak

5 Sebab Kenapa Claim Insurans Motosikal Ditolak
Amzar Hazeeq
September 14, 2026

Terdapat beberapa situasi yang boleh menyebabkan claim insurans motosikal anda ditolak. Ketahui lima sebab yang paling biasa dan cara untuk mengelakkannya.

Insurans Motosikal

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Insurans motosikal memberikan perlindungan kewangan sekiranya berlaku perkara yang tak diingini seperti kemalangan, kecurian atau kerosakan. Namun, memiliki insurans sahaja tak semestinya bermaksud setiap tuntutan yang dibuat akan diluluskan.

Syarikat insurans akan menilai setiap tuntutan berdasarkan terma dan syarat polisi yang dipersetujui. Jika terdapat syarat yang tidak dipenuhi atau maklumat yang diberikan tidak tepat, tuntutan tersebut mungkin akan ditolak.

Sebab itu, penting untuk memahami apakah perkara yang boleh menyebabkan claim insurans motosikal akan ditolak. Dengan mengetahui kesilapan-kesilapan ini lebih awal, anda boleh mengelakkannya dan memastikan perlindungan yang dimiliki benar-benar memberi manfaat apabila diperlukan.

1. Polisi Insurans Sudah Tamat Tempoh

Salah satu sebab paling biasa claim insurans ditolak ialah polisi insurans yang sudah tidak aktif lagi. Ada owner motosikal yang hanya menyedari perkara ini selepas berlaku kemalangan, sedangkan perlindungan mereka telah pun tamat beberapa hari atau minggu sebelum itu.

Apabila polisi sudah tamat tempoh, syarikat insurans secara umumnya tak lagi bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kerugian yang berlaku selepas tarikh tersebut. Ini bukan sahaja menyebabkan tuntutan ditolak, malah anda juga tak mempunyai perlindungan ketika berada di jalan raya.

Cara untuk mengelakkannya adalah untuk letak reminder tarikh tamat tempoh insurans anda di dalam telefon supaya anda diberitahu bahawa insurans an da bakal tamat tempoh, atau perbaharuinya lebih awal supaya polisi insurans anda sentiasa aktif dan anda sentiasa dilindungi.

Insurans Motosikal

2. Kemalangan Tak Dilaporkan Dalam Tempoh Yang Ditetapkan

Selepas berlaku kemalangan, ada rider yang ambil masa terlalu lama untuk membuat laporan kepada syarikat insurans atau pihak berkuasa. Walaupun kemalangan itu kelihatan kecil, kelewatan melaporkannya boleh menjejaskan proses tuntutan.

Kebanyakan syarikat insurans mempunyai tempoh tertentu untuk menerima laporan kemalangan. Jika tempoh tersebut tak dipatuhi, mereka mungkin mempunyai alasan untuk menolak claim anda kerana prosedur yang ditetapkan tidak diikuti.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, selepas kemalangan, ambil gambar di lokasi kejadian, simpan maklumat pihak yang terlibat, dan laporkan kejadian secepat mungkin mengikut prosedur yang ditetapkan.

3. Maklumat Yang Diberikan Tak Tepat

Maklumat yang tak tepat semasa membeli polisi atau ketika membuat tuntutan juga boleh menyebabkan masalah. Ada yang terlupa mengemas kini maklumat peribadi, manakala ada juga yang memberikan maklumat yang tak lengkap mengenai motosikal atau kejadian kemalangan.

Syarikat insurans akan menyemak setiap claim dengan teliti. Jika terdapat percanggahan maklumat atau bukti yang tak selari dengan laporan yang diberikan, proses claim boleh menjadi lebih rumit atau lebih teruk, ditolak.

Oleh itu, sentiasa pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan lengkap. Jika tak pasti, dapatkan penjelasan daripada pihak insurans sebelum menghantar claim anda agar ia tak berpotensi unutk ditolak.

Car mechanic checking oil level in car engine

4. Kerosakan Yang Dialami Tak Dilindungi Oleh Polisi

Ramai owner motosikal kurang memahami jenis perlindungan yang mereka pilih. Sebagai contoh, jika anda hanya mempunyai Third Party Insurance, kerosakan yang ada pada motosikal anda sendiri akibat kemalangan mungkin tak dilindungi.

Inilah sebabnya penting untuk membaca dan memahami skop perlindungan sebelum membeli atau memperbaharui polisi. Polisi yang berbeza menawarkan manfaat yang berbeza, jadi jangan hanya melihat kepada harga premium semata-mata.

Luangkan sedikit masa untuk membaca polisi insurans yang ditawarkan agar anda faham apa yang dilindungi dan apa yang dikecualikan dalam polisi insurans anda.

5. Motosikal Digunakan Di Luar Syarat Polisi

Setiap polisi insurans mempunyai syarat penggunaan tertentu. Jika motosikal digunakan untuk tujuan yang tak dilindungi oleh polisi, claim yang dibuat mungkin tidak akan diterima.

Sebagai contoh, menggunakan motosikal untuk aktiviti perlumbaan haram atau tujuan lain yang dikecualikan dalam polisi boleh menyebabkan syarikat insurans menolak claim anda. Walaupun situasi seperti ini tak berlaku kepada semua orang, ia tetap penting untuk diketahui.

Oleh itu, baca syarat dan pengecualian polisi yang anda ambil dengan teliti supaya anda memahami had perlindungan yang diberikan.

Kesimpulan

Membuat claim insurans motosikal boleh menjadi proses yang lebih mudah jika anda betul-betul faham syarat-syarat yang ditetapkan sejak awal. Dengan memastikan polisi sentiasa aktif, memberikan maklumat yang tepat, melaporkan kemalangan mengikut prosedur, dan memahami jenis perlindungan yang dimiliki, anda boleh mengurangkan risiko untuk claim anda ditolak.

Jika insurans motosikal anda hampir tamat tempoh atau anda masih keliru tentang jenis perlindungan yang sesuai dengan anda, iMotorbike sedia membantu dengan servis iMotorbike Insurance Renewal kami. Pasukan kami boleh membantu anda untuk memberikan polisi yang bersesuaian, dan memudahkan proses pembaharuan supaya anda boleh terus menunggang dengan lebih yakin. Jika berminat, layari website iMotorbike Insurance Renewal dan renew insurans anda dengan iMotorbike hari ini.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriinsuransKedai MotorLokalmalaysiaSEOUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 14, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriinsuransKedai MotorLokalmalaysiaSEOUtama

More in Berita

Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillNovember 13, 2026
Read More

Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?

Amzar HazeeqNovember 12, 2026
Read More

Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 

Hazique ZairillNovember 11, 2026
Read More

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road
    BeritaOctober 16, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Johor
    BeritaOctober 15, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Penang
    Gaya HidupOctober 19, 2026
  • Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike
    BeritaNovember 13, 2026
  • Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?
    BeritaNovember 12, 2026
  • Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 
    BeritaNovember 11, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Marshal Moto Membuat Penampilan Sulung di Malaysia
Penalti Grid Tidak Mematahkan Semangat Hakim Danish di GP San Marino