• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Penalti Grid Tidak Mematahkan Semangat Hakim Danish di GP San Marino

Penalti Grid Tidak Mematahkan Semangat Hakim Danish di GP San Marino
Amzar Hazeeq
September 15, 2026

Hakim Danish mempamerkan aksi penuh semangat di GP San Marino, sekali gus menambah empat mata penting dalam saingan Kejuaraan Dunia Moto3 2026.

Hakim Danish GP San Marino

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish, membuktikan semangat juang yang tinggi apabila bangkit daripada permulaan yang sukar untuk menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) San Marino di tempat ke-12 di Litar Misano.

Bermula dari petak ke-25 akibat penalti grid, pelumba berusia 19 tahun itu mempamerkan aksi konsisten sepanjang perlumbaan apabila berjaya memintas 13 pelumba bagi mengutip empat mata berharga dalam Kejuaraan Dunia Moto3.

Hakim Danish GP San Marino

Kebangkitan Bermula Sejak Pusingan Pertama

Hakim tidak mengambil masa lama untuk memperbaiki kedudukan. Sejurus perlumbaan bermula, beliau memintas tiga pelumba pada pusingan pertama untuk naik ke tempat ke-22.

Momentum itu diteruskan apabila beliau melonjak ke tempat ke-20, kemudian ke-19 dan ke-18 menjelang pusingan keempat. Walaupun berlaku beberapa pertukaran kedudukan dalam kelompok tengah, Hakim kekal tenang sebelum kembali memperbaiki kedudukan ke-16 pada pusingan ketujuh.

Pada pusingan kelapan, pelumba kelahiran Terengganu itu berjaya memasuki kelompok pungutan mata apabila berada di tempat ke-15 sebelum terus bersaing rapat dengan beberapa pelumba lain sehingga pertengahan perlumbaan.

Berjaya Pintas 13 Pelumba

Persaingan semakin sengit memasuki separuh kedua perlumbaan apabila Hakim beberapa kali bertukar kedudukan antara tempat ke-14 dan ke-15.

Beliau kemudian meningkatkan rentaknya pada penghujung perlumbaan dengan naik ke tempat ke-13 pada pusingan ke-18 dan ke-19 sebelum melepasi garisan penamat di tempat ke-12.

Keputusan itu menyaksikan Hakim memperbaiki kedudukan sebanyak 13 anak tangga berbanding grid permulaan, sekali gus membawa pulang empat mata tambahan.

Hakim Danish GP San Marino

Hakim Danish Kembali Temui Keyakinan

Mengulas prestasinya selepas perlumbaan, Hakim mengakui beliau masih belum berpuas hati dengan keputusan yang diraih, namun tetap gembira kerana berjaya bangkit selepas bermula dari petak ke-25.

“Saya tidak terlalu berpuas hati dengan keputusan hari ini. Namun, saya tetap gembira kerana berjaya bangkit selepas bermula dari barisan belakang dan kembali ke kelompok hadapan,” kata Hakim.

Beliau berkata perlumbaan di Misano banyak membantunya mendapatkan semula keyakinan bersama jentera selepas berdepan hujung minggu yang mencabar.

“Saya rasa perlumbaan ini banyak membantu saya mendapatkan semula keyakinan dan keserasian dengan jentera,” tambahnya.

Hakim kini mengalihkan fokus kepada Grand Prix Austria, dengan sasaran memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti di Misano dan meneruskan momentum positif yang ditunjukkan.

“Saya mahu terus membina momentum ini dan melakukan satu lagi kebangkitan yang lebih baik,” katanya.

Zulfahmi: Rentak Danish Setanding Kelompok Enam Terbaik

Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, menyifatkan hujung minggu di Misano sebagai satu cabaran buat Hakim dan pasukan selepas beberapa sesi latihan dipengaruhi cuaca serta masalah teknikal.

Menurutnya, penalti yang diterima Hakim dalam sesi Q1 berpunca daripada situasi mendapatkan slipstream, sesuatu yang sering berlaku dalam perlumbaan Moto3.

“Ini adalah sebahagian daripada cabaran dalam Moto3 yang sentiasa perlu kita ingatkan kepada Danish, terutama kerana ingin mendapatkan kelebihan slipstream,” jelas Zulfahmi.

Walaupun begitu, beliau memuji kebangkitan yang dipamerkan pelumba muda negara itu sepanjang perlumbaan.

“Dia bermula di petak ke-25 dan berjaya bangkit untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-12,” katanya.

Zulfahmi percaya prestasi sebenar Hakim lebih baik daripada keputusan yang dicatatkan di Misano.

“Saya percaya rentak yang ditunjukkan Danish sebenarnya setanding dengan pelumba dalam kelompok enam terbaik,” tambah beliau.

Hakim Danish GP San Marino

Kedudukan Keseluruhan Semakin Kukuh

Selepas pusingan di Misano, Hakim kini mengumpul 94 mata dan menghuni tangga kelapan keseluruhan dalam kedudukan Kejuaraan Dunia Moto3.

Dengan berbaki lapan lagi pusingan pada perlumbaan musim ini, peluang untuk terus memperbaiki kedudukan keseluruhan serta persaingan dalam kalangan pelumba rookie masih terbuka luas.

Bagi pasukan ZK Racing, keputusan di San Marino memberikan suntikan keyakinan menjelang baki saingan musim ini dengan fokus kini terarah kepada usaha mengekalkan konsistensi dan merapatkan jurang mata dengan pencabar di hadapan.

Related Items2026baruberitahakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtamazk racing
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 15, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitahakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtamazk racing

More in Berita

Jimat RM1,000! Yamaha R15 Kini Lebih Murah di iMotorbike

Hazique ZairillOctober 5, 2026
Read More

Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama Oktober di iMotorbike

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

5 Kelebihan Servis Motosikal Dengan iMotorbike Express Service

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

Perlu Ke Servis Motor Walaupun Jarang Guna? Ramai Masih Salah Faham

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

2027 Kawasaki Ninja 650 Dapat Fork USD dan Brek Dinaik Taraf

Hazique ZairillOctober 2, 2026
Read More

ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula

Hazique ZairillOctober 2, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Dibuat Selepas Beli Motor Terpakai?

Amzar HazeeqOctober 1, 2026
Read More

Dugaan Moto4 Asia Cup: Qabil Irfan Terpaksa Sisih Dua Pusingan

Amzar HazeeqOctober 1, 2026
Read More

CFMOTO 450SR vs Kawasaki Ninja 500: Premium Atau Kebolehpercayaan Terbukti

Amzar HazeeqOctober 1, 2026
Read More

iMotorbike Tawar Diskaun 5% Insurans Motosikal 250cc Ke Bawah Oktober Ini

Hazique ZairillOctober 1, 2026
Read More

Motor TipTop Bulanan Mantop: Ansuran Bulanan Serendah RM150 

Hazique ZairillOctober 1, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MODENAS Z15GT Kini Hadir Dengan Warna dan Naik Taraf Komponen Baharu
    BeritaSeptember 10, 2026
  • ZXMOTO 500RR vs CFMOTO 500SR VOOM: Pertarungan Sportbike 500cc 4-Dapur
    BeritaSeptember 10, 2026
  • Honda E-Clutch Diperluas kepada Honda NX500, CB750 dan Transalp di Malaysia
    BeritaSeptember 11, 2026
  • ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • Jimat RM1,000! Yamaha R15 Kini Lebih Murah di iMotorbike
    BeritaOctober 5, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama Oktober di iMotorbike
    BeritaOctober 2, 2026
  • 5 Kelebihan Servis Motosikal Dengan iMotorbike Express Service
    BeritaOctober 2, 2026
  • Perlu Ke Servis Motor Walaupun Jarang Guna? Ramai Masih Salah Faham
    BeritaOctober 2, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

5 Sebab Kenapa Claim Insurans Motosikal Ditolak
ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu