• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu

ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu
Hazique Zairill
September 15, 2026

ZXMOTO 820RR, 500RR dan 500F ditawarkan pada harga bermula RM28,888, dengan ketiga-tiganya dijangka berada di pengedar MForce mulai Oktober ini.

ZXMoto

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

ZXMoto secara rasminya telah memasuki pasaran Malaysia dengan pelancaran tiga model baharu, iaitu 820RR, 500RR dan 500F yang diadakan di Courtyard, Kuala Lumpur. Ketiga-tiga model baharu ini dijangka mula berada di rangkaian pengedar MForce Bike Holdings Sdn Bhd, pada Oktober 2026.

Bermula dengan 820RR, model ini menjadi antara produk penting yang melonjakkan nama ZXMOTO di persada global selepas digunakan sebagai asas kepada jentera perlumbaan EASTROC ZXMOTO Evan Bros Factory Team dalam Kejuaraan Dunia Superbike kategori WorldSSP.

Jentera tersebut ditunggangi oleh Valentin Debise dan Federico Caricasulo, yang telah membantu pasukan ZXMOTO mencatat beberapa kemenangan perlumbaan dalam saingan WorldSSP.

Untuk versi jalan raya, ZXMOTO 820RR dikuasakan enjin tiga silinder DOHC 819cc, dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dan quickshifter dua hala. Enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 135 hp pada 12,000 rpm serta tork maksimum 80 Nm pada 9,500 rpm.

ZXMoto

Bagi mengawal kuasa yang dihasilkan, 820RR dilengkapi lima mod tunggangan, termasuk dua mod yang boleh disesuaikan mengikut pilihan penunggang. Sistem elektronik lain merangkumi 6-axis IMU, kawalan cengkaman, Launch Control, Cruise Control, lap timer, ABS dual-channel dan sistem keyless.

Sebagai model yang berfokuskan prestasi, 820RR turut menggunakan kerangka, lengan ayun dan sistem ekzos aluminium, selain suspensi hadapan dan belakang yang boleh dilaras sepenuhnya.

Model ini turut dilengkapi steering damper, manakala sistem brek hadapan menggunakan cakera berkembar dengan angkup empat piston. Dengan semua kelengkapan tersebut, ZXMOTO 820RR mempunyai berat keseluruhan 193kg.

ZXMoto

ZXMOTO 500RR Dengan Enjin Empat Silinder

Seterusnya ialah ZXMOTO 500RR, sebuah motosikal sport yang dikuasakan enjin empat silinder DOHC 470cc bersama transmisi enam kelajuan, klac slipper dan quickshifter.

Enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa maksimum 84 hp pada 13,500 rpm dan tork 46 Nm pada 11,500 rpm. Kapasiti tangki bahan api pula ialah 15 liter, manakala berat keseluruhan motosikal adalah 168kg.

Sebagai sebuah motosikal yang mengutamakan prestasi, 500RR dilengkapi suspensi hadapan dan belakang boleh laras sepenuhnya, selain steering damper. Sistem brek menggunakan cakera berkembar dengan angkup empat piston di hadapan, manakala bahagian belakang menggunakan konfigurasi cakera tunggal. Satu lagi ciri menarik pada model ini ialah penggunaan lengan ayun aluminium single-sided.

Dari segi teknologi, 500RR hadir dengan meter TFT, kawalan cengkaman dan ABS dual-channel, selain steering yoke aluminium, Launch Control dan 6-axis IMU. Reka bentuknya pula tampil lebih agresif dengan fairing sport serta winglet di bahagian hadapan, memberikan imej yang lebih dekat dengan motosikal perlumbaan.

ZXMoto

ZXMOTO 500F, Naked Retro Dengan Enjin Empat Silinder

Melengkapkan barisan pelancaran ialah ZXMOTO 500F, yang mengambil pendekatan berbeza menerusi reka bentuk klasik seperti motosikal naked retro Jepun, tetapi digabungkan dengan kelengkapan moden.

Model ini turut menggunakan enjin empat silinder DOHC 470cc bersama transmisi enam kelajuan. Ia menghasilkan kuasa maksimum 73 hp pada 11,000 rpm dan tork 48 Nm pada 9,500 rpm. Dari segi casis, rim aluminium 17 inci pada 500F dipadankan dengan fork USD boleh laras di hadapan dan monoshock di belakang.

Sistem brek pula terdiri daripada cakera berkembar dengan angkup empat piston di hadapan, manakala bahagian belakang menggunakan cakera tunggal dengan angkup satu piston. Antara kelengkapan lain yang ditawarkan termasuk meter analog dengan paparan LCD di tengah, tangki bahan api 15.5 liter, lampu LED, ABS dual-channel dan sistem kawalan cengkaman.

Dengan tiga model yang merangkumi segmen supersport berkapasiti besar, motosikal sport empat silinder dan naked retro, kemasukan ZXMOTO ke Malaysia memberikan lebih banyak pilihan kepada penunggang tempatan yang mencari motosikal berprestasi dengan konfigurasi enjin yang semakin jarang ditawarkan dalam julat harga ini.

Related Items2026baruberitaIndustriKedai Motormalaysiamotor cinasportbikeSupersportUtamaZXMOTO
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 15, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitaIndustriKedai Motormalaysiamotor cinasportbikeSupersportUtamaZXMOTO

More in Berita

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Toprak Razgatlıoğlu Terlepas Baki Musim MotoGP 2026

Hazique ZairillOctober 21, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NVX: Teman Sempurna untuk Pengguna Bandar 

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Rapid KL Sediakan 85 Bas untuk Perkhidmatan Shuttle MotoGP Malaysia 2026

Hazique ZairillOctober 20, 2026
Read More

5 Barang Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal

Amzar HazeeqOctober 20, 2026
Read More

Irfan Haykhal Bangkit Raih Kemenangan Emosi di Sepang

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Aveta Nova 200 Edisi Terhad Dilancarkan di Malaysia, Harga RM8,788

Hazique ZairillOctober 19, 2026
Read More

Op Bersepadu Samseng Jalanan: 945 Saman Dikeluarkan, 111 Motosikal Disita

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Pelajar Dapat Cuci Motor Percuma di iMotorbike

Hazique ZairillOctober 19, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Sepang 101: Panduan Lengkap Sebelum Ke Litar Sepang
    BeritaSeptember 29, 2026
  • Kenapa Motor Kuat Makan Minyak? Ini 5 Punca Yang Ramai Tak Sedar
    BeritaSeptember 29, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?
    BeritaOctober 23, 2026
  • Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia
    BeritaOctober 21, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?
    BeritaOctober 21, 2026
  • Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya
    BeritaOctober 21, 2026
  • Toprak Razgatlıoğlu Terlepas Baki Musim MotoGP 2026
    BeritaOctober 21, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Penalti Grid Tidak Mematahkan Semangat Hakim Danish di GP San Marino
4 Tanda Motor Korang Dah Sampai Masa Tukar Minyak Hitam