• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Kawasaki Ninja H2 2027 Kembali dengan Enjin Euro 5+

Kawasaki Ninja H2 2027 Kembali dengan Enjin Euro 5+
Hazique Zairill
September 17, 2026

Ninja H2 supercharged kembali untuk 2027 dengan enjin yang dikemas kini, brek Brembo Hypure dan sistem elektronik dipertingkatkan.

Kawasaki Ninja H2

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Kira-kira sedekad lalu, Kawasaki mencuri perhatian dunia motosikal menerusi Ninja H2 versi jalan raya dan Ninja H2R yang dibangunkan khas untuk kegunaan di litar. Kedua-dua model ini kemudiannya menjadi antara motosikal paling ikonik Kawasaki, selain membuktikan kepakaran kejuruteraan daripada pelbagai bahagian Kawasaki Group.

Pembangunan Ninja H2 bukan hanya melibatkan jurutera motosikal. Kawasaki turut mendapatkan kepakaran daripada bidang aeroangkasa dan teknologi turbin gas bagi menghasilkan sistem supercharged yang digunakan pada model tersebut.

Kini, Kawasaki mengesahkan bahawa Ninja H2 akan kembali ke dalam barisan model UK bagi tahun 2027. Model ini sebelum ini dihentikan pengeluarannya pada penghujung 2020 berikutan pelaksanaan standard emisi Euro 5 pada 2021, yang menyukarkan penjualan motosikal tersebut di beberapa pasaran global termasuk Eropah dan Asia.

Ketika ini, Kawasaki masih menawarkan dua model jalan raya yang menggunakan enjin empat silinder 1,000cc supercharged yang sama, iaitu Z H2 dan Ninja H2 SX. Kedua-duanya menghasilkan 197 horsepower pada 11,000 rpm.

Kawasaki Ninja H2

Untuk model 2027, Ninja H2 menerima enjin 999cc DOHC 16 injap empat silinder supercharged yang telah ditala semula bagi memenuhi standard emisi Euro 5+ yang lebih efisen.

Model terdahulu yang mematuhi Euro 4 menghasilkan kuasa sekitar 240hp, manakala Ninja H2 baharu mencatatkan kuasa maksimum 206 horsepower pada 11,000 rpm bersama tork 135Nm tork pada 8,500 rpm.

Walaupun kuasa puncak lebih rendah berbanding model sebelumnya, Kawasaki telah melakukan beberapa perubahan besar pada bahagian enjin. Antaranya termasuk sistem kemasukan udara dan impeller supercharger yang direka semula.

Selain itu, Ninja H2 2027 turut menerima piston, kepala silinder, aci engkol, throttle body dan sistem ekzos baharu. Nisbah gear juga telah ditala semula sepenuhnya. Menurut Kawasaki, perubahan tersebut dibuat bagi mengekalkan pecutan yang kuat pada putaran enjin tinggi, selain meningkatkan penyampaian tork pada rpm rendah dan pertengahan.

Kawasaki Ninja H2

Dari segi membrek, Ninja H2 2027 kini menggunakan kaliper Brembo Hypure bersama cakera hadapan semi-floating berukuran 330mm. Di bahagian belakang pula, ia menggunakan cakera 250mm dengan kaliper dua piston.

Sistem suspensi terdiri daripada fork KYB 43mm yang boleh dilaras secara manual di hadapan, manakala bahagian belakang menggunakan monoshock Öhlins TTX36. Berat motosikal itu kekal pada 238kg seperti model sebelumnya.

Kawasaki turut menaik taraf pakej elektronik Ninja H2 dengan ciri seperti kawalan cengkaman, launch control, cornering ABS, Kawasaki Quick Shifter (KQS), kawalan brek enjin, Öhlins electronic steering damper dan cruise control.

Kawasaki Ninja H2

Selain Ninja H2 standard, Kawasaki juga akan menawarkan semula edisi terhad Ninja H2 Carbon. Model ini menggunakan fairing atas yang diperbuat daripada bahan carbon fibre-reinforced plastic (CFRP) yang ringan dan berkekuatan tinggi. Ninja H2 Carbon akan memasuki pengeluaran terlebih dahulu dan dijadualkan mula tersedia pada Oktober.

Sementara itu, Ninja H2R yang dibangunkan khusus untuk kegunaan di litar masih meneruskan penawarannya. Berbeza dengan Ninja H2 jalan raya, H2R tidak terikat dengan peraturan emisi jalan raya dan terus menghasilkan kuasa 306hp pada 14,000 rpm, atau sehingga 326hp dengan bantuan Ram-Air.

Dengan kemunculan semula Ninja H2, Kawasaki sekali lagi membawa motosikal sportsbike supercharged ikoniknya ke pasaran selepas beberapa tahun tidak ditawarkan di UK.

Related Items20262027baruberitaeuro5IndustrikawasakiNinja H2ukUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 17, 2026
Hazique Zairill

Related Items20262027baruberitaeuro5IndustrikawasakiNinja H2ukUtama

More in Berita

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Sepang 101: Panduan Lengkap Sebelum Ke Litar Sepang
    BeritaSeptember 29, 2026
  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Motor Kuat Makan Minyak? Ini 5 Punca Yang Ramai Tak Sedar
    BeritaSeptember 29, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal
    BeritaOctober 27, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

5 Motor Untuk Kerja Jauh di iMotorbike
Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Cemerlang di GP Austria