• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

5 Motor Untuk Kerja Jauh di iMotorbike

5 Motor Untuk Kerja Jauh di iMotorbike
Amzar Hazeeq
September 15, 2026

Kalau perjalanan ke tempat kerja melibatkan highway atau jarak yang jauh setiap hari, motosikal yang selesa, berkuasa dan stabil boleh membuatkan perjalanan menjadi lebih menyeronokkan.

Motosikal Sesuai Untuk Kerja Jauh

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Ramai yang anggap motosikal hanya sesuai untuk ride dekat sahaja. Hakikatnya, ada banyak model di pasaran yang direka untuk memberikan keselesaan walaupun perlu menempuh perjalanan puluhan atau ratusan kilometer setiap hari.

Bagi mereka yang ulang-alik dari Ampang ke Shah Alam, Seremban ke Kuala Lumpur, atau Johor Bahru ke Pasir Gudang, motosikal yang mempunyai enjin berkuasa, riding position yang selesa serta tangki minyak yang besar mampu mengurangkan keletihan ketika ride.

Kalau anda sedang mencari motosikal yang sesuai untuk ride harian jarak jauh, berikut ialah lima model yang anda patut pertimbangkan.

Motosikal Sesuai Untuk Kerja Jauh

1. Yamaha MT-09 2022

Yamaha MT-09 menggunakan enjin 889cc CP3 tiga silinder yang menghasilkan sekitar 117 hp dan 93 Nm tork. Enjin ini terkenal dengan power delivery yang lancar pada kelajuan rendah, tetapi cukup punchy dan menyeronokkan apabila diperlukan ride di atas highway.

Walaupun ia merupakan sebuah naked bike, riding position yang tegak membuatkan badan tak terlalu membongkok ketika ride. Ini menjadikannya lebih selesa untuk perjalanan jauh berbanding motosikal supersport. Kuasa yang dimiliki juga memudahkan proses untuk memotong kenderaan di highway dan sampai ke tempat kerja dengan lebih cepat.

Motosikal Sesuai Untuk Kerja Jauh

2. CFMOTO 650GT

Jika ride jauh merupakan rutin harian anda, CFMOTO 650GT antara pilihan yang paling sesuai dalam senarai ini. Ia menggunakan enjin 649.3cc parallel-twin yang menghasilkan sekitar 62 hp dan 58.5 Nm tork, dan dipadankan dengan tangki minyak 19 liter yang sesuai untuk perjalanan jarak jauh.

Lebih penting, motosikal ini dibina sebagai sebuah sport tourer. Ia dilengkapi windshield, riding position yang lebih santai serta seat yang selesa. Semua ini membantu untuk mengurangkan keletihan ketika ride buat tempoh yang lama.

Motosikal Sesuai Untuk Kerja Jauh

3. Modenas Z650

Modenas Z650 dikuasakan enjin 649cc parallel-twin yang menghasilkan sekitar 67 hp dan 64 Nm tork. Enjin ini terkenal dengan power mid-range yang cukup responsif untuk kegunaan harian dan ride di atas highway.

Dengan berat sekitar 188 kg serta riding position yang cukup selesa, Z650 mudah untuk dikendalikan ketika mencelah trafik dan masih stabil apabila ride pada kelajuan highway. Bagi mereka yang mahukan motosikal yang boleh digunakan setiap hari tanpa terasa terlalu memenatkan, Z650 merupakan pilihan yang seimbang.

Motosikal Sesuai Untuk Kerja Jauh

4. Honda CBR650R 2023

Honda CBR650R membuktikan bahawa sportbike juga boleh menjadi motosikal yang sesuai untuk perjalanan harian. Ia menggunakan enjin 649cc inline-four yang menghasilkan sekitar 94 hp dan 64 Nm tork, memberikan power delivery yang sangat lancar serta bunyi enjin inline-four yang cukup mengujakan.

Walaupun riding position lebih sporty berbanding naked bike, ergonomiknya masih cukup selesa untuk ride jauh. Full fairingnya turut bantu untuk kurangkan wind resistance ketika ride di atas highway, menjadikan perjalanan lebih selesa terutama bagi mereka yang perlu menempuh jarak yang jauh setiap hari.

Motosikal Sesuai Untuk Kerja Jauh

5. QJ Motor SRK600

QJ Motor SRK600 hadir dengan enjin 600cc inline-four yang menghasilkan sekitar 80 hp dan 55 Nm tork. Bagi mereka yang gemarkan karakter enjin empat silinder tetapi mempunyai bajet yang lebih rendah, motosikal ini menawarkan nilai yang menarik.

Riding position mtoosikal ini masih sesuai untuk digunakan setiap hari, manakala kuasa yang tersedia menjadikan perjalanan di atas highway terasa lebih santai dan pada masa yang sama mengujakan. Ia juga mampu mengekalkan top speed dengan mudah tanpa membuatkan enjin bekerja terlalu keras, sesuatu yang amat dihargai oleh mereka yang ulang-alik jauh setiap hari.

Kesimpulan

Jika anda perlu menempuh perjalanan yang jauh setiap hari, memilih motosikal yang sesuai mampu untuk berikan perbezaan yang besar dari segi keselesaan dan riding experience.

Sama ada anda lebih mengutamakan keselesaan seperti CFMOTO 650GT, mahukan keseimbangan melalui Modenas Z650, atau inginkan prestasi yang lebih mengujakan seperti Yamaha MT-09, Honda CBR650R dan QJMotor SRK600, setiap motosikal ini mempunyai kelebihan tersendiri untuk ride harian jarak jauh.

Kesemua model di dalam senarai ini tersedia di showroom iMotorbike. Jika anda berminat, boleh layari website iMotorbike untuk maklumat lanjut atau datang ke showroom iMotorbike berdekatan dengan anda dan beli motor untuk ulang-alik kerja dengan kami.

Related Items2026baruberitabuyer's guidecfmotoIndustriKedai MotorlifestyleLokalmalaysiamodenasQJ MotorUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 15, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitabuyer's guidecfmotoIndustriKedai MotorlifestyleLokalmalaysiamodenasQJ MotorUtamayamaha

More in Berita

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Sepang 101: Panduan Lengkap Sebelum Ke Litar Sepang
    BeritaSeptember 29, 2026
  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Motor Kuat Makan Minyak? Ini 5 Punca Yang Ramai Tak Sedar
    BeritaSeptember 29, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal
    BeritaOctober 27, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

4 Tanda Motor Korang Dah Sampai Masa Tukar Minyak Hitam
Kawasaki Ninja H2 2027 Kembali dengan Enjin Euro 5+