• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Cemerlang di GP Austria

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Cemerlang di GP Austria
Amzar Hazeeq
September 17, 2026

Pelumba muda negara mahu meneruskan momentum positif selepas aksi meyakinkan di Misano dengan sasaran bermula lebih baik di Red Bull Ring dan kembali mencabar kelompok hadapan Moto3.

Hakim Danish GP Austria

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, bertekad untuk meneruskan peningkatan prestasinya apabila Kejuaraan Dunia Moto3 bersambung di Grand Prix (GP) Austria hujung minggu ini di Litar Red Bull Ring.

Selepas mempamerkan aksi kebangkitan yang mengagumkan di GP San Marino, pelumba berusia 19 tahun itu kini meletakkan sasaran untuk meraih keputusan yang lebih cemerlang dengan mengelakkan kesilapan yang menjejaskan kedudukan permulaannya pada perlumbaan lalu.

Di Misano, Hakim Danish dikenakan penalti grid yang menyaksikannya memulakan perlumbaan dari petak ke-25. Walaupun berdepan cabaran itu, pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi tersebut berjaya memintas 13 pelumba sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ke-12, sekali gus membuktikan beliau memiliki kelajuan untuk bersaing bersama kelompok hadapan.

Prestasi itu memberikan suntikan keyakinan menjelang aksi di Red Bull Ring, sebuah litar yang terkenal dengan laluan lurus yang panjang serta kombinasi selekoh teknikal yang sering menghasilkan perlumbaan sengit dalam kelas Moto3.

Bagi menghadapi cabaran tersebut, Hakim Danish dan pasukannya akan memberi tumpuan kepada pelarasan jentera sejak sesi latihan bebas pertama. Matlamat utama adalah untuk mendapatkan rentak yang kompetitif seawal mungkin, sekali gus melayakkan diri secara automatik ke sesi Kelayakan 2 (Q2) dan memperoleh kedudukan grid yang lebih baik.

Persediaan awal itu dilihat penting memandangkan baki lapan pusingan musim ini bakal menjadi penentu dalam perebutan kedudukan keseluruhan kejuaraan dunia. Dengan kedudukan permulaan yang lebih kompetitif, peluang untuk mengutip mata yang lebih besar dan kembali mencabar kelompok podium juga semakin cerah.

Hakim Danish berkata pengalaman beraksi di Red Bull Ring memberinya sedikit kelebihan kerana sudah memahami karakter litar berkenaan, namun mengakui cabaran dalam Kejuaraan Dunia Moto3 jauh berbeza berbanding perlumbaan yang pernah diharunginya sebelum ini.

Menurutnya, keyakinan yang diperoleh selepas perlumbaan di Misano serta keserasian yang semakin baik bersama jentera menjadi faktor utama yang ingin dibawa ke Austria.

“Selepas perlumbaan di Misano, saya rasa lebih yakin dan keserasian dengan jentera juga semakin baik. Saya mahu membawa momentum itu ke Austria dan cuba mendapatkan persediaan yang lebih baik sejak sesi latihan bebas.”

Beliau turut menegaskan bahawa fokus utamanya adalah mengekalkan konsistensi sepanjang hujung minggu perlumbaan, mengurangkan kesilapan yang boleh menjejaskan kedudukan grid dan mengutip sebanyak mungkin mata untuk memperbaiki kedudukan dalam carta kejuaraan dunia.

Sementara itu, Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, berharap Hakim Danish dapat terus membina momentum positif dengan mendapatkan rentak yang baik sebaik sahaja sesi latihan bebas pertama bermula.

Menurut beliau, kemampuan untuk memperoleh “feeling” bersama jentera lebih awal akan menjadi faktor penting dalam memastikan pelumba muda negara itu berada dalam kelompok kompetitif sepanjang hujung minggu.

“Yang penting, Danish perlu kekal fokus, mengurangkan kesilapan dan memanfaatkan setiap peluang yang ada. Kami percaya dia mempunyai potensi untuk bersaing lebih dekat dengan kelompok hadapan dan sasaran kami adalah untuk membawa pulang sebanyak mungkin mata dari Austria.”

Dengan prestasi yang semakin konsisten serta keyakinan yang semakin meningkat, GP Austria menjadi peluang terbaik buat Hakim Danish untuk meneruskan kemaraan dalam kempen Moto3 musim ini dan sekali lagi membuktikan kemampuannya bersaing bersama pelumba terbaik dunia.

Related Items2026baruberitaGaya Hidupgp austriahakim danishIndustriLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 17, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya Hidupgp austriahakim danishIndustriLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama

More in Berita

[PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[JOHOR] SYM Husky 150 Review: Gaya Adventure Dengan Keselesaan Harian

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

[JOHOR] Yamaha YZF-R15 Review: Sportbike Kecil Dengan Jiwa Besar

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Hakim Danish Bangkit Raih Mata Berharga di GP Jepun

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Punca Motosikal Rosak Tengah Jalan: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 5, 2026
Read More

Jimat RM1,000! Yamaha R15 Kini Lebih Murah di iMotorbike

Hazique ZairillOctober 5, 2026
Read More

Review CMC Italjet Buccaneer 250i 2024: Café Racer Penuh Dengan Karakter

Amzar HazeeqOctober 3, 2026
Read More

Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama Oktober di iMotorbike

Amzar HazeeqOctober 2, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MODENAS Z15GT Kini Hadir Dengan Warna dan Naik Taraf Komponen Baharu
    BeritaSeptember 10, 2026
  • ZXMOTO 500RR vs CFMOTO 500SR VOOM: Pertarungan Sportbike 500cc 4-Dapur
    BeritaSeptember 10, 2026
  • ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • Honda E-Clutch Diperluas kepada Honda NX500, CB750 dan Transalp di Malaysia
    BeritaSeptember 11, 2026
  • [PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 
    BeritaOctober 7, 2026
  • [PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian
    BeritaOctober 7, 2026
  • [JOHOR] SYM Husky 150 Review: Gaya Adventure Dengan Keselesaan Harian
    BeritaOctober 6, 2026
  • [JOHOR] Yamaha YZF-R15 Review: Sportbike Kecil Dengan Jiwa Besar
    BeritaOctober 6, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Kawasaki Ninja H2 2027 Kembali dengan Enjin Euro 5+
5 Tanda Bateri Motosikal Anda Akan Habis