• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Farres Putra Raih Kemenangan Sulung CP150 di Cub Prix Jempol

Farres Putra Raih Kemenangan Sulung CP150 di Cub Prix Jempol
Hazique Zairill
June 30, 2026

Farres muncul juara selepas aksi penuh dramatik, manakala Afif Amran dan Nazirul Izzat melengkapkan podium Pusingan 3 Kejuaraan Malaysian Cub Prix 2026.

CP150

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Farres Putra Mohd Fadhil akhirnya meraih kemenangan sulung dalam kategori CP150 selepas mempamerkan tunggangan cemerlang pada Pusingan 3 Kejuaraan Malaysian Cub Prix 2026 yang berlangsung di Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan.

Pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ Racing itu berjaya menamatkan perlumbaan 20 pusingan dengan catatan masa 15 minit 53.455 saat selepas mengharungi saingan sengit yang menyaksikan pertukaran kedudukan hampir di setiap pusingan.

Perlumbaan bermula dengan penuh dramatik apabila beberapa pelumba utama segera membentuk kelompok hadapan. Farres bersama Md Irfan Haykhal Amidi, Md Helmi Azman dari TAB SPORTS SCK HONDA Racing dan rakan sepasukannya Ahmad Afif Amran saling bersaing untuk merebut pendahuluan.

Namun, insiden membabitkan Abdullah Qayyum A Razak dari MOTUL YAMAHA YY Pang Racing Team pada pusingan kedua mengubah rentak perlumbaan dan membuka peluang kepada beberapa pelumba lain untuk mencabar kelompok hadapan.

CP150

Sepanjang perlumbaan, kedudukan pendahulu bertukar tangan beberapa kali dengan Farres, Helmi, Nazirul Izzat Md Bahauddin dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR dan Afif saling berbalas serangan. Turut mencuri perhatian ialah kebangkitan Azroy Hakeem Anuar dari Honda Castrol Power 1 Yuzy Racing serta Kasma Daniel Kasmayudin yang berjaya merapatkan jurang selepas bermula dari belakang susulan masalah teknikal.

Saingan semakin memuncak pada pertengahan perlumbaan apabila Helmi sempat mengambil alih pendahuluan sebelum Nazirul mula menunjukkan rentak konsisten untuk memberikan tekanan kepada kelompok hadapan. 

Menjelang beberapa pusingan terakhir, persaingan empat penjuru antara Farres, Afif, Nazirul dan Azroy menjadi tumpuan dengan jurang masa yang amat rapat. 

Bagaimanapun, Farres berjaya mengekalkan ketenangan pada pusingan terakhir sebelum melintasi garisan penamat di hadapan untuk mencatat kemenangan sulung dalam kelas CP150.

Rakan sepasukannya, Ahmad Afif Amran menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan 15 minit 54.469 saat, manakala Nazirul Izzat melengkapkan podium di tempat ketiga dengan masa 15 minit 56.170 saat. Kasma Daniel dan Azroy Hakeem masing-masing menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat dan kelima.

Farres menyifatkan kemenangan tersebut sebagai hasil usaha seluruh pasukan selepas mereka berdepan pelbagai masalah teknikal pada dua pusingan awal musim.

CP150

“Alhamdulillah, kemenangan ini adalah hasil kerja keras seluruh pasukan. Kami bergelut dengan masalah enjin pada dua pusingan pertama, tetapi semua kru dan mekanik tidak pernah berputus asa sehingga berjaya menyediakan jentera yang sangat kompetitif untuk perlumbaan ini.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada abang Afif yang banyak membantu dari segi strategi perlumbaan. Tanpa sokongan beliau dan seluruh pasukan, kemenangan ini pasti sukar dicapai.

“Kemenangan ini juga menjadi motivasi untuk saya terus bekerja lebih keras dan memperbaiki diri supaya dapat membantu pasukan meraih lebih banyak podium pada pusingan akan datang,” katanya.

CP150

Keputusan Lima Terbaik CP150 – Pusingan 3

  1. Farres Putra Mohd Fadhil (PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ Racing) – 15’53.455s
  2. Ahmad Afif Amran (PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ Racing) – 15’54.469s
  3. Nazirul Izzat Md Bahauddin (PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR) – 15’56.170s
  4. Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR) – 15’56.386s
  5. Azroy Hakeem Anuar (Honda Castrol Power 1 Yuzy Racing) – 15’56.495s
Related Items2026baruberitaHondaJempolMalaysian Cub PrixUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
June 30, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitaHondaJempolMalaysian Cub PrixUtamayamaha

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Hakim Danish Kini Enam Terbaik Dunia Selepas Cemerlang di GP Belanda
Farid Hakimi Pertahan Gelaran CP125 di Jempol